Selepas selesai menunaikan solat maghrib, Dian bersiap untuk ke masjid
universiti yang tidak jauh dari kolej kediamannya. Pintu bilik dikunci sebelum
melangkah keluar. Sengaja mahu ke situ. Mencari ketenangan mungkin?. Atau
sebenarnya mahu menggamit memori daun pisang tentang Ayu yang selalu bawa dia
ke situ?. Eh, tolonglah!.
Roomatenya Hawa keluar
tidak tahu ke mana. Mungkin ke library menyelesaikan tugasan. Entah. Tidak pula
dia bertanya.
Ketika di masjid, tidak
ramai mahasiswa di situ. Boleh kira dengan jari. Majoriti yang datang pun macam
‘geng-geng masjid’ je. Bukan ke masjid tu untuk semua?. Kenapa perlu ada
istilah ‘geng-geng masjid’ pula ni?. Yelah, samalah dengan ‘geng-geng library’.
Siapa yang kaki ke suatu tempat, maka dia jadi along kawasan tu. Tak gittew.
Dian yang duduk sendirian tiba-tiba merasakan
ada tangan yang menyentuh bahunya. Dian menoleh.
Aisyah menghulurkan
salam sambil mengambil tempat di sebelah Dian. “Lama rasanya tak berjumpa
dengan Dian.” Aisyah memulakan bicara.
Dian mula rasa
terganggu. Namun mempamerkan riak senang di hadapan Aisyah dan mengangguk tanda
bersetuju dengan apa yang Aisyah nyatakan sebentar tadi.
“Dian seorang sahaja?,
biasanya bersama Ayu.” Aisyah bertanya.
Dian mula telan liur. Dah
nampak aku sorang dekat sini. Takkan Ayu menyorok belakang aku kot. Tu pun nak
tanya. Sengaja kan?.
“Yup, sorang je.” Dian
menjawab perlahan. Fikiran Dian mula menerawang memikirkan Ayu. Ayu lah sahabat
yang dahulu mendekatkan dirinya dengan masjid dan program-program masjid. Malah
Ayu lah yang banyak membantunya berubah ketika mereka bersama di semester
pertama. Tapi sekarang. Tahun Akhir. Semuanya berubah. 360°. Salah aku ke?.
“Lepas Isyak’ nanti
kita balik sekali lah ya.” Aisyah mengajak dan mematikan perbualan. Dian
sekadar mengangguk.
*****
Dian dan Aisyah berjalan beriringan keluar dari masjid. Ketika mereka
mula meninggalkan perkarangan masjid universiti, masing-masing masih diam membisu.
“Dian okay ke dengan
Ayu sekarang?.” Akhirnya Aisyah memulakan kata. Dian mula rasa tidak senang
dengan persoalan tersebut.
“InsyaAllah. Semua akan
okay.” Dian tersenyum kelat. Aisyah memandang Dian dari sisi.
“Ayu ada bagi tahu
Aisyah yang Dian dah tak tegur Ayu seminggu walaupun dalam kelas sejak Farish
menghilang.” Aisyah berbicara lembut.
Dian mula rasa tidak
senang. Namun Dian cuba bersikap tenang. “Apa lagi yang Ayu cerita?.” Dian
bertanya dengan nada bersahaja.
“Itu je… Dian, tak baik
tau kalau kita tak bertegur sapa atau marah dengan sahabat lebih dari tiga
hari. Apatah lagi kalau benda tu ada kena mengena dengan….” Aisyah tiba-tiba
berhenti dari berbicara lanjut.
Gelojak hati Dian mula
mendidih. Namun sedaya mungkin Dian cuba menenangkan dirinya.
“Maksud Aisyah ada kena
mengena dengan Farish ke?. Itu ke yang Aisyah nak kata?.” Dian serkap jarang.
Rasanya memang tepat pun. Tak perlu berselindung. Straight to the point kan
senang!.
“Dian, Aisyah mungkin
tak tahu dan tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Tapi maafkanlah Ayu. Jangan
diputus persahabatan yang kalian bina. Tak mengapa kalau kita letak ego kita di
tepi demi kebaikan bersama.” Aisyah masih berbicara lembut. Tapi kata-kata itu
bagai pisau tajam yang sedang menghiris dan menyiat-nyiat sekeping hati milik
Dian.
“Ego?. Dian ego kata
Aisyah?.” Entah kenapa air matanya terasa ingin gugur saat itu. Namun sedaya
mungkin ditahan.
Akhirnya Dian tersenyum
pahit.
“Terpulang apa
penilaian Aisyah pada Dian. Dian juga tak sempurna.” Dian melangkah laju
meninggalkan Aisyah sendirian.
Aisyah hanya
menggelingkan kepala. Ternyata ego Dian masih seperti dulu. Aisyah membuat
kesimpulan.
Sebaik tiba di bilik,
Dian menghempas pintu dan menangis dalam gelap. Mujur roomatenya belum pulang.
Dian menangis
semahunya. Siapa yang mahu persahabatan yang dibina sejak dari semester satu
putus begitu sahaja?. Namun rasa dikhianati dan sakit itu masih ada. Aisyah
tidak berada di tempatnya, tak mungkin Aisyah faham. Tak mungkin!.
Andai diberi peluang untuk
memutarkan masa. Dian mungkin memilih untuk tidak mengenali Ayu. Walaupun
diakui, Ayu banyak membantunya untuk berubah menjadi lebih baik. Tapi mungkin
juga perubahan itu semata-mata kerana mahu sama level dengan Ayu. Kononnya.
Tapi ternyata masa tak
mungkin dapat di undur. Sejarah tak mungkin dapat di ubah melainkan mengubah
masa depan dengan mengambil sejarah sebagai pengajaran.
Maka keputusan yang
lebih baik harus dibuat. Melupakan segala!. Ya. Kalaulah ada suis yang boleh
off memory untuk ingat dan lupa, dah lama aku beli dekat kedai. Tahu?.
**********
to be cont.
No comments:
Post a Comment