Wednesday, January 28, 2015

satu hari...




pada setiap hari...
setiap detik..
setiap saat..
semuanya adalah rahsia...

pada satu hari...
punya cerita yang mungkin terlalu sukar untuk diceritakan...

harusnya..
bagaimana untuk menjelaskan segala cerita?

harusnya...
bagaimana untuk  menceritakan segala rahsia?

sedang cerita-cerita itu,
adalah rahsia-rahsia Maha Hebatnya Allah!.
yang menjadikan, yang menghidupkan dan yang mematikan.
hingga seringkali mengajar manusia untuk akur pada 'kehambaan'.
harus akur bahawa kita punya Tuhan...
yang tahu setiap apa yang direncanakan...
jauh...
dan...
teramat jauh
terlalu jauh!
dari pengetahuan kita tentang sesuatu perkara...


"dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNYA, tidak ada yang mengetahui selain DIA.
DIA mengetahui apa yang ada didarat dan di laut.
Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNYA.
Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz)."
 (6:59)


maka,
nikmat mana lagi yang ingin kita dustakan?.
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahu akhbar!.

untuk semua cerita.
satu hari.
tentang semalam,
hari ini,
dan
akan datang...



nur insan.
bukit.
28 januari 2015 (12.23am)

No comments: