Thursday, April 24, 2014

deviant [20]

[credit to: fatimah zafira]



'Andai sahaja aku memilik jalan itu... seperti Yani...'

Dani teringat saat ibu memintanya memilih sekolah untuk didaftarkan bagi pengajian di tingkatan 1.
Dani dengan tegas mahu bersekolah di SeDAS. Sekolah baru, dan batch Dani merupakan intake pertama yang akan memulakan persekolahan disitu. SeDAS telah mensyaratkan bahawa pelajar-pelajarnya mesti memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam keputusan UPSR yang lalu. Itu menyebabkan Dani menjadi sangat layak untuk memasukinya.

Keputusan Dani itu dihormati oleh Tengku Faridah walaupun hasratnya mahu menghantar Dani ke Darul Ulum. Sebuah madrasah yang terletak di kampung arwah ayahnya dahulu. Namun, demi memastikan Dani tidak merasa terkongkong dengan pilihannya, akhirnya Tengku Faridah membenarkan. Dan alhamdulillah, Yani pula sangat cenderung dan suka untuk ditempatkan di Darul Ulum. Maka dengan itu sedikit sebanyak, Yani mengembirakan hati Tengku Faridah dengan keputusan yang diambil.


"Along... along jangan menangis lagi ya..."
Dani tersentak.
Kata-kata Yani bagaikan anak panah yang mencucuk hatinya.

Dani diam.
"Along... along cerita pada angah apa yang terjadi... mudah-mudahan Along lebih ringan untuk menghadapinya..." Yani cuba meyakinkan Dani agar menceritakan apa sebenarnya yang telah terjadi.
Dani termenung.
Jauh.

"Along... along takde niat nak buat macam tu..."
Airmata Dani kembali berguguran.

"Along, Dee dan Jai dah cuba... cuba selamatkan dia... tapi... tali tu.. tali tu terlepas... dan kami berada disitu... saat itu!..."
Esakan Dani semakin kuat.

Yani memeluk kakaknya.
"Mungkin ini adalah balasan kerana sikap kami sebelum ini...."
Dani akhirnya membuat konklusi.

"Allah takkan bebankan kita dengan apa yang tak sanggup kita depani... Along yakinlah.. Allah tak kejam untuk menghukum hamba-Nya sesuka hati..."
Yani cuba memujuk.

"Tapi... along dah hampir menjadi pembunuh!"

Satu tamparan bagi Yani.
Terasa lemah seluruh badannya.
Tidak.
Tak mungkin!
Hati Yani menyangkal.
Kakaknya tidak mungkin sanggup melakukan hal yang sebegitu.
Pembunuh!

No way!

Akhirnya Dani menceritakan apa yang berlaku.
Kisah malam terakhir mereka selepas menduduki peperiksaan PMR.
Malam yang menjadi malam terakhir mereka bersama.

Cikgu Hashimah selaku ketua warden asrama bertindak membuang Dani, Dee dan Jai dari asrama serta merta. Malah pengetua, Tuan Hj. Mohd Noor yang mengetahui kisah mereka turut mengambil tindakan tegas dengan menggantung mereka dari bersekolah selama 2 minggu.  Malam itu, Tengku Faridah hampir pengsan apabila mengetahui bahawa Dani digantung sekolah.

Semua gara-gara pecah masuk kawasan larangan asrama dan menyebabkan seorang pelajar tercedera.
Mangsa sekarang dalam keadaan kritikal apabila terjatuh dari bangunan 4 tingkat.

"Along... along masih ingat cerita ibu tentang raja dan bendahara?."
Dani diam.
Cuba mengingati kembali.

Kisah mengenai seorang raja dan bendahara dan sebuah kerajaan. Rakyat kerajaan tersebut sentiasa berjumpa dengan rajanya untuk mengadu masalah yang mereka hadapi dan rajanya akan merujuk kepada bendaharanya yang arif untuk nasihat. Bendaharanya sentiasa mengatakan 'mungkin ada hikmahnya bagi setiap aduan yang diterima dari rakyatnya. Prinsip yang dipegang oleh bendahara membuat rajanya menjadi bingung bagi menyelesaikan masalah kerajaan tersebut.

Pada suatu hari, raja tersebut berjalan di dalam istana dan adik baginda sedang berlatih bermain pedang dengan laksamana kerajaan tersebut. Ketika sedang khusyuk berlatih, pedang adik raja terlepas sehingga mencucuk paha baginda yang sedang memerhati. Raja menjadi berang dan menghukum penjara kepada adiknya.

Semasa memasuki singgahsana, baginda berkata kepada bendaharana "Apa pendapat bendahara tentang pedang adinda beta yang hampir meragut nyawa baginda?". Bendahara hanya membalas " Mungkin ada hikmahnya." Raja menjadi marah dengan jawapannya maka menghukum penjara juga kepada bendaharanya.

Setelah beberapa minggu, luka daripada pedang kelihatan hampir sembuh maka raja tersebut mengambil keputusan untuk pergi memburu bersendirian kerana teman memburunya, tuan bendahara telah dipenjara oleh baginda. Semasa memburu, baginda telah ditangkap oleh sekumpulan orang asli. Orang-orang asli itu membawa raja tersebut ke perkampungan mereka dan dibawa berjumpa dengan ketua kampung.

Raja berkata "Lepaskan aku. Aku adalah Raja kerajaan ini." Ketua kampung membalas " Sudah ramai orang ditangkap mengatakan mereka raja dan kami tidak kisah semua itu. Kau akan menjadi korban untuk dihadiahkan kepada tuhan burung kami. Askar, panggil itu dukun untuk memerikasa badan manusia ini.". Selepas diperiksa dukun berkata kepada ketua kampung "Badan ini tidak boleh menjadi korban kerana mempunyai kecacatan pada pahanya." Ketua Kampung berkata kepada askarnya "Lepaskan orang ini"

Raja menyoal ketua kampung itu tentang pelepasanya "Kenapa kau leaskan aku?" ketua kampung membalas "Kami hanya memberi korban yang sihat sahaja kepada tuhan kami dan kau ada kecacatan pada paha kau" Raja tanpa melengah lagi terus lari dari kampung itu dan kembali ke istana baginda. Setelah sampai ke istana, baginda menyuruh hulubalang-hulubalangnya melepaskan adiknya dan bendaharanya.

Raja bertanya kepada bendaharanya, "Benarlah katamu bendahara ada hikmahnya beta dicucuk pedang oleh adinda beta sendiri. Jika tidak, beta sudah jadi korban untuk tuhan burung orang asli di dalam hutan itu. Tetapi apa hikmahnya bendahara dimasukkan kedalam penjara oleh beta?" Bendahara membalas "Patik merupakan teman memburu baginda dan jika patik tidak dimasukkan kedalam penjara maka patik yang menjadi korban untuk tuhan burung orang asli itu." Raja membalas "Kenapa pula begitu?" Bendahara membalas "Kerana patik sihat dari hujung rambut ke hujung kaki. Tidak mempunyai apa-apa kecacatan."

Maka fahamlah raja dengan pepatah yang sering digunakan oleh bendaharanya "mungkin ada hikmahnya". Maka sejak itu, baginda sering mengungkapkan ayat "Mungkin ada hikmahnya" bagi setiap masalah yang dihadapinya.

cerita yang pernah ibu kongsi selepas kematian ayah.
'Tapi aku tak kuat.....untuk cari hikmah'
Hikmah pada kenyataan seorang Ketua Asrama menyebabkan seorang pelajar hampir terbunuh!.
Apa akan jadi pada masa hadapannya?.
Dani mengeluh.

"Along... cuba along cerita apa yang berlaku..."
Yani seakan mendesak.

"Malam tu... Along, Dee dan Jai... kami berkumpul di rooftop untuk meraikan hari terakhir paper PMR... tiba-tiba seorang junior datang menghampiri kami... then dia tergelincir"
Dani kembali menangis.
Menangis mengingati wajah Husna.
Pertemuan yang berakhir apabila Husna jatuh dari bangunan tersebut.

'Husna... maafkan kami....'
what if anything happen to her?




to be cont.
[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]




nur insan
presint 5
24 april 2014 (05.53 pm)


No comments: