Friday, April 11, 2014

deviant [8]

[pic credit to: fatimah zafira ]



Jai membuka pintu kereta sebaik sahaja mereka sampai di perkarangan rumah Kak Suaraya.
"Jai jangan malu-malu tau. Buat macam rumah sendiri."
Kak Suraya senyum sambil menjemput Jai memasuki rumah.
Walaupun Jai sudah lama mengenali Kak Suraya, namun itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki dirumah kak su. Ini pun, jika bukan kerana paksaan Kak Su dan Humairah, mahu sahaja dia terus pulang ke kolej yang tidak jauh dari INB. 

Rumah semi-D.
Susunan perabot didalam rumah itu kemas. 
Di bahagian berdekatan ruang makan, terdapat satu sudut yang menempatkan barang mainan milik anak Kak Suraya. Kak Suraya sebenarnya memiliki 3 orang anak. Masing-masing berumur 7, 5 dan 3 tahun. Dua orang perempuan dan seorang lelaki.

Sebaik sahaja Jai melabuhkan duduknya diatas sofa, mereka dihampiri oleh seorang wanita yang lebih berusia dari kak Suraya. Wanita itu membantu Humairah mengangkat beg 'balik kampungnya.'

"Mak siti tak pe, tak pe... saya boleh angkat sendiri..."
"Takpelah, kamukan baru sampai. Mesti penat."
Mak Siti telah pun memegang salah satu beg Humairah.

"Eh... tak pe.. tak pe.. jangan yang itu.. Mak Siti tolong angkat yang ni je ya."
Humairah menyuakan sebuah beg yang lebih kecil.

"Mak Siti tahu tak.... Kak Su dera Humairah... tadi Humairah sampai je di stesen train, terus Kak Su minta Humairah ke kedai... sedangkan kak Su pulak ke tempat lain... kesian Humairah kan.."

Humairah mengadu.

"Amboi... bukan main lagi makcik sorang ni ya... Mengadu nampak..."
Kak Su cekak pinggang.
Humairah buat muka selamba.
Kak Su geleng kepala.

"Sekeh nak?."
Tanya Kak Su dengan nada bergurau.
Jai yang sedari tadi duduk tidak jauh dari mereka hanya menjadi pemerhati.
'Bila kali terakhir aku berbual dengan along?.'

"Jai.. Jai belum makan lagi kan... Jom kita ke dapur... Mak Siti ada masakkan nasi goreng... hehe.. maaflah ya, nasi goreng je malam-malam ni." Kak Suraya menarik tangan Jai. Jai hanya menurut.

"Anak-anak akak dah tidur ke?."
Tanya Jai.

"Haah... Tadi sebenarnya diorang ikut sekali akak pergi rumah sepupu akak tu. Tapi masa on the way nak balik, semua dah tidur dalam kereta. Jadi akak singgah rumah dulu, lepas tu barulah ke kedai."
Kak Su menjawab sambil senyum.

Tangan kak Su sudah laju mencedok nasi.
Tabah dan gigihnya seorang wanita.

"Kak Jai.. malam ni kak Jai tidur sekali dengan Humairah tau. Boleh kita story-story."
Humairah sudah menarik kerusi untuk duduk di sebelah Jai.
Jai hanya mengangguk kecil dan senyum.

"Jangan layan sangat si Humairah ni Jai.. Nanti tak tidur malam dibuatnya."
"Ala biarlah Kak Su ni, bukan selalu dapat peluang macam ni. Lagi pun dah lama tak berbual dengan Kak Jai."
Kak Su hanya geleng kepala.
Selepas semua mendapat pinggan dan nasi masing-masing.
Mereka membaca doa makan.

Kak Suraya pula memandang Jai.
"Jai buat apa je cuti ni?"
Kak Su cuba berbual.
"Urm.. tadi sebenarnya datang kedai cari ilham baru. Nak siapkan lagu."
Kak Suraya sememangnya mengetahui bahawa Jai suka menghabiskan masa mencipta lagu.
Kadangkala lagu-lagu yang dicipta diminta Kak Suraya untuk menilai sama ada sedap atau tidak.
Memang Suraya mengakui, walaupun Jai bukanlah pelajar musik, namun Jai mempunyai bakat.

"Jai tak mahu kerja dekat INB?. Boleh tengok-tengokkan Humairah sekali."
Pancing kak Su.
Humairah jeleng tajam.
Jai ketawa.

"Kak Su ni terbalik dah ni. Humairah yang perlu tengok-tengokkan Jai... Bukan Jai yang perlu tengok-tengokkan Humairah. hehehe..." Jai ketawa.

Selesai mereka makan.
Kak Su meminta izin untuk berehat dahulu.
Manakala Jai dan Humairah turut melangkah ke bilik Humairah.
Mak Siti pula sudah lama terlena.

*********************

Jam 2.30 pagi.
Humairah masih bercerita.
Dan Jai menjadi pendengar setia.
Hanya sesekali Jai menyampuk.

"Kak... maafkan Humairah ya.. Tadi masa akak nak bayar harga buku, Humairah ada nampak sekeping gambar dalam purse akak. Kalau boleh Humairah tahu, tu gambar siapa kak?."

Humairah takut bertanya sebenarnya.
Kerana Humairah tahu Jai tidak gemar bercerita.
Namun ikuiri mengatasi segalanya.

Jai diam.
Gambar itu.
3 orang sahabat.
Sahabat yang hilang.

"Humairah rasa macam pernah jumpa salah seorang dari mereka."





to be cont.



[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]



nur insan 
presint 5
11 april 2014 (06.15 pm)

No comments: