Gina melangkah menghampiri Dian. Dian memandang tanpa perasaan apabila
melihat kehadiran Gina di tempat lepak keramat itu. Nampaknya sejak dari hari
Gina dibawa ke rooftop tersebut seharusnya Dian tahu bahawa rooftop tersebut
bukan lagi hak miliknya seorang.
“Kau tertinggal ini.” Gina menunjukkan handphone
Dian yang berada ditangannya. Dian mengambil sambil mengucapkan terima kasih.
Dah dua hari handphone tersebut ‘hilang’. Namun sebenarnya Dian tidak berharap
agar handphone tersebut ditemukan semula. Langsung tidak.
“35 receive message. Kau
tak nak tengok ke siapa yang bagi.” Gina
bertanya apabila melihat Dian terus menyimpan handphone tersebut ke dalam beg
galasnya.
“Letih nak melayan.”
Dian menjawab bersahaja. Mata Dian terus tertumpu pada buku A4 berwarna putih pink
dan berkulit tebal miliknya.
Gina duduk sebelah
Dian. Sesekali Gina cuba mencuri membaca apa yang ditulis Dian. Tapi sayang,
satu patah perkataan pun tak dapat dibaca dengan jelas. Kedekut.
“Gina, kenapa kau macam tak ada kawan?.” Dian bertanya
tiba-tiba. Gina tersentak.
“Kenapa kau tanya tiba-tiba?.” Gina kehairanan.
“Ye lah, aku tengok kau
suka jalan sorang-sorang. Bukan baru hari ni tau. Tapi dari dulu dan ni dah
sampai tahun akhir. Lepas tu, kadang-kadang kau menyibuk dekat aku.” Dian
berkata selamba.
Gina diam dan
tersenyum. Kelat.
“Tak semua orang terima
aku.” Gina tarik nafas. Diam. Dian diburu rasa bersalah. Mulut aku laser
sangat ke tanya macam tu?. Dian sempat mencuri pandang wajah Gina.
“Maaf Gina. Aku tak
maksud nak sakitkan hati kau .” Dian mula rasa bersalah.
“Tak apa. Dah biasa.
Kau sendiri pun susah terima aku kan walaupun kau tahu aku memang tak ada
kawan.” Sekali lagi Gina senyum. Namun kenapa senyuman tu pahit?.
“Kau beruntung.
Kadang-kadang aku cemburukan kau Dian.” Gina menunduk. Cermin mata besar oldskol
dibetulkan letaknya. Dian pula terhenti dari menulis sesuatu di buku
catatannya.
“Kau ada bff. Aku, nak ada kawan pun susah. Macam
kau kata, ni dah tahun akhir tapi aku masih macam dulu. Bff tak pernah ada.”
Gina bersuara perlahan. Dian bagai tidak senang mendengar perkataan bff itu
disebut-sebut oleh Gina. Hatinya sekeras-kerasnya menafikan hal tersebut.
“Aku mana ada bff.”
Dian menafikan.
“Aku pernah baca satu
quote, kalau kita ada kawan yang boleh bawa kita dekat dengan tuhan, kita patut
hargai dia. Jangan sia-sia kan dia. Dan aku rasa kau dah jumpa kawan macam tu.” Gina kelihatan seperti
menahan perasaan.
“Kau rasa aku dah jumpa kawan macam tu ke?.”
“Ayu.” Laju Gina
menyebut nama itu. Dian diam. Kalau betul dia sahabat yang mendekatkan aku pada
tuhan, kenapa dia bersikap macam tu pada aku?.
“Tadi kau ada kata yang
kau nak dapat kawan sorang pun susah. Kenapa?.” Dian bertanya.
“Sebab aku kan ‘lain’.
Aku tak macam korang. Aku banyak kelemahan. Aku tak pandai bergaul. Aku. Aku
tak bertudung macam orang lain.” Gina menunduk. Suaranya kedengaran serak.
“Aku pun bukan
dilahirkan terus bertudung, kau tahu tu kan. Kau sendiri pernah tengok rambut
menggerbang aku dalam kelas. Dan yang bertudung tu pun bukan semuanya baik.”
Dian berkata sambil membetulkan duduknya. Gina berkerut dahi.
“Tak… kau tak faham.
Dari dulu keluarga aku sendiri susah terima aku. Dan dalam keriuhan orang
ramai, aku sering dianggap tak wujud dalam kalangan diorang. Entahlah. Sejarah
aku macam kabur.” Gina memandang kosong di langit. Mengingati peristiwa lalu.
Sungguh ia menyakitkan.
“Apa yang berlaku dalam
hidup kau?.” Dian bertanya ingin tahu.
“Biarlah. Nanti mungkin
kau akan faham.” Gina bersuara perlahan dan memandang Dian.
“Kau?. Apa yang dah
berlaku dalam hidup kau?.” Gina bertanya pula.
Dian mula berdiri. “Kau
pernah kata kau cemburu pada aku kan?.” Dian memandang Gina yang cuba bangun
dari duduknya.
“Yup. Rasa tu masih
ada.” Gina berkata sambil memandang suasana sekitar fakulti.
“Kau tak tahu pun apa
yang aku alami. Yang terzahir, terkadang tersimpan seribu cerita yang sukar
untuk dilalui. Tapi hakikat manusia. Sering tertipu dengan pandangan sendiri.
Sekarang, aku sedang menelan pahitnya pandangan mereka yang sedang tertipu
dengan dunia.” Dian berkata penuh makna. Gina cuba memahaminya.
“Betul. Kita selalu
tertipu dan percaya pada apa yang kita lihat. Tapi sukar untuk menerima
kebenaran yang terkadang tersembunyi.” Gina membuat kesimpulan.
“Betul. Kalau sekarang
aku cerita pada dunia apa yang aku tanggung. Mereka takkan percaya. Malah
mungkin aku hanya akan memburukkan keadaan. Biarlah aku telan semua. Walau aku
buruk pada pandangan mereka.” Dian menarik nafas.
“Kau sedang bercakap
tentang siapa?.” Gina cuba mencari kejelasan di sebalik apa yang mereka
bualkan.
“Tentang dunia. Dan
kegilaannya.” Dian menjawab dengan tenang. Gina cuba membuat hipotesis sendiri.
Mungkinkah serkapnya kali ini masih tepat seperti biasa?.
“Kalau kau izinkan aku
menjadi kawan kau, mungkin kita boleh berkongsi cerita. Tentang dunia.” Mata
Gina tertangkap pada burung yang sedang cuba terbang ke angkasa. Bebas.
Mungkinkah manusia boleh membebaskan sebuah rasa?.
Dian hanya diam seribu
bahasa. Sekali lagi, wujud ke istilah kawan dalam dunia?.
**********************
to be. cont.
No comments:
Post a Comment