Thursday, April 17, 2014

deviant [13]

[pic credit to: fatimah zafira]


Tajuk yang dibincangkan pada malam itu adalah berkaitan asas aqidah dan konsep ibadah.
Dihadapan Ana hanya ada dua orang anak usrahnya yang hadir iaitu Fitriah dan Husna.
Manakala Amirah tidak dapat hadir kerana ada discussion.
Qanita pula tidak dapat dihubungi.

Ana berbisik dalam hati
'Pelik, Qanita sepatutnya sudah sampai ke kolej petang tadi.'
Qanita ada memberitahunya bahawa dia akan ke Rawang untuk menguruskan hal berkaitan fakulti.
Tapi sampai sekarang tak balik lagi.
Namun Ana membiarkan persoalan itu berlalu.
dan memasang niat untuk menghubungi Qanita sekali lagi nanti.
Moga Allah permudahkan urusannya.

Perbincangan mereka berlangsung dengan lancar.
Malah Fitriah turut berkongsi berkaitan ilmu yang diperolehinya ketika menghadiri kursus 'Improve Your Solat' anjuran MPP. Iaitu bagaimana solat kaedah nabi. Manakala Husna pula fokus pada konsep ibadah dalam islam.

Menariknya, Islam adalah the way of life.
Dan Ibadah islam tidak hanya tertumpu kepada ibadah yang berbentuk mengasingkan diri dan solat, puasa, haji atau zakat semata-mata. Tapi semua perkara dianggap ibadah jika diniatkan kerana Allah dan cara yang betul. Contohnya beriadah diwaktu petang ibadah, makan boleh jadi ibadah, malah tidur pun boleh jadi ibadah.

Diakhir perbincangan mereka, sebelum majlis ditutup Ana mengajak mereka bermain satu permainan.
Games 'sila sebut ikut saya.'

ahaks!

"Ok. Ni apa?."
Ana bertanya pada mereka.

"Handphone."
Jawab Fitriah dan Husna.

"Bagus. Ni pulak apa?."

"Pen."
Jawab mereka lagi.

"Ok. Ni handphone, Samsung Champ. Tahan lasak. Dah banyak tarbiyah dilalui. Masuk air. Jatuh terhempas. Hilang dari radar.  Tapi, Alhamdulillah masih bertahan hingga kini dan walau pernah hilang namun ketemu jua akhirnya. huhu... Ni pulak pen. Harga 50 sen. Terpaksa beli sebab nak cukupkan baucer buku RM50. Dibeli di CCY Stationary. Depan kampus lama. ngeee."

panjang lebar penerangannya.
jelas.
^_______*


"Ok. sekarang akak nak, korang cakap pen ni handphone. then handphone ni pen. Maksudnya bila akak tunjuk pen, korang cakap tu handphone. Jelas ya."

"Ouh. ok. boleh."
jawab Husna. Pantas dan effisyen sekali.

Permainan berlangsung seminit.

"You did it well. Tahniah."
Ana senyum melebar.

"Sedar atau tidak, sebenarnya permainan ini hanyalah sekadar untuk memberitahu kalian bahawa jika aqidah tak mantap, maka dengan mudah orang memperbodohkan kita. Kadang-kadang kita tahu bahawa ini salah, itu betul and we should follow the right way. Tapi, disebabkan kita hanya mengikut tidak cuba memahami dengan betul. Maka dengan mudah kita katakan bahawa 'Handphone' adalah 'pen' dan 'pen' adalah 'handphone'. Sedangkan diawalnya tadi kita dah tahu handphone yang mana dan pen tu yang mana. Jadi moral of the story, sekarang fitnah semakin berleluasa. Akhir zamankan.Moga hati kita ditetapkan dengan Iman. Hidup dan mati hanya untuk Allah."

Fitriah dan Husna mengangguk.

"Arigatok. Sensei!."

teringat kata en.gabbana,

'andai dinda adalah gua, abang adalah pemudanya'
eh.
_cinta alkahfi.

jom amalkan membaca surah alkahfi.

Kita tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr.




to be cont.



[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan.]




nur insan
presint 5
07 April 2014 (09.36am)

2 comments:

ArELeEz said...

'fitriah, husna, qanita..' hmm.. nice name.

eizan said...

bolehlah bukukan plak pasni...well done my sis