Wednesday, April 22, 2015

Sem 1 (Part 2)



Ada satu kisah yang dicerita oleh Prof. Malek dalam kelas teori minggu lepas.
Ceritanya mengenai seorang jutawan dengan seorang tukang gunting rambut bangsa India.
Jutawan tersebut merupakan kawan baik prof.
Ceritanya berbunyi begini:

Manaf seorang jutawan telah ke sebuah kedai gunting rambut di sekitar tg.malim... Ketika tukang gunting rambut itu mahu menggunting rambut Manaf, dia ternampak jam tangan yang dipakai oleh Manaf..
"Wah,,, jam tangan rolex!." Tukang gunting rambut sangat teruja.
Manaf dengan tersenyum bangga memegang jam tangannya.
"Berapa you beli?." Tanya tukang gunting rambut dengan rasa ingin tahu.
Sekali lagi Manaf tersenyum bangga. Ni dah masuk kes riak ni. eh?. :p 
"You mahu tahu ke berapa ini harga?." Tanya Manaf pula.
"Ya.. ya.. berapa you beli?."
"RM 30 ribu." Manaf senyum. Sinis barangkali.
"Saya pun ada ini jam." Kata tukang gunting. Manaf terkejut bukan kepalang.
(Pergh! Macam ayat dalam buku kanak2 ribena. haha. :p .. ok continue)
"Eh.. cuba tengok jam you." Kata Manaf. Tukang gunting rambut pun mengulurkan jam tangan yang dipakainya. Serius sama!, Sebijik!.
Lalu Manaf pun bertanya, "Berapa harga you beli?."
"Ini RM30 juga boleh dapat." Kata tukang gunting rambut sambil senyum puas hati.
"Itu pasar malam. Saya original. You tak mampu punya beli." Kata Manaf riak. Tukang gunting hanya senyum dan menyelesaikan tugasnya. 
Setelah selesai menggunting rambut dan membayar harganya, Manaf ingin keluar dari kedai tersebut. Tiba-tiba tukang gunting rambut memanggilnya semula. Manaf lalu berpusing kembali...
"Encik... sekarang pukul berapa ya?." Tanya tukang gunting rambut.
Manaf terus melihat jamnya dan menjawab, "Pukul 10.30 pagi."
Tukang gunting rambut juga melihat jamnya dan menunjuk ke arah Manaf sambil berkata...
"Eh... sama lah.. jam saya 10.30 pagi juga." Kata tukang gunting sambil senyum. Manaf panas hati... Ada ke patut jam 30 ribu dengan 30 ringgit disamakan... dan cerita ini diceritakan kepada Prof. Malek...  ngeee..


 Faham apa maknanya cerita ini?...

Dalam hidup kita, kita yang memaknakan sesuatu dan setiap sesuatu hanya punya satu tujuan kenapa ia diciptakan...

Contohnya dalam cerita tadi... Jam hanya ada satu tujuan... iaitu menentukan masa...itu satu tujuan asal kenapa jam diciptakan... tapi manusia memaknakan jam dengan pelbagai makna.. contohnya Manaf memaknakan jam tangannya sebagai mungkin lambang kemegahan kerana nilainya yang mahal... sedangkan tukang gunting rambut merasakan cukup jam rolex yang berharga rm30 asalkan ia boleh menentukan waktu...

Jam tangan rolex... kedua2nya memakai yang sama... cuma seorang merasakan rolex itu perlu original.. sedangkan yang seorang lagi tidak pentingkan originaliti...

So, macam tu juga hidup.. kita memakna sesuatu perkara... hingga kerana ''makna'' tersebut kadangkala kita berdepan dengan cabaran/masalah yang tersendiri kerana ingin memenuhi makna2 tersebut..
Dan dalam hidup, kita sebenarnya mencari sesuatu yang bermakna atau benar...
Benar semestinya betul.. tapi betul, belum tentu benar...

contoh: Betul kita boleh melanggar peraturan kalau kita mahu... Tapi itu tidak benar..

dan hakikatnya, kebenaran hanya ada satu...
and this is TEORI KEWUJUDAN!.
belajar mengenai pencarian 'makna' dalam hidup...
^_^


_stuck buat asaimen.
jadi menulis untuk cari idea.
it olready week 9..
become weakness..
eh?. =;;=


nur insan.
t.g.u
22april2015 (08.00pm)

No comments: