Tuesday, April 8, 2014

deviant [3]

pic credit to: fatimah zafira


Ana membelek diari lamanya.
Cermin matanya dipakai semula.

Auw!.
bingkai cermin matanya tersentuh 'jururawat' tak bertauliah itu.

 j****** nie... aduh... sakit. aku jarang ada j****** .
tapi kali ni boleh pulak dia landing  dekat batang hidung berhampiran mata.
can you imagine that?.
=.=''

Ana kembali fokus pada diari lama itu.
Itu diari kedua.
Diari pertama dulu telah dibakar tanpa rela.
*sadis*

Membuka helaian-helaian yang terlalu berharga.
Hinggalah ke catatan itu.
Catatan yang mengubah Ana yang dulu.

Catatan ini aku tulis supaya aku ingat. 
 Ia berharga buat aku. ahaks. 
Seminggu sebelum aku mendaftarkan diri di universiti pentarbiyah syuhada islam, aku telah pun menyenaraikan beberapa perkara yang inginku capai sepanjang aku bergelar mahasiswa. Alhamdulillah, dengan cara itu aku tahu apa yang perlu aku lakukan dan aku tahu matlamatku. Selain dari tu, ia juga macam standard piawaian untuk aku sendiri. hahahaha… Vision sangat!. Pada hal… (sila sambung dengan beberapa perkataan).
Bukan itu persoalannya, sebaliknya kembali pada cerita asal. Lepas aku daftar diri. Aku dapat sebuah rumah yang cantik dan akak-akak housemate yang baik. Dan rumah itu dipanggil kolej. ngeeeee… 
Setiap kali nak keluar dari rumah. Aku pasti akan tengok cermin besar yang ada berdekatan pintu masuk. Sebenarnya aku bukan tengok aku dalam cermin. Tapi tenung poster yang tertampal di sebelah cermin. Bukan poster biasa. Poster mahasiswa. Poster jawatankuasa pimpinan kolej. Barisan exco. Mereka pemimpin kolej. Malah senior housemate ku ada menyatakan, di universiti ini. Pimpinan kolej lebih hebat dari Majlis Perwakilan Pelajar.
Gulp.
Telan air liur.
Aku tak mampu seperti mereka.


Hari isnin. 
Hari ni merupakan hari pertama interview Rakan Exco (rexco) pimpinan kolej dijalankan. Aku dapat message untuk hadir kerana telah menghantar borang. Kusut!. Malu nak pergi sebab biro aku mintak tu biro GTL (geng tudung labuh).  Biro Kerohanian kot!. 
Tapi… urm… self confident takde. Yes! sebab aku rasa macam 'deviant'. If I can delete my past. Rasa nak lari!. Bukan untuk pergi interview. =.='' 
Tapi lari dari semua rasa dalam diri. Arghhh! begitulah rasanya bila percaya diri takde. Anehnya.  

Hari rabu.
Hari ni hari ketiga. Hari terakhir. Aku masih tak senang duduk. Jam menunjukkan angka 9 malam. Terus ke angka 10.30 malam. Akhirnya, 10.35 malam. Kawanku mengajak aku menyertai mereka untuk turun menghadiri interview tersebut. Tempatnya disurau.
Kaki ku atur. 
Berdebar. 
Takut. 
Cuak! 
Aku masuk surau bersama 4 orang yang lain. Mereka hebat. Sekolah agama. Sedang aku, takde apa nak dipersembahkan. Soalan yang ditanya,
“Cuba nyatakan apa kelebihan awak?”  
*Gulp!*
'sudah. macam tak jumpa skema jawapan je.'
=.=''
peluh. 
Sah! 
Memang aku tak jumpa jawapan. 
“Kelebihan saya, bukan kekurangan saya. Kekurangan saya, bukan kelebihan saya.” 
Aku nampak reaksi akak yang bertanya tu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan ku. Aduh!, gi mana sih bisa keluar kata-kata begitu. Terasa hangat! 
Akhirnya aku melangkah keluar.
Rasanya aku gagal!
sekian. 
eh. 
kesian. 
Akhirnya selepas beberapa hari. Satu message masuk. Aku baca berulang kali.
Alhamdulillah.
Tahniah dan takziah buat diri.
Aku berjaya 

Kadang-kadang kita ketawakan impian sendiri.
menyatakan ia tidak mungkin tercapai di kemudian hari.

Kadang-kadang kita melihat kelebihan orang lain

seakan kita lupa pada potensi diri sendiri.

Anehnya kita.

bila percaya diri seakan tiada.
Ajaibnya kita.
bila keyakinan kembali ada.



Ana ketawa sendiri membaca catatan itu.
Buat lawak betullah aku nih.
Satu lagi helaian dibuka. 
Kisah lain pula yang hadir.

Sekali lagi Ana tersenyum.
Hakikatnya, ia pahit untuk dilalui,
tapi manis untuk dikenang.




to be cont.


[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]




nur insan
presint 5
06 april 2014 (06.08pm)

No comments: