Wednesday, April 9, 2014

deviant [5]

[pic credit to: fatmah zafira ]




Ana memandang helaian-helaian tersebut.
Dan entah kenapa, ingatannya kembali kepada sesuatu yang telah tiada.
'agaknya, kalau 'deviant' masih ada... apa akan jadi pada tulisan dalam diari ini?'

sejak beberapa hari ini fikirannya teringatkan sebuah lagi diari yang sudah hangus dalam keterpaksaan.

'Diari Hijau'.
'Kenapa ya?. bukan ke aku dah 'lenyap' kan. Kenapa mesti ingin mengingatinya semula?.'

Ana tiba-tiba resah.
'Sebab 'dia' dah kembali ke?. atau sebenarnya...'
'Do I miss them?. 'Deviant'.'

Pintu bilik tiba-tiba diketuk dari luar.
Lamunan Ana terhenti.
Diarinya kembali ditutup.

Kemas.

Pintu bilik dibuka dari luar.

'Kak... jom makan.'
Aziemah roomate Ana mengajak makan.

Ngeee.

Ana hanya tersengih.

'Jom lah kak. Takkan diet kot. hahaha.'
'Banyaklah diet. Tak main lah diet2 ok...hehe...'

Mereka melangkah ke rumah hadapan.
Makan beramai-ramai bersama jiran.
hahaha...

sejak minggu pertama semester akhir ni,
rumah hadapan Ana dan rumah Ana yang bertentangan seolah-olah hanya sebuah rumah.
bersambung walau tiada dinding. Ini semua gara-gara rumah tersebut dan 'wings' mereka dihuni oleh pelajar2 semester 8, merangkap mantan a.k.a ex-JPK. Jadi dah macam 'rumah mu, rumah ku jua'.

Ketika sedang menikmati hidangan makan malam.
Nisa' bercerita mengenai air.
Macam-macam fakta yang keluar berkaitan air mineral, air minuman, air botol berwarna putih, air botol berwarna biru, penapis air dan macam-macam lagi.

"Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.

Tapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air. Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir".

Pergh!
Panjang lebar penerangannya.
*Ilmiah sangat*

'Maknanya Nisa' air yang kat bawah blok ni tak boleh minumlah? sebab penapis dia kita tak pasti diperbuat dari tulang apa?.'

Akhirnya Ana bertanya minta kepastian.
Almaklumlah, memang Ana suka mengambil air yang ditapis dibawah.
kerana sangkanya, air ditapis itu lebih baik.
Tapi sebaliknya rupanya.
Nisa' mengiyakan.
Fakta itu diperolehnya dalam kelas.
Budak sains katakan.
=.=''

'Jadi nak beli air mineral pun kena tengok juga jenisnya.'

dan Sufia pula menyambung.

'Masak sendiri jelah air tu. Bawak bekal kan senang.'

Tiba-tiba, satu message masuk ke dalam samsung champ Ana.

'One competition will be held at USIM the end of the month. Please inform me who can join this. Hope for the best.' _Dr.Tan

Ana tersenyum.
Alhamdulillah.



to be cont.


[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]




nur insan
presint 5
06 april 2014 (06.34pm)


No comments: