Sunday, April 13, 2014

deviant [9]

[pic credit to: fatima zafira ]



"Semua sekali RM 35.00..."
Wanita itu mengeluarkan not rm50.00.
Selesai membuat pembayaran, Jai tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih.

Hari ini merupakan hari kedua dia bekerja di INB Bookstore.
Itupun kerana kasihankan kak Su yang masih belum menemui pekerja baru.

"Kak.. jom tengah hari ni kita makan dekat kafe oren kat bawah ni. Humairah dengar sedap nasi ayam dia."
Jai mengangguk.

'Urm... esok bufday Humairah. Seronok juga kalau sambut birthday dia dengan kejutan.'
Bisik hati Jai.

"Amboi. Senyum tetiba ni. Kenapa?."
Tanya Humairah.

'Eh.. alamak silap pulak. hehe.'

"Takde apa."
Humairah mengerut dahi.
'Kak Jai ni lebih suka jawab 'tak de apa.' atau seangkatan dengannya daripada jawab perkara sebenar. urm. berahsia benar. Tapi nasib baik peristiwa malam tu tak mengganggu hubungan mereka. Kalau tak. Pasti rasa bersalah berganda-ganda!'

Peristiwa malam Jai menginap di rumah Kak Su kembali tergambar.
Muka Jai dapat dirasakan berubah riak walaupun ketika itu dalam gelap.

"Humairah rasa macam pernah jumpa salah seorang dari mereka."

Haaa?
Jai terkejut.

"Yelah baru Humairah teringat dekat mana pernah jumpa dia."

"Betul ke? yang mana Humairah pernah jumpa?."
Tanya Jai. Suaranya kedengaran sangat 'curious'.

"Salah seorang dari 3 orang tu lah. Dekat area.... "

"Area mana?"
"Belum sempat Humairah menghabiskan ayat.
Jai terlebih dahulu memotong.

"Dekat INB."

'Ha... betul ke?. INB?.. maknanya diorang ada disini ke?. Betul ke?.'
Hati Jai seolah-olah tidak lagi mampu menahan perasaan.

Humairah tiba-tiba rasa bersalah.

"Haah... Dia dulu pekerja INB."
Humairah membalas ringkas.
Harap Jai cepat 'tangkap' maksudnya.

"Apa? dia pernah kerja INB? yang mana satu yang Humairah pernah jumpa?."
Soal Jai lagi.

"Nama dia Jaiyiddah."
"Jaiyiddah."
Jai menyebut pantas sambil berfikir.

"Humairah kena kan akak eh."
"Hehehe... maaf kak. Serius. Maaf."
Humairah mula diburu rasa bersalah teramat.

"Takpe. Salah akak cepat percayakan orang."
Suara Jai mendatar.
Berat.

Humairah bertambah serba salah.
'Alamak. Gurauan salah tajuk.'

"Kak... maaf... maaf sangat! Humairah tak sengaja. Serius. Humairah nak tahu je. Eh... tak bergurau je...Maaf kak. Akak jangan kata macam tu."

Jai diam.

"Boleh. Tapi jangan lagi sebut tentang mereka."
"Baik."

Humairah angkat tangan bagai berikrar.

Satu keluhan dilepaskan.
'Kenapa dengan mereka?.'
Satu soalan yang serius, menggaru perasaan ingin tahu.




to be cont.



[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]



nur insan 
presint 5
13 April 2014 (11.26 pm)

No comments: