Tuesday, May 13, 2014

banjaran titiwangsa.


"kamu tahu tak tu apa?"

tanya dia, yang aku hormati.
pensyarahku.

"banjaran titiwangsa."
jawabku laju.

ya,tidak mungkin aku tidak tahu.
setiap hari ku tenung.
disitu ada tanda besarnya kuasa Allah yang menciptakan.
dan indahnya ciptaanNya.
Subhanallah.

"Disebalik banjaran itu, ada negeri pahang."

Dia menyambung lagi.
Aku tersenyum.

Ya,
setiap kali melihat banjaran itu,
yang ku nampak adalah negeriku.
daerah yang aku cintai.

setiap kali itu,
aku berdoa akan kesejahteraannya,
dan kesejahteraan orang2 yang aku cintai disana.

andai aku mampu melihat banjaran itu dengan pandangan yang indah,
mengapa tidak sekali lagi aku pinjamkan mataku untuk melihat indahnya
aturan Allah pada sebuah penciptaan.
Dia menjadikan aku begini.
dan Dia tahu mengapa.

Allah.
sungguh.
aku lemah.

maaf.
aku tidak sempurna.
terlalu banyak khilaf.


nur insan
presint 5
13 mei 2014 (01.35am)


2 comments:

ArELeEz said...

setiap kekhilafan buleh cuba utk dip'betulkn. yg penting istiqamah. setiap hari kan proses p'belajaran.. ;)

Sufia Yusoff said...

tabahlah wahai kkku..semoga diberikan k'kuatan..banyakkan b'doa my dear..:)