Monday, April 7, 2014

deviant [2]

pic credit to: fatimah zafira

Sebaik sampai di kolej dan menyimpan beg sandangnya.
Satu text message masuk ke dalam inbox samsung champ milik Ana.

'Salam. kak... saya tak tahu macam mana nak buat keputusan....' _fasihah

Ana menggaru kepala.

'Wassalam... kenapa ni dik?... ada apa-apa akak boleh bantu ke?.'

Sebaik sahaja membalas message tersebut. Ana terus bilik air. Jam menunjukkan angka 5.30pm.
Solat asar belum lagi. Usai mengambil wudu' satu message masuk lagi. 'Ni mesti Fasihah.' bisik hatinya.
Message tersebut dibiarkan.

'.... ....................................................... Ya Allah... tetapkan hati2 kami... jangan Kau pesongkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami... ampunkan dosa-dosa kami... rahmati kami....................................................................'


doa itu.
sering kali diletakkan harapan pada-Nya.
dan entah kenapa.
Wajah Jai hadir semula.
dan... dia.
Yang aku sendiri tidak tahu dimana.
Ana tarik nafas dalam.
Berat!

usai solat dan mathurat, Ana membelek handphonenya.

'Kak... saya tak kuat... saya tak tahu sama ada saya perlu hantar atau tidak borang ni.....kak... macam mana akak boleh pikul amanah untuk dua sidang?... kenapa akak sanggup nak pegang jawatan dalam organisasi ni?.... kenapa kak....'

sekali lagi Ana menggaru kepala.
berat nanang.

'Ouh... borang permohonan menjadi pimpinan kolej dah keluar. semalam aku sempat tengok iklan dia dalam facebook...' . Teknologikan. Semua benda hujung jari. Maklumat banyak, fitnah pun berleluasa.

Ana mengingatkan kembali dirinya sendiri tentang apa yang dimaksudkan oleh Fasihah didalam message tersebut. Permohonan Jawatankuasa Pimpinan Kolej (JPK).

'Kenapa?...kuat ke aku?'
soalan tu rasanya macam susah nak jawab.

'what should I respond?'

kenangan itu kembali hadir dalam kotak ingatan.


to be cont.


[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]



nur insan
presint 5
06 april 2014 (05.57pm)






No comments: