Thursday, May 1, 2014

pinjamkan kekuatan.




suara mereka bertanya itu ini.
macam mahu memecahkan segala isi kepala yang sedang berdenyut.
berkali-kali cuba dielak dari ditanya mahu ke mana.
tak kurang juga yang mengikuti  langkahku ke sana ke mari.
mahu sahaja dijerit 'stay away from me!'
sekuat hati!

tahu tak kepala aku bagai nak pecah berdenyut-denyut.
masih lagi bertanya mahu ke penang atau butterworth!.
terasa nak muntah segala isi perut!

akhirnya jumpa juga tempat yang tiada orang.
walau hakikat masih ramai yang lalu lalang.
kepala masih berdenyut.
kopi panas dikacau perlahan.
Allah.
mohon pinjamkan kekuatan buat sekali lagi.
kerana aku belum sampai ke destinasi!.

hentian itu!
kadangkala menyerabutkan!




nur insan
pudu sentral saat kepala berdenyut-denyut.
dan saat segerombolan manusia sedang mempertahankan hak mereka dijalanan kerana suara sering tidak kedengaran oleh mereka yang berada dalam saf yang dinamakan pimpinan.
01 mei 2014 (03.30pm)






No comments: