Thursday, March 11, 2010

AWAS SERANGAN OCD



Semalam lepas tengok CSI:(NY), akibat minat dalam bidang psikologi aku tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang penyakit OCD atau Obsessive Compulsive Disorder. Setelah membaca beberapa maklumat dalam internet, baru tahu sebenarnya tidak ramai yang menyedari mereka menghidap OCD. OCD adalah sejenis penyakit yang menyerang bahagian mental atau jiwa sesorang. Seseorang itu boleh dikenalpasti sebagai penghidap OCD dengan adanya pemikiran yang selalu berulang-ulang (obsessive) serta tingkah laku yang sering dilakukan berulang (compulsive). Penyakit ini boleh dideritai oleh baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Berikut adalah maklumat yang diambil dari Malaysia Mental Health Association:


Ciri-Ciri OCD
Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut:-
  • orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
  • Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
  • Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar 'ego alien' pada dirinya.
  • Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
  • Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
  1. Was-was
  2. Kebersihan
  3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.

Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
  • Kemurungan
  • Sedih
  • Kurang selesa
  • Cepat letih
  • Berat badan menurun
  • Cepat marah
  • Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.
Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, symptom OCD ini boleh berubah dari segi keterukannya dimana ia boleh menjadi lebih serius.

Bagaimanapun, sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, symptom-simptom ini akan berkurangan.

Adakalanya symptom-simptom yang terdapat pada OCD boleh didapati pada penderita-penderita penyakit mental lain seperti skizofrenia, manik depresif, psikosis, kemurungan, penyakit mental organic dan lain-lain.

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Seseorang Mendapat OCD
  1. Genetik - ( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
  2. Organik- Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
  3. Personaliti - Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.
  4. Pengalaman lalu - Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
  5. Konflik - Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.
Contohnya hubungan antara suami-isteri, di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga tekanan, peristiwa atau tragedy yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan symptom-simptom OCD.

Ciri-Ciri OCD
Dalam proses penyiasatan, doctor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
  • Tempoh berlakunya masalah tersebut
  • Punca sebenar tercetusnya masalah
  • Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
  • Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
  • Peringkat keterukan yang dihadapi.
Sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, prognosis mereka biasanya lebih baik berbanding individu yang tidak diketahui punca penyebabnya.

Doktor perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat primer atau sekunder penyakit mental yang lain.

Rawatan
Ubat-ubatan

Biasanya doctor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.

Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.

Pendekatan psikologi
Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-
  1. Psikoterapi kognitif - pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
  2. Psikoterapi tingkah laku - Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.
Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
  • Keseriusan masalah yang dihadapi
  • Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi
  • Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
  • Tempoh mengidap penyakit tersebut.
Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan social atau sebagainya.

Malaysia Mental Health Association (MMHA)



Semoga maklumat ini memberi manfaat... untuk keterangan lanjut hubungilah yang lebih arif...
http://www.emocutez.com

7 comments:

Mazru Majid said...

salam..

sy pun tengok citer csi semlm..

...Nur iNsAn... said...

salam... (",)v

Ina NaiLofar said...

salam emy!

minat psikologi ya?kita bkongsi minat yg sama la :)
aply x kos ni?

...Nur iNsAn... said...

w'salam ina...

emy apply, kat ukm(",)v...
ina???

Ina NaiLofar said...

sama gak :)
tp pluang kerjaya nt???? :)

...Nur iNsAn... said...

ina, jgn risau insya-Allah ada..skung gvrment nk try ujudkn ahli psiklgi kt stiap bdn krjan...jdi insya-Allah xde mslh...lgipn bdg ni luas...

satu kta2 yg sring emy ingt, "dgn kesungghn menuntut ilmu, insya-Allah rzki akn dtg melalui pntu2 ilmu itu sndri..." yg pntng tuntut ilmu dgn ksungguhan=)..

arjunasetia said...

Ia tidaklah semudah yang ditonton..

http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/12/secebis-nostalgia.html