Monday, April 14, 2014

deviant [10]

[pic credit to: fatimah zafira ]


Suasana di kafe itu semakin dipenuhi oleh orang ramai.
Bau nasi ayam semakin memanggil-manggil.
Sedapnya!.

Humairah dan Jai memilih untuk berada di meja paling belakang.
Sebelah kanan kaunter bayaran.

"Kak, esok petang free tak?."
Soal Humairah.

"Kenapa?."
"Ala... mana boleh bagitahu. Akak cakap dulu free ke tidak?."
"InsyaAllah."
Jawab Jai ringkas.
'Eh... esok aku nak sambut birthday Humairah. Alamak, macam mana nak buat suprise ni.'
Bisik hati Jai.

"Jom ikut Humairah dengan kawan-kawan Humairah daki Broga Hill nak?".
Humairah senyum penuh 'excited.'
Boleh tahan juga si Humairah ni.
Tudung labuh.
Daki bukit pun dia redah.
Aku sendiri tak pernah lagi buat aktiviti macam ni.

"Jam berapa? Ramai ke?."
"Dalam 20 orang je. Termasuk akak dengan Humairah, jadi 22 orang."
Jai diam.
Berfikir.
Hatinya ingin pergi.
Tapi akalnya kata 'mana mungkin.'.
Alahai Jai... Jai....

"Urm... akak sebenarnya baru ingat nak sambut hari lahir Humairah."
Jai berterus terang.
"Kalau macam tu, akak angkaplah ni hadiah hari lahir Humairah. Boleh?"
Soal Humairah sambil tersenyum.

Jai menggaru kepala yang tidak gatal.
*ayat klise*

"Oklah. InsyaAllah."
Jai akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Humairah.
Tapi...

"Kawan-kawan Humairah macam Humairah ke?."
Soal Jai.

"Maksud akak?."
Humairah renung tidak faham.
eh.

"Humairah pakai apa mendaki esok?."
"Hahaha..."
Ketawa Humairah.
Hilang kesopanan dan kesusilaan dalam masa setengah minit.
Do I make a joke?
tolonglah si Humairah ni.

'Cis budak ni. Ketawakan aku.'

'Jika tidak mungkin aku berkawan dengan mereka yang bertudung labuh, siapa Humairah dihati aku?
 Kak Su sebenarnya siapa dalam kamus hidup aku?.'

Soalan yang tidak mudah untuk dicerna jawapannya.





to be cont.



[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]



nur insan
presint 5
14 april 2014 (01.23pm)


No comments: