Friday, April 11, 2014

deviant [7]

[pic creit to: fatimah zafira]



Jam 9.00 malam.

INB Bookstore seperti biasa dikunjungi ramai orang.
Bookstore ini terletak di aras 2 GG Mall, corner lot berhampiran escalator.
Sangat strategik dan mudah dikunjungi.
Apa yang menarik, bookstore ini mempunyai cafenya yang tersendiri iaitu INB Cafe.
Tapi baru sahaja beroperasi.
Yang memisahkan kedua2nya adalah dinding lutsinar yang menembusi pandangan.
Dan yang lebih menarik lagi, dibahagian pintu masuk terdapat sebuah sudut yang membolehkan pengunjung membaca disitu.
Dekorasinya sangat menarik. Ala-ala taman yang menenangkan.
Membuatkan dari jauh pengunjung GG Mall akan tertarik untuk mendekatinya.
Tidak boleh dinafikan bahawa INB memang besar dan luas. Sangat selesa. Buku pun banyak.


Jai melangkah masuk INB Bookstore. Ketika melintasi kaunter, Humairah menyapa.
Mereka bersalaman. Humairah merupakan adik kak Suraya. Pelajar tahun 2 Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam. Humairah sangat peramah dan bersopan santun. Sama seperti Kak Suraya. Yang membezakan mereka mungkin Kak Suraya lebih tegas. Mungkin sebab faktor anak sulung.

"Kenapa akak datang tak bagi tahu?."
Jai tayang gigi.

"Akak saja nak buat surprise.. haha... terkejut tak?."
"Tak pun...." Humairah mencebik.
"Humairah cuti berapa hari?."
"Ni kan cuti sem kak... seminggu lah...hehe... Kak Su mintak tolong jaga kedai.. sebab masih tak cukup pekerja. Sekarang tengah cari pekerja cafe dan kak su nak tambah pekerja kat bookstore ni.. akak bila nak lapor diri?...hehe"

"Haha.. lapor diri ya?... haha... macam malas je.."
"Ala.. kak, part time je... akak pun mesti tak balik kampungkan."
Humairah senyum.
Memang dia sentiasa senyum.
Tak faham aku.

Dulu aku kenal Humairah sebab aku part time di sini. Tapi tak lama. 2 bulan masa cuti hujung sem. Masa tu Humairah tak masuk U lagi. Tengah tunggu result STPM. Jadi Jai dan Humairah menjadi pekerja perempuan INB Bookstore... Bila stock buku sampai, gigih kami mengangkat naik ke atas. Tapi Humairah sentiasa senyum walau buku tu berat melampau!. Masa tu pun, INB Bookstore baru buka. Memang penat lah kerja angkat buku. Nasib baik ada lagi 4 orang pekerja lelaki Kak Su. Waktu tu pun INB tidak sebesar sekarang.

Jai kembali mengingati bagaimana dia boleh mengenali Kak Suraya ketika mencari kerja bagi mengisi cuti semester yang panjang dan ketika itulah Humairah turut dikenalinya.

Walaupun selepas 2 bulan Jai sudah tidak bekerja lagi disitu, namun Jai sering singgah ke INB. Kak Su adalah seorang kakak pada Jai. Dengan Kak Su dan Humairah sahaja Jai mampu bergurau dan bercerita. Kalau dengan alongnya sendiri masing-masing buat haluan sendiri.


"Kak, kak Su masuk jam 10.00 nanti tau... sebab hari ni sebenarnya Kak Su pergi rumah sepupu kami. Dia bakal pengantin tak lama lagi." Humairah senyum lagi.

"Ouh.. tak pelah.. akak lepak sini jelah ya."
Jai melangkah ke sudut kanan sebelah kaunter.

"Akak!."
Humairah terjerit kecil.
Terkejut Jai.
Terbatal hajat untuk melekapkan Headphone ditelinga.
Jai menoleh.

"Kenapa?."
"Akak bila nak kahwin?"

Kalau Jai sedang minum air, pasti dah tersembut habis.

"Wrong question you  ask. Wrong answer you'll get."
"Lah.. orang tanya jelah... lagi pun apa salahnya."

"You  go first. I will follow after."
Senyum.

Jai terus melangkah ke rak buku indie.
Karya fixi memang banyak disitu.
Headphone dilekapkan ditelinga.

Masuk dunia sendiri yang hanya dia memahami.

Humairah memerhatikan seorang Jaiyiddah dihadapan matanya.
'Kak... kalau Humairah boleh tanya akak sesuatu. Humairah teringin akak jawab soalan Humairah. Sebab akak tak pernah jawab soalan Humairah. Humairah nak kenal akak. Lagi dan lagi. kerana hakikat, kita tidak saling mengenali hati dan pekerti.'

Ukhwah itu ibarat pohon.
Sentiasa perlu di jaga.
Sentiasa perlu disirami.
Agar ia boleh tumbuh.
Subur dan menyenangkan.

'Akak tak mahu ke kak?.'
Bisik hati Humairah.


to be cont.



[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]



nur insan 
presint 5
11 april 2014 (12.05pm)


No comments: