Wednesday, April 9, 2014

deviant [6]

[pic credit to: fatimah zafira ]
"Jai... jai..."

Jai menoleh.
Headphone yang dipakai sejak tadi ditanggalkan.
Petang itu suasana kampus agak lengang.
Biasanya kalau jogging petang-petang ada juga orang lain yang boleh temankan.

'Mungkin semua orang dah balik kg. kot. Habis tu, dah kenapa mamat ni tak balik kampung lagi'.
Jai buat muka malas nak melayan.

"Jai... kenapa kau tak balik kampung?. Sekarangkan cuti sem."

Jai buat tak endah.
Langkah kakinya semakin laju.
Sekejap lagi aku masuk gear tukar slow jog kepada 100 meter pecut, sah-sah mamat ni terkejut.

"Aku balik ke tak, yang kau sibuk kenapa?."

Faiz tayang gigi.

"Saje je tanya... yelah orang lain semua dah lari balik kampung. Kau boleh pulak lari pusing kampus. Aku baru balik library. Sekejap lagi insyaAllah aku balik kampung."

"Ada aku tanya?."

Jai terus meninggalkan Faiz yang terkulat-kulat disitu.
Hampir sahaja buku yang dipegang oleh Faiz terjatuh sebab tidak menyangka itu yang akan diucapkan Jai.

'Ish budak ni. Kira ok lah aku nak tegur kau tau. Tahu lah minat seni. Tapi janganlah nak jadi macam 'seni'.'
Faiz bermonolog sendirian.
Haila.

'Jai... oh.. jaiyiddah. Nama sedap dah. Tapi...'
Faiz terus melangkah ke kolej kediamannya.

*******


Jai singgah di pondok bas yang terletak berhampiran pusat kesihatan kampus.
Sungguh suasana sangat sunyi.
Rata-rata pelajar sudah pulang ke kampung. Termasuklah roomatenya sendiri.

Jai pula seperti cuti-cuti sebelum ini, tiada tempat untuk dituju.
Ingin pulang ke rumah.
Urm... malas!

Jai berkira-kira untuk ke bandar malam ini.
Mencari idea baru.
Targetnya selepas cuti midsem dia akan menyiapkan sebuah lagu.
Cipta lagu, hakikatnya bukanlah bidang khusus buat Jai.
Sekadar hobi.

Seni.
Satu 'kegilaan' buat dirinya.
Music satu semangat dan sebuah manifestasi perasaan.
Kalau orang faham dirinya.
Kalau papa dan mama faham yang seni itu tersimpan sebuah rasa.

Jai akhirnya melangkah ke bangunan 5 tingkat di belakang pusat kesihatan.
Rooftop.
Tempat terbaik untuk dituju.

Jam baru 6.00 pm.
Terlalu awal untuk pulang.

Kakinya melangkah laju.
Sampainya di rooftop.
Jai merenung bangunan dan keindahan pemandangan disitu.

Cantiknya ciptaan Allah.
Pesan kak suraya yang sehingga kini Jai masih ingat.
Jika jumpa keindahan, jangan berat mulut ucap Subhanallah. 

'malam ni nak jumpa kak su lah...'


to be cont.



[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]





nur insan
presint 5
09 april 2014 (06.44 am)

No comments: