Sunday, May 22, 2011

BERAKHIRNYA SEM DUA......


Salam mahabbah buat semua sahabat2 teratak nur insan^^,v.... Wah... nampaknya smuanya sedang bersemangat ya...huhu... (ceh.... macam nmpak je^^,v...), tapi takpe, itulh yg dikatakan jauh dimata, dekat dihatihttp://www.emocutez.com....


erm... sebenarnya agak penat kerana (opss... skemanye ayat... tukar tune sat), coz petang tadi, bersama sahabat2 bergotong royong membersihkan surau kolej bersama sahabat2 JMK...huhu... macam2 ragam ada... adoii.... sabor jelh... hingga tak terasa penat bekerjahttp://www.emocutez.com....




Ok... hari ini setelah sekian lama tidak menulis, akhirnya tetiba rasa cm nak menulis sangat2... seperti mana cik qaseh irsalena selalu habaq mai kt cheq, keperluan id harus dipenuhi...huhu... jdi cheq pn nak menulis jugak hari ini....

Semalam result final exam aritu dah kuar... TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA UNTUK LECTURE2 KESAYANGANKUhttp://www.emocutez.com....

Subjek Major
1. Dr. Noraini Binti Hj Ismail (KKH3033 - Kemahiran Asas Kaunseling)
2. En. Che Anuar Bin Che Abdullah (KKT3053 - Perkembangan Personaliti)
3. Cik Amelia binti Mohd Noor (KKD3023 - Penyelewengan Sosial dan Delinkuensi Remaja)

Pengayaan Diri
1. Dr. Fauziah Hanim binti Jalal (KKP3032 - Kaunseling dalam Islam)

Subjek Universiti
1. Dr. Ani binti Hj. Omar (Angkatan Sasterawan Muda (ASASMU^^) - ko-k
1. En. Fadzil (Olahraga)
2. Tho Siew Wei (Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar)
3. Puan Diana binti Jumadi (Wacana Akademik Bahasa Melayu)


Erm... jazakallahu khairan khatira buat semua lecture dan cikgu2 sekolah lama, sahabat seperjuangan, rakan sepermainan dan yang paling utama, usrati 244 yang aku rindui http://www.emocutez.com .... kalian sangat bermakna dalam hidup ini hingga membawa aku ke bumi UPSI seperti mana aku kini....

K lah... all da best sahabat2... insyaallah jmpa ag sem depan^^.... huhu...


CORAT-CORET SEM 2
Subjek Cik Amelia:
Awal sem... semangatnya nak p kuliah Cik Ame...subjek delinkuensi memang sngt2 aku nantikan, sbab ianya subjek yang sangat menarik... bnyk kes2 sosial yang aku tahu punca... tpi....bila dah masuk kelas cik ame...
geling kepala cik ame http://www.emocutez.comtengok aku layu dan mengantuk..... adoiiiiihhhh... maaf cik ame, saya xsengaja... saya sangat minat sbjek Cik Ame!... tpi.... sy mengantuk....
(setiap kali kelas Cik Ame yang hari jumaat,lebih dahsyat.... http://www.emocutez.com)
Time present, alhamdulillah.... sngat seronok^^... sebab Cik Ame memberi kata2 semangat selepas akupresent^^... huhu,...
[erti hidup pada memberi dan memahamkan=).. luv 2 b a teacherhttp://www.emocutez.com]

Kenangan Buat Sesi Kaunseling:
"Cikgu... sebenarnya cikgu percaya ke apa yang saya citer kat cikgu tadi??"
aku diam... budak ni awatnye???... bukan main letih aku fikir dan nak faham story dia... tetiba dia tnya lagu ni....
"Haha... saya tipu jelah cikgu... tulah, cikgu kata cikgu boleh tau law orang tipu ke tak... tengok cikgu cm percaya je..."
Fuhhhh... panasnya aku dengar... awat CL (CL=CLIENT) ni jadi lagu ni???...http://www.emocutez.com
"Sebenarnya awak nak tau satu benda tak?..."
CL diam...aku mula menyusun madah...
"Kalau awk tipu cikgu sekalipun, cikgu tak pernah rasa kena tipu pun... sebab sebenarnya tu awak tengah tipu diri awak sendiri... hakikatnya cikgu tak tahu perkara sebenar, tapi awak sendiri tahu perkara sebenar dan awak cuba menyembunyikannya... jadi siapa tipu siapa???..."
CL diam....
[erm... hakikatnya, skill kaunseling aku dah buat dia jujur untuk kata yang dia tipu... dan pengajarannya, kita jangan menipu sebab yang kita tipu tu nanti hakikatnya diri kita sendiri... renung2kan... macam2 hal...actly pengalamn wat sesi kaunseling sangat2 bessttttttt!!!huhu]

Minggu Exam....
Monolog tengah malam:
"ya Allah.. tenangkanlah hatiku ...."
Tibe2...
"Emy... emy... meh tolong makcik jap... makcik nak minum tapi tak sampai...."
Aku menoleh ke katil sebelah.... Lalu aku turun dari katil dan berjalan ke arah makcik Bibah...
"Makcik nak air kotak ni ke?"....
"Aah my...."
Aku membuka plastik air kotak tersebut lalu ku sua ke arah makcik Bibah... Tiba2 satu suara menghampiriku...
"Dik, nanti kalau ada apa2, adik tak payah ambikkan untuk makcik ni... nanti nurse yang akan ambikkan..."
Aku tersenyum....
"Takpelah kak... bukan apa pun..."
"Tak boleh dik... awak tu pun bukan sihat sangat..."
aku tersenyum je... Doktor yang berada tidak jauh dari kami turut tersenyum geli hati... semuanya gara2 makcik Bibah yang sering menyebut namaku hingga satu wad boleh dengar suara makcik bibah.... sebab makcik bibah akan bercakap kuat dan sesiapa yang nak berckp dgn makcik bibah juga perlu bersuara kuat=)...
masa ni aku ditahan diwad setelah dipaksa oleh doktor yang sangat prihatin mengenai tahap kesihatanku^^,... dalam masa yang sama, ada 2 paper yang langsung aku tak cover apa2 lagi (wacana & dasar: killer paper!)... tapi akhirnya aku dibenarkan jugak utk keluar sehari sebelum paper seterusnya... (tu pun sempat kena gelak dgn doktor sebab muka sy yang cuak..eh... cuak ke????http://www.emocutez.com)

Sebelum keluar wad, makcik bibah bagi kata2 yang sangat menterharukan hati ini... http://www.emocutez.com "Emy... emy study rajin2 yer, makcik tahu... emy boleh buat... makcik doakan emy berjaya...."http://www.emocutez.com.. "makcik... awat makcik cakap lagu tu... cheq xboleh dengaq org habaq mai lagu tu kat cheq....tq makcik"
Petang tu... dalam jam 5.30 petang aku bertolak pulang ke UPSI dengan doa moga makcik bibah cepat2 kuar wad... alhamdulillah jam 8.00 malam aku pun sampai dengan jayanya=)...

Natijah Sem Ni:
Ku tulis dalam cerah,
Biar kicauan burung mungkin tidak sebanyak semalam,
Namun aku bersyukur atas nikmat mentari yang masih Kau beri,
Hari ini, seperti biasa setiap natijah yang ku perolehi,
Insya'Allah aku syukuri...
Syukur ya Allah,
Jatuhnya natijah ini ada makna yang tersembunyi...
pNgK yang dijanjikan sem ini...
insya'Allah menjadi penguat diri untuk tidak main2 lagi...
Moga aku ambil ibrah dari kisah semester ini...
Jaga kesihatanmu wahai diri... jangan sampai exam di wad lagi^^...
Insya'Allah.... sampai disini dahulu...
Semoga setiap amal selepas ini hanya kerana Allah...
[Hakikatnya pointer ini tidak penting, namun jadi penting bila mana ada misi dan visi didalamnya... selagi mana mampu, selagi itu aku terus memburu... bukan kerana nama, namun kerana cintaku mengajak aku menjaganya
(walau aku sering juga lena)...
moga Allah redha...].....




http://www.emocutez.com
~Nur Insan@Srikandi Nazira~
KHAR
~09.00 malam@21 mei 2011~
sampai jumpa lagihttp://www.emocutez.com....



4 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

salam sahabat, emy! rindu kamu :)

result da kua? cepatnya upsi...apapun tahniah yea..

kenapa hga msuk wad tu? sakit pe?

Anonymous said...

SEAN PENN, CARMEN METTETAl, DARLENE ARDEN,REMY GROSS, IRA, JIM HANSON, " ET" ?

eizan0406 said...

jaga diri baik2 syg...

alhamdulillah setiap kesusahan akn dibayar dgn kenikmatan yang setimbal...bersangka baik dgn Allahre

HeRWaNa HeRMan said...

selamat bergerak kerja dlm JMK.
moga dipermudahkan Allah