Thursday, May 1, 2014

deviant [22]

pic: fatimah zafira

2014
USIM


"so, maknanya lepas tu kau masuk Darul Ulum?."
Soal Ana penuh tanda tanya.

"Yup... 2 bulan Yani cuti sekolah masa tu, dia yang banyak ajar dan bantu aku untuk menghafal. Alhamdulillah, aku lulus ujian khas untuk masuk Darul Ulum."
Dani cerita ringkas.

Ana termenung seketika.
Sempat dikerling jam ditangan.
1.40 pagi.
Achik dan Lisa dah lena dibuai mimpi.

"Dee... kau macam mana lepas malam tu??... aku yang first balik malam tu.. jadi aku tak tahu apa yang berlaku pada kau dan Jai.."
Dee merenung pekatnya malam.
Mengingati peristiwa lalu.

"Aku balik pagi... mak dan ayah aku datang ambil... lepas tu.. aku dah tak tinggal dekat asrama... aku sekolah dekat rumah je... Lepas tu, aku masuk tingkatan enam.. then aku masuk u...takde apa yang berubah... sampailah aku jumpa Kak Yani naqibah yang baik hati... "
Tiba-tiba Ana tersenyum.

"Kita jumpa dengan dua orang yang berbeza, namun mempunyai nama yang sama... dan dua-dua berjaya bantu kita untuk berubah... kau perasan tak?" Ana menyoal Dani.

Dani cuba berfikir.
Ya..
Tengku Udani Ariyani adiknya.
dan Kak Dayani kakak usrah Dee.
Mereka tersenyum.

"Macam mana dengan Jai?"
Tiba-tiba Dani menyoal.

"Pagi tu, masa aku balik dengan emak dan ayah aku... Ibu bapa Jai masih belum datang jemput dia... cuma..." Dee tiba-tiba berhenti.

"Kenapa?"
Dani tidak sabar menunggu jawapan.

"Seingat aku... Jai menangis tak henti sejak kau balik... dia pun berkali-kali minta supaya aku temankan dia... tapi, bila emak dan ayah aku datang... Jai tiba-tiba hilang... dia macam tak mahu aku dan kau tinggalkan dia... kau ingatkan macam mana hubungan dia dengan mak dan ayah dia??."

Dani mengangguk.

"Aku tak tahu apa yang berlaku lepas tu..."
Dee mengakhir ceritanya.

"Tak sangkakan... Di atas rooftop tu kita wujudkan group 'deviant' sebab pecah masuk masa form 1... dan disitu juga akhirnya kita berpisah masa form 3...."

Dani masih ingat, bagaimana mereka bertiga berkumpul di rooftop blok D asrama pada malam selepas pelantikan jawatan penting sekolah dan asrama.

Jai mendapat undian tertinggi bagi jawatan ketua pelajar kerana dia paling famous dalam kalangan pelajar.
Manakala Dee menjadi ketua pengawas sekolah dan Dani menjadi ketua asrama sekolah.

Belum cukup 24 jam pelantikan mereka, mereka dah pun memecah masuk kawasan rooftop yang menjadi kawasan larangan. Semua ni kerana desakan Jai yang dah lama mengintai rooftop tersebut dari jendela kelasnya. Dan sejak hari itu, sebenarnya hampir setiap bulan pasti sekali mereka akan pergi ke rooftop tersebut dan menghabiskan malam hujung minggu mereka disitu.

Disitulah tempat Jai mendapatkan ilham mencipta lagu, Dani dan Dee pula akan menjadi pengkritik tetap. Apa yang pasti, tidak pernah sekali pun mereka ditangkap oleh warden. Malah yang lebih membanggakan,mereka bertiga banyak membantu ketua warden mengenalpasti masalah pelajar dan membantu meengurangkan kes 'fly' asrama dan ponteng solat berjemaah dan kelas malam. Oleh kerana itu, cikgu-cikgu tidak pernah mengesaki apa-apa walaupun terdapat segelintir pelajar yang cemburukan mereka sering membuat aduan 'kenakalan' yang mereka bertiga.

"Rindunya pada suasana itu... panjat pagar belakang asrama... lepak kat rooftop... dengar lagu baru Jai... jalan kat pekan depan sekolah jam 3.00 pagi... kena kejar anjing... kenakan group Wawa sampai semput...hehehe" tiba-tiba Dani bersuara... sambil ketawa mengingati peristiwa lalu.

Geng Wawa yang setiap tahun cemburukan mereka kerana masih memegang jawatan yang dia sangat impikan. 'Gipang' itulah gelaran mereka buat geng Wawa. Akhirnya disebabkan geram dengan tindakan Wawa yang hampir meng-kantoi-kan mereka yang ingin 'fly', Jai dan Dani sengaja meletakkan 2 ekor lipas dalam beg sekolah Wawa... berlari sampai semput si Wawa disebabkan lipas itu.

Zaman sekolah.
Seronoknya.
dan kadangkala memori nakal zaman sekolah adalah peristiwa paling indah untuk dikenang.

"Agaknya apa jadi pada Jai? dan, bagaimana keadaan Husna?"
Dani seolah-olah bertanya pada dirinya sendiri.
Dee diam.

Jai.
Husna.
Entah kenapa, fikiran Dee turut terfikirkan anak usrahnya.
Fitriah, Husna, Qanita dan Amirah.
'Bagaimana keadaan Qanita?, biasanya jika tidak hadir usrah, pasti dia akan menghubungi dan menyatakan alasannya. Tapi sehingga hari ini, Qanita masih tidak memberikan khabar berita.'

Namun Dee membiarkan persoalan itu hanya singgah sebentar difikirannya dengan niat akan menghubungi Qanita esok pagi.

Dee dan Dani akhirnya sekali lagi menyelak memori lama.
Kisah kewujudan 'deviant'.

Deviant.
Jai yang friendly tapi banyak menyimpan perasaan dan selalu dilihat 'rare'. Dani yang suka mencuba dan bereksperiment dan Dee yang pantang mengalah dan pantang juga dicabar sebenarnya. Group yang ditubuhkan kerana mereka bertiga sebenarnya selalu melanggar peraturan asrama dan sekolah. Namun mereka sering bernasib baik, kerana tidak pernah sekalipun mereka ditangkap. Malah sentiasa pula diberi kepercayaan memegang tampuk kepimpinan sekolah. Disukai ramai pelajar kerna 'style' mereka yang selalu mempunyai aura. Namun sehinggalah malam itu... Malam Husna junior mereka, yang tiba-tiba datang tanpa dijemput. Kejadian itu membuatkan Cikgu Hashimah naik berang kerana merasakan bahawa kepercayaan yang diberi selama ini dikhianati.

"Dani... andai dapat kau undur masa... apa yang kau nak ubah?."
Dee menyoal.

"Tiada apa yang aku ingin ubah, kerana semua yang berlaku, pasti ada hikmah. Lagi pula, kau sendiri pasti tahukan, mujahadah tu tak mudah. Aku sendiri tak pasti, kalau apa yang dah berlaku tak force aku untuk berubah, mungkin after sekolah entah apa-apa yang aku akan cuba."
Dani tersenyum.

Dan malam itu,
mereka berdua sempat sujud bersama.
Memohon ampun dan rahmat dari Allah.
Serta mendoakan kebaikan di dunia dan akhirat.

Di satu tempat yang lain,
Jai pula tidak dapat melelapkan mata.
Peristiwa dia mendaki bukit Broga bersama Humairah masih bermain dimindanya.
Langkah diatur, berniat mengambil wudu'.

Sebaik selesai solat 2 rakaat, telefon dicapai.
Message ditaip dan dihantar kepada Humairah.

'Salam... Humairah... tolong akak... akak nak berubah...'




to be cont.
[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]




nur insan
presint 5
28 april 2014 (06.00 pm)





No comments: