Monday, April 13, 2015

Kitab Cintaku #2

hadiah dari en.heaven ketika datang merisik ^_^
Esok, genap sebulan usia pernikahan kami...
:)
Sempena sebulan itu, maka nak je rasanya menulis tentang 'nya'...
kitab cintaku #2
(puan, encik dan pernikahan ^_^ )

16 november 2014 (ahad). Hari ni aku dapat panggilan telefon dari kak eizan (kakak ketiga), katanya ada seseorang ingin tahu sama ada aku dah 'berpunya' atau belum. @_@ masa tu rasa macam entah apa2... (err.. biasalahkan aku macam 'gamophobia' ke apa??..hihi.) Serius rasa macam nak kena 'prank'. *kadang2 tak logik betul apa aku fikir*... bila aku tahu orang yang bertanya tu adalah 'dia' (a.k.a encik heaven. my husband now).. lagi lah rasa macam... errrr.... ni macam tak sesuai je dengan aku yang tak berapa nak baik.. yang tak berapa nak lembut.. yang kadang2 macam 'senget' sikit... yang macam2 lagi -_-''
dan yang paling 'shock' sebab kami tak kenal pun!. Rasa macam tak pernah bercakap pun dengan dia... Cuma aku tahu dia wujud dan dia tahu aku wujud kerana program dan persatuan. Camne tu?... Akhir perbualan telefon, kak eizan pesan... 'fikir jangan tak fikir. Ni serius'. Then aku lalui hari tu macam biasa tanpa fikir apa2... 
17 november 2014 (isnin). Sekali lagi kak eizan telefon. Tapi kali ni bercakap dengan mak. At the end, mak slow talk dengan aku and minta aku fikir sebab mak tahu aku tak fikir pun tentang 'dia' dan soal pernikahan ketika itu. Aku diam. Malam tu... hanya Allah yang tahu... dan timbul persoalan. Kenapa mesti dia?. *memang aku sukar untuk memilih. bukan kerana terlalu memilih. tapi takut tersilap pilih.*
18 november 2014 (selasa). Aku dapat biodata dia melalui kak eizan. 7 muka surat -_-''.. panjang juga apa yang ditulis. Siap ada macam 'carta aliran masuk u'.. eheh.. haha.. (ter'gelak' pulak :p ) maka, malam ni barulah aku mula untuk memikirkan keseriusan dia dan kesediaan aku. Tapi betul ke dia serius? . *soalan masa tu*
 19 november 2014 (rabu). Hari ni macam semalam dan sebelumnya. Masih lagi dihujani oleh soalan yg sama dari mak dan kakak yang lain. Namun, aku lebih banyak diam dari bercakap. Dan entah untuk kali ke berapa... aku menangis lagi... memang minggu ni, aku banyak sangat menangis. Muhasabah diri sendiri... pernikahan itu umpama kematian. Bukan berakhirnya sebuah kehidupan.. tapi permulaan kehidupan baru... perlu kesediaan... soalnya, sedia ke aku?. *mcm hiperbola sangat perumpaan aku 
-_-'' *
21 november 2014 (jumaat).  Hari ni aku akan ke serendah dengan mak sebab esok kami akan ke penang untuk menghadiri kenduri kahwin family abg fir (suami kak eizan). Hari ni juga, aku sudah punya jawapan pasti untuk diberikan.. dengan izin Allah.. Jawapan itu aku berikan pada kak eizan dengan menaip surat jawapan untuk 'dia' baca... Hari ni juga, 'dia' akan pulang ke semenanjung kerana cuti sekolah hujung tahun telah bermula. 
 23 november 2014 (ahad). Hari ni aku dan family ke kota lama,penang lepas kenduri. Apabila orang bukit bertemu laut ^_^ subhanallah!. dan hari ini alhamdulillah semua persoalan sama ada untuk proceed atau tidak hubungan kami, terjawab... namun, aku akui.. masih lagi wujud dalam diri persoalan 'kenapa aku?'... walaupun sebelum aku mengambil keputusan untuk menerima dia, aku dah minta dia jawab 5 soalan + 2 soalan extra sebab aku tak puas hati dengan jawapan yang dia bagi... hehe... dan termasuk dalam soalan tersebut adalah 'kenapa aku?'. haaa... itulah ciri2 orang berpersonaliti 'hijau' menurut dr.sidek noah. Bercakap dengan orang 'hijau' perlu fakta yang jelas dan logik barulah dia akan puas hati.. akulah antara orang 'hijau' tu... ^^,v dan rasanya seorang wanita tu memang perlukan kepastian dalam hidup supaya dia tak banyak tanya...
07 december 2014 (ahad). Dia akhirnya datang rumah merisik 
21 december 2014 (ahad). Bertunang dan merancang untuk bernikah secepat mungkin. 
14 mac 2015 (sabtu). Bernikah dan majlis kesyukuran yang sebolehnya se-simple-nya. alhamdulillah. selepas melalui tempoh pertunangan yang banyak cabarannya... dan paling terkesan apabila disaat aku ingin mengumumkan tarikh pernikahan, aku terima satu ucapan tahniah berserta ucapan 'selamat menjaga hati' pergh!!!. huhu..   ^_^   *maka, serius pelik. apa bestnya bertunang untuk dihebahkan?, sedangkan tempoh bertunang pada aku sangat kritikal untuk menjaga hati terutamanya... mungkin anyone can give some brief explanation to me :) *
So,  aku tak kenalpun dia... macam tu juga dengan dia.. tak kenal pun aku sebenarnya... dalam tempoh pertunangan tulah kami baru nak mengenali... kata dia kami pernah meeting sekali untuk satu program ketika aku jadi exco di kolej dulu... tapi aku tak ingat peristiwa tu... yang aku ingat, dia pernah jadi fasilitator kem, yang mana ketika itu aku adalah salah seorang pesertanya... tapi bukan kerana itu dia memilih aku.. dan bukan kerana itu juga aku memilih dia... dan selepas bernikah, barulah aku tahu cerita2 yang sebelum ini menjadi tanda tanya, terutama soal proses dia memilih aku... urm... menarik juga tu... hihi.. rupanya manusia ni memang unik.. ada kreatif kendiri masing2 untuk mencapai matlamat...

Soal jodoh.. benar menjadi rahsia Allah.. Allah yang tahu segala cerita lanjut... teringat ketika bulan september 2014 (minggu konvokesyen). Ketika itu, ramai juga yang bertanya, 'bila nak bernikah?', 'dah ada calon ke?'... dan soalan2 lain yang maksudnya sedemikian... ketika itu aku tidak mempunyai calon atau bayang2 sesiapa pun... dalam masa yang sama, aku turut memerhatikan timeline hidup yang aku gariskan 'bernikah sebelum usia 24'.. maka setiap kali soalan itu ditanya, sepenuh hati aku yakin, 'dia' ada, cuma masanya belum tiba... perlukan kesediaan lagi... dan aku juga yakin, kerana dia juga sedang mempersiapkan diri, maka kerana itu dia tidak muncul lagi ketika itu...

Ketika mana ada juga seorang sahabat yang berpesan 'kita kena usaha tahu... jangan duduk sahaja.. kita kena cari jodoh tu...'.. aku diam.. serius, aku bukanlah seorang yang pandai mencari... nak cari tu macam mana??... *aneh*.. lebih aneh rasanya bila perasaan malu tu yang membuatkan memang tak la untuk aku mencari... makanya, sejak sekian lama aku pasakkan dalam diri, insan pertama yang merisik aku melalui orang tengah... maka dia akan menjadi pilihanku walau siapa pun dia (tapi perlu juga buat saringan dengan soalan2 yang sesuai.. huhu.. )... dan selalu juga aku berdoa, moga Allah bantu aku... ^_^

 Kalau ada yang tanya macam mana nak kahwin sedangkan tak kenal.. perkenalan tu bukan ada spesifik masa... ia berlangsung sepanjang masa... kerana manusia, sifatnya membangun dan berkembang... sentiasa berubah.. hari ni kita kenal dia kurus.. mungkin esok gemuk.. eh?...hihi...  dan gemuk dan kurus itu membuatkan seseorang tu mungkin berubah dari aspek pemikiran, emosi apatah lagi fizikalnya.. *boleh pakai ke analogi aku ni?... hihi..* [misi menggemokkan en.heaven.. nak kaji setinggi mana metabolisma en.heaven...hihi..]

Apapun, perkahwinan tu bukanlah mencari yang sempurna seperti apa yang kita mahu...kerana hakikat, tidak ada apa pun yang sempurna selain Allah... dan perkahwinan tu proses mengenali dan belajar memahami... bila belajar, maksudnya kalau salah memaafkan.. kalau betul meraikan.. ^_^

Kalau dulu, aku kira seandainya aku ingin menjadi yang pertama buat suamiku kelak, aku perlu menjaga hatiku agar tiada siapa menjadi penghuninya sebelum aku menikah... tapi setelah aku mengenali suamiku ketika dalam tempoh pertunangan, aku belajar bahawa.. sebenarnya keinginanku dahulu betul tapi tidak benar... aku belajar bahawa  sebenarnya aku juga tidak sempurna untuk memiliki kesempurnaan sepertimana apa yang aku mahu... ukuran untuk memiliki bahagia adalah bagaimana kita memaknakan ia itu harus bagaimana... ^_^

Bila ingat semula bila aku mula jatuh cinta dengan suamiku...hihi.. rasa macam kena ucap terima kasih pada kompot (kucing peliharaan en.heaven dan family mentua) yang membuat onar dengan membuang najisnya diatas kasut aku..hehe...dan en.heaven tolong basuhkan kasut tu... :p masa tu lah aku baru 'rasa' yang aku jatuh cinta...haha.. aneh2.. beberapa hari lepas kami bernikah...

Apapun, usia pernikahan kami masih baru... mungkin kerana itu juga aku masih lagi tidak putus2 menerima ucapan selamat pengantin baru walaupun dari orang yang sama ^^''... hihi...mohon doakan agar jodoh kami kekal hingga ke syurga, diberikan ketenangan dan kedamaian hati serta zuriat yang soleh dan solehah melalui pernikahan ini.... dan cabaran mendatang... may Allah ease..may Allah bless... dunia dan akhirat...



"True of pure love should never contradict or compete with one's love for Allah. It should strengthen it. That is why true love is only possible within the boundaries of Allah has made permissble."
 _en.heaven dalam y.mogahed_




with love.
nur insan
t.g.u.
13april2015(02.00pm)



No comments: