Suasana di kafe saat itu lengang. Dian mengerling jam di tangan.
Patutlah baru jam 11.30 pagi. Kalau tak, mahu tak ada orang macam ni. Semua
macam pirana kelaparan.
Hari ini Dian tidak
mempunyai sebarang kelas atau aktiviti lain. Oleh itu masa yang ada hari ini
mahu digunakan sehabis baik dengan melakukan aktiviti kesukaannya. Habis satu
kampus dijelajah bermula jam 7 pagi tadi. Sengaja berjalan dan menikmati
keindahan kampus yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan dan kematangan.
Selepas membeli minuman,
Dian melangkah laju keluar dari kafe fakulti. Hari ini hatinya sangat ingin ke
rooftop dan menulis sesuatu. Sudah seminggu peristiwa itu berlaku, dan selama seminggu
itu juga dia tidak lagi bertegur sapa dengan Ayu. Salah aku ke?.
Ketika Dian mendaki
tangga, dia terserempak dengan Gina. Gina memandang buku bersaiz A4 berkulit tebal
berwarna putih pink dan minuman di tangan Dian. “Kau nak ke mana Dian?.” Gina kehairanan.
Apasal lah mana-mana
aku pergi dia ni ada?. Serabutlah. Entahlah, cuba untuk mendekati Gina,
namun hatinya berkeras tidak boleh. Mungkin perlu masa. Dian kemudiannya tidak
menjawab soalan Gina. Sebaliknya mengembalikan semula soalan tersebut.
“Aku dari bilik Puan
Rohayu tadi.” Gina berkata perlahan dan satu keluhan kedengaran.
“Mengeluh ke?. Kenapa,
ada masalah ke?.” Dian bertanya. Hilang keserabutan dirinya apabila melihat
keserabutan Gina.
“Aku nak lepak dengan kau
boleh?.” Gina memandang dengan harapan.
Dian serba salah. Nak kata ya, aku pun tengah serabut. Nak kata tidak, kesian
pulak.
“Jomlah.” Dian bersuara
sambil melangkah mendaki anak tangga seterusnya. Gina tersenyum senang.
“Eh. Tapi kita nak
pergi mana?.”
*****
Hampir 10 minit mereka berada di atas rooftop bangunan 5 tingkat fakulti
mereka. Namun, Dian dari tadi hanya membisu. Gina pula seolah-olah membebel dan
bercakap seorang sambil memuji keindahan pemandangan yang kelihatan dari
tingkat 5 tersebut.
“Gina, kau boleh duduk tak. Jangan berdiri. Nanti pak
guard nampak, dah tak boleh lepak sini dah tau. Pandang langit dahlah.” Dian
mengingatkan dan memberi amaran.
Sebenarnya tiada siapa
pernah tahu bahawa dirinya suka menghabiskan masa di rooftop tersebut. Namun
entah kenapa hari ini dia membawa Gina bersama. Ayu sendiri tidak pernah tahu
tempat ini. Argh!. Nama itu lagi yang aku nak sebut.
Gina akhirnya duduk di
sebelah Dian. Kaki mereka berdua melunjur ke depan. Dian nampak sangat cantik
walaupun hanya dengan T-shirt Muslimah dan seluar slack hitam miliknya.
“Dian, comel stoking kau.
Warna-warni. Kau beli dekat mana ya?.”
Gina bertanya.
Dian memandang kakinya
yang berstoking dan bersandal hitam itu. Kemudian matanya berlari memandang
kaki Gina.
“Ada orang bagi.” Dian
menjawab ringkas.
“Mesti Ayu kan?.” Gina
meneka. Tekaan Gina tepat dan tiada syak wasangka lagi.
Dian menarik nafas.
Panjang. Gina tersenyum kelat. Masih ingin bertanya sesuatu. Namun bagai
terhenti apabila melihat raut wajah Dian.
“Kenapa kau mengeluh tadi lepas jumpa Puan Rohayu?.” Dian
cuba menukar topik. Gina perasan akan hal itu.
“Sebab sebenarnya aku
geram dengan partner assignment aku. Assignment tadi sebenarnya dah lepas due
date. Tapi disebabkan partner tak bagi kerjasama, jadi siap lambat dan kena
sound dengan Puan Rohayu. Benci betul!. Rasa macam nak je bagi tahu yang
partner tu tak bagi kerjasama dan sebenarnya aku buat sendiri assignment tu.”
Gina meluahkan rasa dihatinya. Nampak sangat dia memang marah. Sambil cerita,
mukanya merah.
“Kau dah hantar lamakan?. Senanglah sebab dapat
partner yang memang bff.” Gina menyambung lagi. Dian termenung. Tak sangka Gina
punya perasaan marah. Eh?, Gina pun manusia. Bukan alien.
Nasib baik assignment
tu kami buat cepat sebelum krisis melanda. Kalau tak. Tak tahulah macam mana
aku nak kerjasama lagi dengan Ayu.
“Weh!.” Gina menyiku
Dian. Menyedarkan Dian dari lamunan.
“Kau ni mesti ada masalah dengan Ayu kan?.” Gina
serkap jarang. Adoi. Gina ni.
“Dian, kau ceritalah. Mungkin aku boleh bantu.” Gina
berkata sambil cuba memujuk Dian agar berkongsi dengannya. Tiba-tiba Gina
terpandangkan buku A4 berkulit tebal dan berwarna putih pink di tangan Dian.
“Hah!. Jangan ingat aku
tak tahu apa yang kau tengah fikir.”
Dian mula mengalihkan buku tersebut dan meletakkannya di belakang duduknya.
Dian tersenyum geli
hati. Ada hati nak ambik buku aku. Tolonglah Gina ni. Urm… rasanya dah lama
aku tak ketawa senang hati.
“Hahaha… alah, kau ni Dian. Kau tak anggap aku kawan kau ke?.” Gina sekali lagi mencuba. Namun tidak
mengharapkan apa-apa. Mungkin dia sememangnya dilahirkan untuk tidak punya
kawan. Uh.
“Aku anggap. Tapi aku
dah tak percaya pada sesiapa.” Dian menoktahkan kata.
Gina terdiam.
“Dian, kenapa Farish
tiba-tiba tangguhkan pengajian?.” Gina bertanya tiba-tiba. Dian tersentak.
Sudah lama tidak mendengar nama itu disebut.
Soalan luar alam. Mungkin
boleh minta star wars yang jawabkan. Eheh.
Disebabkan soalan yang luar alam masa tu, maka peristiwa malam
itu tiba-tiba tergambar jelas di ruang mindanya buat entah ke berapa kali.
Boleh gila dibuatnya.
Pergilah Farish. Aku
pun dah tak sanggup nak jumpa kau!.
***************
to be cont.
:)
'NOKTAHKAN. SUPAYA KAU TAK SAKIT!.'
_hasil tulisan yang telah lama diperam.
nur insan.
burn town.
15Ogos2015 (12.26pm)
No comments:
Post a Comment