Wednesday, April 16, 2014

LAST SEM: PART 3


[handmake book bedtime story kami]

09 april 2013.
Subjek Family Counseling.
Program: Kemahiran Bercerita (bedtime story)
Kumpulan sasaran: ibu bapa pelajar darjah 6


Banyak yang aku belajar.
Kami perlu berhadapan dengan ibubapa dan berkongsi ilmu berkaitan kepentingan dan bagaimana kaedah bercerita dengan anak-anak. Seriusly, first rasa macam boleh ke 'ibu2 dan ayah2' ni terima apa yang cuba kami sampaikan, tapi akhirnya... alhamdulillah ^________^


masa sesi kumpulan kecil.
group kami bersama dengan 5 orang ibu2...
salah seorang dari makcik tu berkongsi pengalaman membesarkan 6 orang anak.
Alhamdulillah semua anak2nya berjaya.

Bila sentuh soal cerita,
makcik tersebut berkongsi pengalaman mengenai mini library yang ada dirumahnya.
Dalam rak tersebut terdapat pelbagai jenis buku untuk dibaca anak-anaknya.
Dan keadaan itu menjadikan anak-anak makcik tersebut tidak susah untuk diajak membaca kerana makcik tersebut juga sangat minat membaca.

Dalam pada masa yang sama,
ramai juga ibu2 yang tidak tahu bagaimana lagi cara untuk mengajar anak2 mereka menyukai buku.
Kata mereka pelbagai cara telah dilakukan.
Namun satu lagi cara yang kebanyakan ibubapa tidak menyedari, iaitu ibu bapa itu sendiri tidak membaca dihadapan anak2. then see... memang susah untuk paksa anak-anak membaca. sebab mereka tidak nampak contoh itu dihadapan mata mereka :D

hasil pemerhatian aku sendiri memang betul pun..
if ibu bapa tunjuk minat membaca depan anak2, pasti anak2 tertarik juga untuk membaca.
Dulu masa sek rendah, aku selalu tengok mak baca buku.
Ayah pula suka baca surat khabar...
Mak akan cerita apa yang mak baca.
Ayah pula suka ulas apa yang ayah baca...

Then...
aku rasa, aku pun perlu jadi macam tu.
btw, nak tahu tak kenapa pada aku sendiri bedtime story tu penting dilakukan oleh ibubapa walau ia dikatakan bukanlah budaya kita. Sebenarnya melalui sesi bedtime story anak akan belajar menjadi pendengar dan ibubapa belajar berkongsi dengan anak2... bila anak2 tengok ibubapa boleh berkongsi, maka bila dah besar, ia akan reflek kepada tindakan anak2..  maksudnya anak2 akan mudah pula berkongsi cerita.....

kerana hakikat,
anak2 akan lebih terpengaruh dengan apa yang ibubapa lakukan berbanding dengan apa yang ibubapa minta dilakukan.

tapi bila sebut 'bedtime story' cerita dongeng orang2 melayu dengan dongeng orang putih...
cuba bandingkan keduanya... menurut Puan Jamiah masa kami menghadiri satu bengkel bercerita...
kebanyakan cerita dongeng melayu akan berakhir dengan sebuah kesedihan atau sadisnya.

contoh cerita si tanggang, si tanggang akhirnya disumpah jadi batu...
kalau cerita pak pandir pula, akhirnya kampung digadai...


tapi, most of english story akan berakhir dengan they lived happily ever after...
huhu..

dan aku pun baru perasan lepas Puan Jamiah bagi talk.
so,  untuk penambahbaikkan...
bacalah buku haiwan2 dari alquran ke.. atau apa2lah yang lebih bermanfaat...
moga anak2 membesar dengan sihat dan bijak :D.

_kelas family counseling memang best ^____^


*alfatihah buat ayah*
terima kasih ya Allah kerana anugerahkan aku mak dan ayah yang baik.
moga Engkau mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku masa kecilku.



nur insan
presint 5
16 april 2014 (06.34pm)




No comments: