Thursday, May 8, 2014

deviant [the end]

[pic credit to: fatimah zafira]

Hari jumaat itu Ana tidak mempunyai kuliah.
Bagi memenuhi masa yang terluang, Ana mengajak Dani dan Jai keluar berjogging dan membeli sarapan.
Jam baru menunjukkan angka 6.45 pagi.
Mereka menaiki kereta Jai.

"Awak drive sendiri dari U awak ke sini ke Jai?."
Ana bertanya.

"Aah... dah biasa dah."
Jai senyum.
Dani di seat belakang hanya mendiamkan diri.
Kereta di belok menuju kawasan tasik.

Selepas parking mereka menuju ke sebuah pondok.
Masing-masing mengeluarkan al-mathurat.
Mereka membacanya sekali.
Diakhir bacaan mereka membaca doa rabitah.

Jai tiba-tiba tersenyum.
"Kenapa kau senyum?."
Dani menyoal.

"Masa mula-mula aku baca dulu, aku rasa lama sangat. Masa tu aku baru lepas solat subuh di masjid kampus. Urm... buat pertama kali aku turun berjemaah subuh. Bila baca mathurat ni, aku rasa  penat sangat. Aku pandang orang sebelah aku, dia dah tutup mathurat dia, sedangkan aku baca dulu dari dia.
Esok tu pulak, aku sempat baca separuh je. Hari ketiga makin separuh sebab aku berkejar ke kelas. Aku pun message Humairah. Aku minta dia semak aku baca mathurat betul ke tak. Nasib baik masa tu hari sabtu. Jadi dia takde kelas. Sejam kitorang skype. Bila dah havis baca, aku minta dia explain tentang mathurat ni. Barulah aku tahu yang mathurat ni ada dua. Satu kubra yang panjang yang selalu aku baca dan satu lagi sugra. lebih ringkas. huhu... Then aku pun lazimi baca sughra. Cuma somehow terfikir juga, apa salahnya kalau baca kubra kan. hehehe..."

Panjang Jai bercerita.
Dani pula teringatkan Yani.
Adiknya yang membuatkan dirinya melazimi mathurat.
Saat mereka membaca mathurat bersama, sebenarnya ada mata yang memandang hairan.
Tak kurang juga yang memandang 'semacam'.
Sedangkan yang patut dipandang 'semacam' itu adalah dia, kerana jogging dengan seluar pendek.
Tak malu eh?.
Mahu je ditanya begitu.

"Esok kita jadikan nak teman Humairah ke kenduri kahwin sepupunya tu?."
Ana tiba-tiba bertanya.

"InsyaAllah. Itu pun sebenarnya sebab kenapa aku ada disni dan tak sangka Humairah kenal kau Dee dan dapat juga jumpa Dani sekali."
Ana sengih.
Dani juga senyum.

Pertemuan, memang sukar dijangka.
Takdir Allah tak siapa yang tahu.
Berdoalah pada-Nya,
pasti tak sekalipun kita akan kecewa.


Dan esok, masih menjadi rahsia.
Tak siapa yang tahu.
Melainkan Maha Hebatnya Allah.


*********************************

Seawal jam 8.30 pagi Dani, Dee dan Jai telah menunggu ditempat parking kereta kolej.
Menanti Humairah dan Qanita yang ingin turut serta.
Jam 8.40 pagi barulah kelihatan kelibat Humairah dan Qanita.

"Maaf kak.. lambat."
Mereka bersalaman.

"Masa. Tak lambat walau seminit, dan tak cepat walau seminit"
Ana kembali menyebut tentang itu.
Humairah dan Qanita hanya tersenyum.
Tahu mereka salah.

Jam 9.10 pagi selepas mengisi minyak kereta barulah mereka bertolak ke rumah sepupu Humairah. Rumah yang terletak berhampiran SeDAS. Daerah lama yang ditinggalkan.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Bermakna mereka akan sampai lebih kurang jam 12.00 tengah hari lebih.

Kata Humairah jam 12.00 ke 12.30 tengah hari biasanya dah dihidangkan makanan, jadi mereka boleh terus menikmati makanan. Dani merenung kad yang terdapat didalamnya peta laluan ke rumah pengantin. Dihadapan kad tersebut tertulis kenduri kesyukuran dan diselitkan juga doa buat pengantin.


Ya Allah Ya Rahman,

Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.



'amin...'
Dani membaca doa pengatin itu. Itulah untungnya jika kad perkahwinan dimuatkan doa, kerana pembaca akan turut mendoakan pengantin.
Sepanjang perjalanan hanya sejam pertama mereka berbual.
Itupun apabila Jai menyebut mengenai Kak Suraya iaitu kakak Humairah dan bagaimana mereka mengenali antara satu sama lain.

Sesampainya di rumah pengantin, kelihatan tetamu sudah datang berkunjung.
Humairah telah memperkenalkan mereka semua kepada kaum keluarganya.
Dee dan Dani turut berkenalan dengan Kak Su yang diperkenalkan oleh Jai.
Manakala Humairah dan Qanita tidak tahu hilang ke mana.

Mereka bertiga akhirnya memilih untuk duduk disalah sebuah meja yang berada agak jauh dengan hidangan makanan yang berbentuk buffet. Dee ditugaskan menjaga meja dan Dani serta Jai pergi mengambil makanan. Tetamu mulai semakin ramai. Dee mengerling jam ditangannya. Sudah menghampiri jam1.00 petang. 

'Patutlah orang makin ramai.'
Bisik hati Dee.

"Assalamualaikum. Ada orang tak disini?."
Seorang gadis menyapa Dee a.k.a Ana.

Dee memandang pada wajah suara yang bertanya.
"Waalaikumussalam. Ada... ada dua orang. Tapi kerusi lagi tiga tu takde orang."
Dee menerangkan.

"Urm.. saya datang dengan abang saya. Boleh ke kalau duduk sini sekali. Abang saya seorang je. Dia pergi ambil makanan. Tempat lain semua macam dah penuh dengan keluarga masing-masing."

Dee serba salah.
'Ni susah ni. Satgi nak makan tak selesa.'

"Takpelah... duduk je."
Dee mempelawa. Namun ada percanggahan antara akal dan hati.
uh.

"Terima kasih kak."
Dee hanya mengangguk.

Gadis itu dirasakan seperti memerhati dirinya.
'Kenapa pulak budak ni. Ada masalah ke dengan muka aku.'
Dee tidak senang.

"Kak.. nama saya Husna. Dulu saya sekolah di SeDAS."
Berderau darah mendengar gadis itu memperkenalkan diri.
Wajah Dee yang tadi menunduk memandang handphone terasa berat untuk diangkat.

'Husna. SeDAS.'
Dee memberanikan diri memandang Husna yang memperkenalkan diri.
Wajah itu ditenung.
Dalam.
Ada parut panjang di dahi.
Namun tidak ketara kelihatan.

"Akak.. kak Dee ke?.."
Husna bertanya.
Minta kepastian.

Jai dan Dani menghampiri mereka. 
Mereka meletakkan pinggan nasi dan 3 gelas air diatas meja. 
Mereka mula menarik kerusi dan duduk diantara Dee.
Gadis itu pula duduk setentang dengan Dee.

Di belakang gadis itu, tiba-tiba muncul seorang lelaki.
Juga meletakkan pinggan nasi untuk gadis tersebut jua buat dirinya dan berdiri disebelah gadis itu.
Kelihatan lelaki tersebut terasa serba salah untuk duduk semeja bersama mereka.

Dee masih lagi kaku.
Dani dan Jai pula memandang sambil tersenyum pada gadis tersebut.
Saat Jai memandang wajah gadis tersebut, lelaki yang berada di sebelahnya turut memandang wajah Jai.

"Eh.. Jaiyiddah. Awak pun ada dekat sini."
Jai telan liur.

'Faiz???... buat apa dia dekat sini.'
Jai bertanya dalam hati.
Rasanya dah lama tak jumpa.

"Awak nampak lain."
Faiz menegur.
Jai telah liur.
Ya, hari ini buat pertama kali dia mengenakan shawl labuh dan berjubah.
*malunya!*

"Tak perlu kot tegur."
Jai akhirnya bersuara dengar tak dengar.

"Akak kak Jai?? Jaiyiddah??.. Saya Husna. SeDAS."
Jai cepat menoleh pada gadis tersebut.

"Husna???."
Jai bertanya meminta kepastian.

"Ya.. saya Husna. Akak ingat lagi???."
Jai mengangguk laju.

Tak mungkin dia lupa.
Pernah dulu setiap hari dia menanti jawapan bagaimana keadaan Husna untuk membetulkan keadaan.
Namun penantian itu hanya sia-sia. Mana mungkin dia lupa pada Husna.

Jai memandang parut di dahi Husna.
Dani turut terkejut memandang Husna.
Tidak percaya.

Mereka bersalaman.
Husna tiba-tiba mengalirkan airmata.

"Dah lama Husna cari akak-akak semua. Husna nak minta maaf."
Husna memohon maaf sambil bersalaman dengan mereka bertiga.

Faiz memandang hairan.
Otaknya ligat berfikir.
'Inikah 'deviant' yang pernah Husna cerita dulu. Senior yang dicari. Senior yang menyebabkan adiknya koma sebulan di hospital akibat jatuh bangunan.' Rupanya orang yang dicari adalah rakan sekampusnya. Kecilnya dunia.

Namun hakikatnya, adiknya yang salah. Adiknya yang sengaja ingin menarik perhatian seniornya dengan berdiri di tebing rooftop yang tidak mempunyai benteng, lalu tergelincir.
Kejadian itu menyebabkan Husna tidak hadir ke sekolah hinggalah sesi persekolahan baru dibuka.

Saat itu alangkah terkejutnya dirinya kerana mendapati ketiga-tiga orang senior yang dikaguminya itu sudah berpindah sekolah dan tidak dapat dikesan. Apa yang lebih mengejutkan apabila Geng Wawa menyatakan bahawa mereka bertiga adalah pembunuh. Bila ditanya pada Cikgu Hashimah, barulah guru tersebut menerangkan perkara sebenar. Cikgu Hashimah turut menengaskan bahawa mereka hanya digantung, dan bukannya dibuang sekolah. Namun keluarga mereka sendiri yang mahu memindahkan mereka ke sekolah lain dan pihak sekolah akur. Selepas dari itu, Husna telah menerangkan segalanya. Namun semuanya seakan terlambat. Mereka telahpun di 'label' oleh pelajar lain. 

Stigma, adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.

Pertemuan kali itu sekali lagi membuka kisah lama.
Namun dalam keadaan masing-masing sudah menerima apa yang berlaku.
Tiada apa yang perlu disesali.
Just go on.

Meja makan mereka jadi riuh rendah dengan pelbagai kisah yang kadangkala mencuit hati. Ketidak hadiran Faiz yang memilih untuk makan dimeja lain menyebabkan mereka lebih senang bercerita.
Berkaitan dengan kehidupan kampus. Sesekali ada juga terselit soal SeDAS yang sudah bertahun ditinggalkan. 


Dari jauh Faiz hanya memerhati.
'Banyak pula cakapnya si Jaiyiddah ni.'
Getus hati Faiz.

Humairah dan Qanita menghampiri mereka setelah agak lama menghilang.

"Akak, kalau akak nak solat. Boleh solat dekat rumah ni atau di masjid depan jalan masuk tadi."
Humairah memberikan maklumat. Mereka bertiga akhirnya bersetuju memilih masjid.

Selepas makan, Husna meminta diri untuk pulang dengan abangnya.
Manakala Dani, Jai dan Dee meminta izin dari Humairah untuk ke masjid sebentar.

Suasana di masjid agak ramai.
Mungkin orang yang hadir ke majlis kesyukuran tadi turut singgah solat disini.
Selepas solat Dani mengajak Jai dan Dee singgah ke SeDAS.
Bulat mata Dee dan Jai tidak percaya.

"Biar betul kita nak ke SeDAS?."
Dee minta kepastian.

Dani mengangguk yakin.
Jai pula tiba-tiba turut mengangguk.

"What?!"
Dee bagai tidak percaya.
Akhirnya Dee terpaksa akur.

Jai membelokkan kereta ke simpang menuju ke SeDAS.
Perjalanan ke SeDAS lebih kurang 30 minit sahaja dari kawasan perumahan sepupu Humairah.
Pelbagai rasa tersimpan dalam hati.

Sebaik tiba di hadapan pintu masuk SeDAS, hanya Dataran Segar dan bangunan utama kelihatan.
Dani mengajak Jai memusingkan kereta ke pintu masuk belakang sekolah.
Di pintu masuk itu akan kelihatan Blok D asrama, dan bangunan itu yang dirindui.
Jai akur. Kereta dipandu menuju ke pintu masuk belakang.

Sudah banyak yang berubah.
Sekolah lebih ceria dari dulu.
Berwarna-warni.

Sebaik tiba di pintu pagar belakang. Kelihatan pondok pengawal berada disebelah kiri pintu masuk.
2 orang pengawal sedang bertugas. Pintu pagar jelas diterkunci dengan magga besar dan dililit dengan rantai.

Serius macam tak bagi pelajar masuk atau keluar.
=.=''

Dari dalam kereta mereka nampak bangunan blok D yang berada di sebalah kanan. 
Di sebelahnya pula terdapat susur gajah menghala ke sebuah surau kecil.
Kawasan baru. Sebelum ini susur tersebut tidak ada.

Blok D juga sudah jauh berubah.
Dulu mereka adalah batch pertama.
Sekarang, sudah tidak tahu batch yang ke berapa.

Akhirnya Jai, Dani dan Dee keluar dari kereta.
Mereka menyandar di kereta Jai.
Parking dibawah pokok menyebabkan kurang sedikit rasanya bahang matahari.

Tiba-tiba kelihatan tiga orang pelajar keluar dari Blok D dan menuju ke surau.
Seorang tinggi. Seorang agak rendah dan berkaca mata dan seorang lagi biasa sahaja.
Mereka bertiga memakai beg berwarna purple.

Dee, Dani dan Jai berpandangan.
"Our junior."
Mereka berkata serentak dan ketawa.


Hari ini, segala yang sudah berlalu telahpun menjadi sejarah.
Tidak dapat diubah yang telah berlaku,
namun selagi masih ada waktu, 
masa akan datang boleh dibaiki agar lebih baik.

Deviant.
Unik.
Pelik.
Sesuatu yang asing.

Teringat kepada satu hadis:

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.”
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)


Suatu masa dahulu, mereka bertiga pernah rasa asing apabila terlalu suka membuat perkara-perkara yang asing. Namun pada mereka itu adalah unik. Bukan untuk menarik perhatian, tapi satu keseronokan.

Hari ini, mereka memilih untuk lebih dekat dengan islam. Mengislah diri dengan memakai pakaian yang lebih baik dan cuba untuk mengamalkan islam dalam kehidupan seharian. Ternyata saat ini, islam itu juga adalah asing.

Deviant.
Its ok.
Selagi mana perintah Allah kau jaga.


'when three of us together, don't ask why we get stronger. 
Because our heart, always sing a same song togehter'


the end.



********

deviant.
alhamdulillah berjaya juga dihabiskan siri ini dengan hampir 150 muka surat.
dan ada beberapa bahagian tidak disiarkan.
ngeee..

Pertama kali menulis dengan ada 'ending'.
biasa cerita tergantung.
namun diakui,
masih banyak kelompangan yang ada.

berharap untuk menulis lebih baik.
thanks ALLAH.
thanks thesis
thanks over 150 silent readers
dan
special thanks yang kepada meninggalkan ulasan
^_______^

may Allah bless.


nur insan
presint 5
08 mei 2014 (10.00pm)


No comments: