Wednesday, December 11, 2013

tentang dia...


Jun 1984
Jam 4.30 pagi....

hari ni merupakan pagi pertama isterinya berada dirumah selepas dibenarkan keluar dari hospital semalam. Semalam dirinya telah berulang alik ke hospital bagi memastikan keadaan isteri dalam keadaan baik.
Pagi itu, sebaik sahaja bangun dari tidur... dia sempat menatap wajah isterinya dan anak yang baru sahaja dilahirkan pada tanggal 18 Jun 1984.
 Hatinya sangat gembira ^___^
maka hari ini adalah hari sebenar dirinya memulakan tugas sebagai seorang bapa dan suami yang perlu melayani isteri dalam berpantang dan anak yang baru ingin mengenal dunia.

bangun jam 4.30 pagi.... bersihkan dan siapkan diri... sediakan sarapan.. membasuh dan menjemur kain... panaskan air.... bakar batu tungku buat isteri....siapkan segala keperluan isteri dan anak... pergi kerja.... pulang pada jam 1 - 2 petang... sediakan makanan sesuai buat wanita berpantang melahirkan anak... angkat kain.... pergi kembali pejabat.... pulang pada jam 5...  bersihkan diri dan bersiap.... kembali melayani kerenah isteri dan anak... terkadang bila anak menangis... lenanya turut terganggu... namun 4.30 digagahkan jua untuk bangun.

 begitulah keadaannya....
40 hari...
melayan isteri yang berpantang dengan anak sulung...!
namun, segala-gala persiapan tentang wanita berpantang dan anak yang baru dilahirkan seolah-olah dia telah berpengalaman.... cukup berpengalaman!...

************************************************************

emak mengakhiri cerita dengan menyatakan...
dia.. itulah ayahku!

emak kata...
semasa dalam tempoh mengandung,
ayah bukan sekadar menanti dengan debaran...
malah ayah sudah membuat persiapan untuk menyambut kelahiran...
bukan itu sahaja, kebajikan seorang isteri yang melahirkan turut dititik beratkan...
ayah tak lupa bertanya kepada bidan atau sesiapa sahaja yang ayah percaya boleh memberikan tips... pasti ayah akan noted!... lagian, ayahkan bekerja di pejabat kesihatan... maka nurse dan sister yang pakar bab2 perbidanan semuanya menjadi sasaran ayah untuk menuntut ilmu...hingga tiba saatnya, semuanya sudah bersedia dan tersedia.

"ayah memang tegas.. dan garang... tapi cuba tengok... bukan senangkan nak dapat seorang suami yang macam tu.."
kata mak...
aku hanya senyum...
dan... berdoa serta berserah...

bed time story di bumi anugerah beberapa hari yang lalu...

marriage is not only about love...
perlu juga ada kesediaan sebelum, semasa dan selepas...
dan kesediaan hadir dengan ilmu!
persiapkan diri dengan ilmu...
amanah, tanggungjawab...
semuanya tanggung didunia dan jawab diakhirat...
insya'Allah... moga Allah permudahkan...

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


-masihperluperbaikidiridanbelajarlagi-
may Allah bless...
b.t.s.t.b.b.b.

rindu... yang takkan pernah hilang...
alfatihah buat ayah...
moga ayah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...
amin...


nur insan
presint 2
111213 (03:27am)

No comments: