![]() |
[pic credit to: fatimah zafira ] |
Helaian kali ini adalah lanjutan dari kisah sebelumnya.
'Erm... hakikatnya... ia memang tak mudah.'
Tulisan itu dibaca.
Dan memory itu datang lagi.
Setahun aku menjadi rakan exco. Banyak
perkara yang aku belajar. Terkadang orang semua pulang ke kampung, tapi aku
masih di sini. Kolej terchenta. Setelah setahun berkhidmat. Sidang bakal berganti.
Saat itu, permohonan untuk menjadi pemimpin mahasiswa kolej terbuka luas. Namun
aku tidak peduli kerana tahun kedua ini, aku punya misi lain. Aku ingin
mengambil peluang exchange student. Ya, merantau ke negeri orang.
Satu malam, aku menerima message. Kakak
exco ku ingin bertemu. Akak inilah yang banyak mengajarku. Aku rasa, mungkin
malam itu aku patut berterima kasih padanya kerana ajar aku cara berorganisasi dan melalui organisasi itu juga aku kenal erti usrah. sangat osem! dan bermula dari situ, aku mula berjinak-jinak memakai tudung labuh.
rasa lebih selesa.
Malam itu kami bertemu di hadapan surau. Sebuah tempat yang menempatkan banyak peti-peti
surat. Aku senyum menyambut kehadiran. Malam itu, akak exco ku memberikan aku
sekeping borang. Allahu akhbar. Aku diam. Kaku.
“Akak tak harap awak buat solat
istikharah. Akak harap awak buat solat hajat.”
Aku hanya diam. Tidak tahu ingin
merespon bagaimana.
“Kenapa akak tak suruh Rabiatul?, dia
mungkin lebih layak.”
Hanya soalan itu yang aku lontarkan.
“Rabiatul dah ada tugas lain. Jangan lupa
isi. Kalau tak nak hantar. Akak tolong hantarkan.”
Malam tu, aku balik rumah. Menyimpan
borang tersebut. Beberapa hari ia terperap. Hingga aku dapat message untuk
menghantarnya segera. Aku mohon dengan berat hati, kerana amanah itu tanggung
di dunia dan jawab di akhirat!.
Sekali lagi tahniah dan takziah!
Caturan itu membawa aku untuk berada di
dalam poster seperti mana dahulu aku sering memandangnya. 3 hari 3 malam aku
menangis. Kerana amanah ini bukan secantik poster. Amanah ini bukan hanya
tergantung pada poster. Amanah ini perlu dijalankan dengan sebaiknya.
Tak
sanggup!
Dan percaya atau tidak, aku exco kerohanian!
*gulp*
telan liur.
Dan percaya atau tidak, aku exco kerohanian!
*gulp*
telan liur.
Namun alhamdulillah, dengan semangat
sepasukan bersama partner biroku dan paling penting sekali 'kefahaman'. Ia jadi mudah walau tak semudah yang
disangka. Dan impian exchange student ku akhirnya hanya tersimpan di dalam
sebuah fail.
Sedang langkah baru
sahaja ingin bermula. Kami diuji. Kami menganjurkan sebuah kem tarbiyah. Bertempat
di Gombak. Ketika dalam perjalanan, hatiku seakan tidak enak. Berdebar dan
berbisik-bisik sesuatu. Namun aku masih berdoa agar Allah permudahkan urusan
kami. Selaku pengarah program ketika itu, aku akui. Aku sangat inginkan ini
adalah yang terbaik!
Aku cuba menghubungi pemilik resort
berkenaan ketika kami sudah semakin menghampiri kawasan resort. Namun tidak
berangkat. Hinggalah akhirnya, kami tiba di kawasan tersebut.
Aku bergegas ke pejabat resort berkenaan
untuk berjumpa dengan pemiliknya iaitu En. B. Dari jauh kelihatan En. B sedang
berbincang dengan 2 orang wanita. Seorang yang berpakaian jururawat dan seorang
lagi berpakaian biasa. Sebaik sahaja En.B melihat ku. Dia tersenyum dalam
resah. Aku membalas senyuman tersebut. En.B mempersilakan aku duduk di samping
wanita berkenaan. Aku masih tidak memahami topik perbincangan.
Jururawat tersebut menunjukkan ke arah aku sekeping brosur ‘Leptospirosis’.
Jururawat tersebut menunjukkan ke arah aku sekeping brosur ‘Leptospirosis’.
Aku kaget!
‘Pernah dengar?’
Sapa wanita yang tidak berpakaian
uniform itu.
Aku mengangguk.
‘Kami sedang menyiasat kawasan sekitar
resort ini. Kemungkinan air dari kawasan bukit itu, turut mencemarkan kawasan
resort ini. Tapi kawasan resort ini cuma mangsa, kerana air tersebut mengalir.
Yang dijangkiti virus kencing tikus ini adalah kawasan resort di atas sana.’
Aku diam.
Akhirnya, setelah 30 minit berbincang
bersama pegawai pengiring dan pihak berkenaan. Keputusan diambil.
Kami perlu berpatah balik!
Kemungkinan kem ini juga dibatalkan!
Air mata ku jatuh jua.
Kami gagahi jua untuk bersemuka dengan
peserta bagi memaklumkan kejadian sebenar. Aku rasa putus asa dan hilang
semangat. Semua peserta seakan tidak mengerti. atau mungkin 'blur'. sebab baru sampai tiba2 terpaksa patah balik.
Akhirnya aku memilih untuk menaiki bas
yang dinaiki peserta. Tidak sanggup untuk bersua muka dengan exco-exco lain
yang turut mengikuti kem ini.
Sesampainya dikolej, program 100%
berubah. Makanan peserta perlu dimasak. Manakala semua peserta pula akan menginap
di rumah masing-masing dan turun ketika slot berlangsung.
Aku dengar rungutan mereka yang memasak.
Hatiku sakit. Air mata ku mengalir lagi.
Malam itu, tiba-tiba lagu tema
dimainkan.
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di
terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku
berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di
terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila
runtuh,
Setibanya disisimu ku
berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Lagu
tu rancak sekali.
Namun
seolah-olah sebuah instrumental sedih di pendengaranku. Sakit sekali!
Aku
menangis di belakang bilik gerakan.
Kaki
ku terasa sangat lemah!
Ya
Allah,
sungguh!
Aku
cuma hamba-Mu.
Kem
kali ini benar-benar bawa aku back to fitrah. Kita hanya hamba, yang boleh
merancang itu dan ini. Boleh berharap itu dan ini. Dalam masa yang sama, kita
jangan lupa bahawa Allah adalah pemilik dan penentu segalanya.
Aku
melaksanakan program yang berharap agar pesertanya kembali kepada fitrah.
Ternyata ia memang tarbiyah buatku.
Ya Allah,
dengan takdir-Mu ini.
ternyata ia adalah sebuah pengajaran
yang bermakna.
Engkau tahu yang terbaik.
Sedang aku, hanya ‘mengagak’ apa yang
terbaik.
kerana kesusahan saat itu,
ia benar-benar mengajar aku erti terus
asa untuk hari-hari seterusnya yang ternyata lebih mencabar!
dan setiap lirik hamba-Mu, sangat
menusuk!
Selesai baca helaian itu.
Ana menarik nafas.
Dalam.
Tulah, siapa kata jalan ni mudah?
tapi sekali melangkah.
Letakkan Allah di hadapan.
Agar segalanya diberi kekuatan.
cepat betul masa berlalu.
Aku dah tua rupanya.
eh.
-_-''
to be cont.
[disclaimer: kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]
nur insan
presint 5
06 april 2014 (06.15pm)
No comments:
Post a Comment