Wednesday, April 16, 2014

deviant [12]

[pic credit tO; fatimah zafira ]

Malam tu Ana turun seperti biasa.
3 minit sebelum supaya sampai tidak lewat dan tidak cepat.
Sebaliknya 'sharp'.
Itu yang diajar oleh naqibahnya dahulu Kak Dayani.
Kata Kak Dayani,

'Hasan Albanna mengendalikan banyak usrah dan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, kerana itu masa sangat penting bagi Hasan Albanna. Tidak cepat walau seminit dan tidak lewat walau seminit. Jadi kita kena bajet masa bila dah tahu jadual kita macam mana. Supaya yang menunggu tidak menunggu lama, dan yang ditunggu kunjung tiba.'

Walau diakui agak sukar untuk jadi begitu.
Tapi tak salah berusahakan.

Kaki Ana melangkah ke gelanggang. Tempat biasa mereka bertemu dan berbicara serta menanam islam dalam diri. a.k.a berkonferens serius yang riang.

ngeee.


Dari jauh Ana memandang sahabat yang sangat dikenalinya.
Sahabat itu semakin menghampirinya.
Salam dihulurkan.
Mereka berpelukan.

"Ana tunggu siapa?."
Maisarah bertanya.

"Tunggu adik-adik."
sambil senyum.

"Ok. Mai nak pergi rumah Diya'. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi ya."
Sekali lagi mereka berpelukan.
Terasa hangatnya ukhwah.
ahaks.

Maisarah dikenali sejak dari semester 2 lagi.
Ketika itu mereka bertemu kerana usrah.
Itulah hebatnya usrah.
Mempertemukan dia yang lain2 fakulti, tapi dengan tujuan yang sama.

Ketika itu Ana akui.
Dia anak usrah yang 'nakal'.
kerana rasa rendah diri yang amat.
Namun sejak dari hari itu juga, Ana mula belajar. Bahawa memang benar jalan ini tidak mudah dan jalan ini bukan untuk orang yang manja!. Andai sibuk memikirkan soal hati, maka masa bila kita ingin bekerja.  Because everyone deserved heaven.
 So do you
 J.
namun dengan keazaman dan langkah yang pertama.
iaitu join usrah rakan surau bersama naqibah yang osem lagi otai.
eh.
Itulah Kak Dayani :)
maka dia akhirnya lebih mengenali islam.
dan walau susah.
'deviant' akhirnya tertanam jauh.
jauh.
dan sangat jauh disimpannya dalam kamus hidupnya.


Malam itu.
Majlis dibuka dengan alfatihah.


to be cont.


[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]




nur insan
presint 5
06 april 2014 (07.29pm)

No comments: