Thursday, May 8, 2014

deviant [24]

[pic credit to: fatimah zafira]




Ana menumpukan perhatian penuh pada apa yang sedang dibincangkan oleh Dr. Shah, pensyarahnya. Topik yang dibincangkan adalah berkaitan perkara yang perlu diberi perhatian pada peringkat awal penerokaan.

"Pernah dengar kes pelajar bunuh diri?."
Semua mengangguk.
"Bilamana terjadinya kes-kes seperti bunuh diri, atau hingga menyebabkan kecederaan klien terhadap diri klien itu sendiri, kaunselor merupakan salah seorang orang penting untuk memberikan keterangan. Kerana itu jangan lihat tugas kaunselor itu mudah. You have a lot of work to do. Malah sekarang seakan-akan satu trend pelajar bunuh diri atau paling tidak mencederakan diri. Boleh bagi contoh apa dia kes mencederakan diri yang saya maksudkan?."

"Toreh tangan?."

"Yup. Tepat sekali. Itu trend. Dan pada peringkat penerokaan ini, ada beberapa maklumat yang perlu kita ambil perhatian agar kita boleh mengelakkan klien daripada mencederakan diri mereka sendiri. "

Bila disebut soal peringkat penerokaan, ianya merujuk kepada peringkat di mana kaunselor meneroka klien yang hadir untuk mendapatkan maklumat berkaitan apa yang dialami klien. Terdapat beberapa perkara sebenarnya yang perlu diberi perhatian sebagai salah satu usaha untuk melindungi klien daripada mencederakan dirinya sendiri, antaranya ialah amaran lisan yang dinyatakan oleh klien tentang cuba mencederakan diri. 

"Ok, contoh amalan lisan adalah, "Cikgu, saya dah tak sanggup. Saya tak boleh teruskan hidup macam ni."."
Dr. Shah menyambung. 

Selain dari itu, kaunselor juga perlu mengenalpasti klien yang mengalami tekanan perasaan dan mengalami kesukaran tidur, kaunselor juga perlu memberi tumpuan kepada klien yang berputus asa dan tidak bermaya, 
memandu kes-kes kebimbangan (anxiety) dan kegugupan (panic) , menentukan sama ada klien ada merancang untuk mencederakan diri atau tidak, mengenalpasti klien yang terlibat dalam penderaan, kes dadah atau alkohol, menentukan sama ada klien pernah menerima rawatan psikiatri daripada hospital atau tidak, serta bertanyakan mengenai sistem sokongan sosial yang dimiliki klien apabila tertekan. 

"Sebenarnya perkara ini bukan hanya kaunselor yang perlu menitik beratkan, malah orang lain juga perlu sedar akan perkara ini bagi mengelak berlakunya kes mencederakan diri sendiri. Tapi, satu persoalan yang saya ingin tinggalkan, di mana sebenarnya peranan kaunselor seandainya terdapat pelajar yang mengadu pada guru lain dan guru tersebut tidak tahu mengenai pengendalian klien yang mengalami tekanan hingga menyebabkan kematian?."
Dr. Shah menutup bukunya.

"Ok. Fikir-fikirkan. Tugas kita banyak. Lebih-lebih lagi disaat 'tenatnya' pelajar hari ini."

Ana menarik nafas.
Berat.
Handphone di keluarkan dari beg galasnya.

'Salam... kau jadi datangkan kampus aku hari ni kan?.'
Message di taip dan dihantar kepada Tengku Udani Aliyah.

'Wassalam... insyaAllah, jam 3.00 petang aku bertolak :) '

Ana terus melangkah keluar dari dewaan kuliah bersama Acik dan Lisa.

*************************************************


Jam 5.30 petang Ana sudah menunggu Tengku Udani Aliyah di stesen perhentian bas.
Sebaik sahaja melihat kelibat Tengku Udani Aliyah menuruni bas, hati Ana berbunga riang.
Tangan dilambai, berharap Dani perasan.
Akhirnya Dani sampai juga dihadapan dirinya.
Mereka bersalaman.

"Lama ke tunggu?."
Soal Dani sambil tersenyum.
Teruja untuk ke kampus Dee.

"Takdelah... Dani, kita berbuka hari ni di masjid ya. Ada iftar jamie'"
Ana mengajak. Walaupun sebelum ini Ana bersetuju untuk memanggil Tengku Udani Aliyah sebagai Aliyah, namun mulutnya masih lagi laju meluncur nama Dani.
Urm... dah biasa.
Begitu juga dengan Dani, masih lagi memanggil Ana dengan panggilan Dee dan bukannya Ana.

"InsyaAllah on je. Boleh kenal ramai lagi sahabat-sahabat. Urm.. memang setiap hari khamis ada buat iftar ke?." Dani menyoal.

"Awak langkah kaki kanan ni..hehe.."
Dee membalas.
Ya, yang sebenarnya iftar a.k.a jamuan berbuka puasa di masjid tidaklah selalu dibuat.
Dani terus mengambil helmet yang dihulurkan oleh Dee a.k.a Ana.
Motor yang ditunggang oleh Dee meluncur laju menuju ke kolej Ana.

Petang itu mereka sempat pusing satu kampus melihat bangunan fakulti dan ke tasik yang berada di hujung kampus selepas singgah di kolej untuk letak barang-barang yang dibawa Dani. Ramai juga pelajar yang mengelilingi tasik untuk jogging petang itu. Dani dan Ana pula hanya memilih untuk menjadi pemerhati. 
Jam 6.45 petang mereka bergerak pulang ke kolej kediaman terlebih dahulu untuk bersiap ke masjid dan berbuka pada jam7.30malam.

Selepas bersiap-siap Dani memerhatikan Ana.
*senyum kambing*

"Kenapa awak pakai baju warna sama dengan saya?."
Dani menyoal.

"Eh.. sama ke?."
Ana melihat baju yang dipakainya. Jubah purple dan tudung purple.

"Warna sama... hehehe."
Dani menerangkan maksudnya.

Ana tayang gigi.

"Warna kita dulu kan. Purple Hijau."
Ana menjawab tanpa sedar.
Dani diam. Cuba mengingati.

"Aah...kan.. purple hijau... warna tema group deviant. Kau ingat lagi Dee macam mana kita boleh dapat nama deviant tu?." Dani menyoal.

"Ingat. Deviant tu kita dapat lepas kita pergi bilik kaunseling dan kita jumpa buku deviant yang menerangkan tentang maksud deviant. Tingkahlaku langsang. Tingkah laku yang melanggar kebiasaan orang lain. Masa tu kita baru je lepas pecah masuk bangunan yang 'memecahkan' kita."
Mereka ketawa.

Perkataan 'memecahkan kita' yang diakhir kata-kata Ana tadi mencuit hati.
Akhirnya keluar dari rumah dan berniat terus ke masjid.

Sebaik tiba di masjid, kelihatan ramai muslimat sudah menunggu. Tidak kurang juga ada yang baru sampai seperti mereka.

"Subhanallah. Bestnya Dee."
Dani mencuit tangan Dee.
Perasaan seronoknya menjadi-jadi.
Dee memperkenalkan Dani kepada sahabat-sahabatnya.

"Kak... kak Ana..."
Ana terasa ada suara yang memanggil dirinya.
Ana menoleh.
Kelihatan Humairah sedang berjalan menghampiri dirinya.
Ana tersenyum.
Dani turut menoleh arah yang sama.

Humairah tidak berkeseorangan.
Dibelakangnya ada seseorang.
Namun Ana tidak dapat melihat dengan jelas.
Dani disebelah pula seakan-akan cuba mengingati seseorang.

"Kak... apa khabar?."
Soal Humairah sambil menghulurkan salam.
Ana menyambut salam yang diberi.

Dani disebelah pula kaku.
Humairah menyalami Dani pula sambil memperkenalkan diri.
Giliran Ana pula untuk kaku.
Humairah membawa temannya.
Selepas menyalami Dani, Humairah ingin memperkenalkan sahabatnya.
Namun sebaik sahaja melihat wajah Ana dan Dani berubah, Humairah terus diam.
Dipandang pula wajah Kak Jaiyidah disebelahnya.
Juga kaku.

"Kak... urm... kak..."
Humairah menyedarkan mereka bertiga.

Ana telan liur.
Dani kaku.
Jai pula rasa ingin lari.

"Jai..."
Ana akhirnya bersuara.

Jai kembali mengingati pertemuan dia dan Dee ketika berada di Pudu Sentral.
Ketika itu keberanian itu ada untuk menyapa Dee.
Dee pula kelihatan tidak mengenalinya dan ingin cepat pergi.
Saat ini, rasa seperti dirinya pula yang ingin lari dan tidak sanggup menemui mereka berdua.

Suara bilal yang mula berwirid dan seterusnya melaungkan azan menyelamatkan keadaan.

"Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah. for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction."








to be cont.
[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]



semakin ke titik penamat.

nur insan
presint 5
02 mei 2014 (10.00pm)

1 comment:

naffateha said...

dulu kat matrik ada sahabat yg mmg ambil ubat psikatri dan beberapa kali jgak ugut nk bunuh diri...time tuh tak tau nak buat apa, cuma cuba utk rasionalkan dy apa yg tahu je dgn ayat2 al-Quran... dan utk beberapa bulan dy minta sy simpan ubat takut overdose...and yes, selalunya org2 mcm ni ada masalah keluarga... btw, May Allah bless her, no matter what...miss her..my ukhti =)