Thursday, May 8, 2014

deviant [25]

[pic credit to: fatimah zafira]


Ana kembali berdebar.
Sesudah melipat telekung, wajah Dani dipandang tepat.
Mencari jawapan agak-agak apa keadaan perasaan Dani saat itu.
Namun tiada apa yang boleh dibaca melalui seraut wajah milik Dani.
Al-quran coklat ditangan Dani direnungnya.
Ana menarik nafas.
Jai pula kelihatan menghampiri mereka berdua bersama Humairah.

"Kak... Humairah tinggalkan Kak Jai dengan akak disini ya. Akak jaga kak Jai baik-baik ya."
Humairah senyum sambil bersalam.

"Humairah balik dengan siapa ni?"
Ana menyoal.

"Qanita and the geng. hehe.."
Humairah membalas dan terus bangun menuju ke pintu bahagian muslimat.

Akhirnya Ana, Dani dan Jai duduk dalam sebuah bulatan.
Ala-ala bulatan gembira, namun penuh debaran.
'Kenapa berdebar pula ni...'
Ana bertanya dirinya sendiri.

Selepas agak lama mereka berdiam diri.
Akhirnya Dani bersuara. 
Agar ketegangan yang tiba-tiba dirasakan membelenggu diri mereka dapat dikurangkan.

"Kita buka majlis dengan ummul kitab al-fatihah."
Semua menadah tangan.
=.=''

"Urm.. macam formal pulak kan...ngeee"
Dani tayang gigi.
Jai pula tiada reaksi.
Ana kering idea. 

Akhirnya hanya bunyi kipas yang kedengaran.
"Urm.. aku minta maaf."
Akhirnya Dani bersuara sekali lagi.

Ana memandang Dani.

"What?."
Ana telan liur.
Tersilap respon.

Dulu, 'what' adalah trademark mereka bertiga.
Sering sahaja mereka menjerit 'what' apabila berlaku sesuatu.
Tapi, rasanya kini macam tak sesuai pula untuk disebut.

Jai tiba-tiba bersuara.

"Salah aku. Sebab mudah percaya pada orang.
Salah aku, sebab aku percaya pada korang.
Aku ingat kita akan selalu bersama.
Aku ingat kita sahabat selamanya.
Tapi....
Salah aku, sebab aku semua benda tu berlaku...."

"Jai..."
Dani memeluk Jai.
Ana diam.
Rasa bersalah menakung dalam diri.

"Jai.... aku minta maaf juga."
Ana menangis.
Dani juga begitu.
Jai akhirnya meluahkan segalanya.


********************************************

"Dee.. kau jangan tinggalkan aku ya."
Jai merayu. Matanya sembab.
Dee hanya menutup pintu lokernya.
Wajah Jai dipandang.
Airmata Dee kembali mengalir.

"Jai... sekejap lagi parents aku...."
Belum sempat Dee menghabiskan ayatnya, Jai berlari keluar.

Jai duduk di hadapan pintu masuk rooftop.
Airmatanya kembali menitis.
Dia pasti, parentsnya tidak seperti Dani dan Dee.
Mereka tak mungkin datang.
Jai tak pasti apa akan berlaku pada dirinya selepas ini.

Seminggu dia menjadi penghuni haram di asrama.
Cikgu Hashimah tahu tentang itu.
Namun, sudah berkali-kali cuba dihubungi ibu dan ayah Jai.
Tidak sekalipun diangkat.

Sepanjang seminggu itu, Jai tidak ke sekolah.
Hanya berkurung dibilik asramanya.
Hakikatnya itu satu kesalahan.
Namun, Cikgu Hashimah tidak sanggup menghalau dirinya.
Sesekali Cikgu Hashimah datang menjenguk dan menghantar makanan.

Sepanjang seminggu itu juga, Jai mendengar caci cela mereka yang tidak tahu cerita sebenar.
Tidak kurang juga yang mengejek dirinya sebagai pembunuh.
Setiap kali itu, Jai hanya diam.
Mujur masih ada juga yang simpati padanya.
Namun simpati mereka tidak mengubah apa-apa.
Perginya Dee dan Dani bagai membawa lari separuh jiwanya.
Sakitnya kehilangan mereka berdua, lebih sakit dari dituduh membunuh!
Bila Cikgu Hashimah datang menjenguknya, setiap kali itu Jai akan menangis dan ingin mengetahui keadaan Husna. Saat itu, dirasakan hanya berita tentang Husna yang boleh memulihkan semangatnya yang hilang.

Namun Cikgu Hashimah tidak pernah bercerita tentang Husna.
Setiap kali itu juga pasti Cikgu Hashimah akan katakan padanya
"Awak sihatkan dahulu dirinya. Nanti saya bagitahu."
Itu menyebabkan Jai rasa bertambah teruk.

Semua orang suka percaya pada apa yang dia rasa tentang seseorang.
Tapi tak pernah percaya pada apa yang orang itu ingin katakan.
Semua orang pentingkan diri.
Kononnya semua orang bagai memahami, hakikatnya tiada siapa ambil peduli!.
Diri Jai bagai tidak terurus.

Hinggalah suatu hari, neneknya datang dan ingin membawa Jai pulang.
Jai sangat terkejut.
Tidak menyangka Cikgu Hashimah berjaya menghubungi Nek Bah.
Jai menangis entah kali yang ke berapa saat melihat Nek Bah.

Selepas itu, semuanya berubah.
Ketika keputusan PMR keluar, hanya Nek Bah yang bangga dengan dirinya.
Namun semua itu bagai tiada makna lagi dalam hidupnya.
Jai terus tinggal dan bersekolah di sekolah berhampiran rumah Nek Bah.
Jai tidak mahu lagi pulang ke rumahnya.

Disekolah baru dia seperti orang asing.
Tiada kawan.
Tiada siapa yang mempedulikan dirinya.
Dunianya hanya ada Nek Bah.
Pendengar setia setiap butir bicara Nek Bah.
Jarang sekali dia bersuara.
Hanya tingkah yang mendahului kata.
Namun Jai rasa sangat bahagia.

Selepas dua tahun di rumah Nek Bah.
Saat keputusan SPM keluar, hari itu Nek Bah kurang sihat.
Jai ke sekolah sendirian untuk mengambil keputusan peperiksaan.
Sebaik sahaja dirinya diumumkan menjadi salah seorang pelajar terbaik daerah,
Jai menerima panggilan telefon.
Nek Bah jatuh tangga!.

Suara Makcik Ani jiran Nek Bah kedengaran serak.
Semuanya bagai gelap.
Handphone Jai jatuh dari gengaman dan dirinya terduduk ditengah orang ramai.
Airmatanya mengalir laju.
Teresak-esak.

Cikgu Rosmaira cuba menenangkan Jai.
"Nenek... nenek dah takde..."
Hanya itu yang mampu Jai luahkan.

'Allah.... sakitnya sebuah rasa.... sekali lagi aku tertipu pada dunia. Dunia hanya pinjaman.....'

***************************************************

Dani dan Dee yang mendengar kisah Jai turut mengalirkan airmata.
Jai menarik nafas.
Semuanya bagai semalam berlaku.

"Satu per satu pergi...."
Jai menangis lagi.

"Aku tak pernah cerita pada sesiapa. Selama hari ini semua ni aku simpan sendiri. Salah aku, kerana mudah percaya pada manusia. Aku lupa... Allah pemilik semua. Aku rasa sebelum ni, apa yang berlaku sangat kejam. Tapi hakikannya, Allah yang Maha Tahu Segala. Sedang kita hanya hamba."

Jai kembali mengenangkan dirinya.
Ya, Broga banyak mengubah dirinya.
Walau hanya satu hari masa dihabiskan bersama Humairah dan sahabat-sahabatnya, namun sangat bermakna.

Sebenarnya semasa di Bukit Broga, Humairah ada membuat perkongsian berkaitan Surah Ar-Rahman. Mereka bertadabbur dipuncak. Selama hari ini, tidak pernah sekalipun Jai merasa terkesan apabila mendengar bacaan ayat suci al-quran. Namun dipuncak itu,

 'maka nikmat mana lagi yang kamu ingin dustakan.'

berulang kali disebut.
Dan berulang kali ia merentap tangkai hati.

Hakikatnya, kita manusia yang sering leka.
Kita yang sering mendustakan nikmatNya.
Kita yang lari jauh dari-Nya.
Allahu rabbi.

Sejak hari itu, Jai mula merasakan perubahan dalam diri dan hatinya.
Benarlah, hati kita milik Allah.
Jai menginsafi diri.
Dee dan Dani duduk berteleku.

Suasana masjid semakin lengang.
Mereka, menghabiskan malam itu dengan muhasabah diri bersama.

'when three of us together, don't ask why we get stronger. 
Because our heart, always sing a same song togehter'





to be cont.
[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]



one more to go.

_kadang2 entry dah siap taip.
tapi macam tak 'lepas' nak di release.

nur insan
presint 5
06 mei 2014 (04.00 am)

No comments: