Thursday, April 24, 2014

deviant [19]

[pic credit to: fatimah zafira ]


Dani dikejarkan ke hospital.
Doktor memaklumkan bahawa keadaan Dani sangat lemah dan tertekan.
Disebabkan itu, Dani terpaksa ditahan di hospital beberapa hari.

Ketika itu, Yani telah menghabiskan sepenuh masa pada siang hari untuk menjaga satu-satunya kakak yang dimilikinya. Selepas jam 10.30 malam pula, Yani akan pulang ke rumah bersama Makcik Aida, jirannya yang bekerja sebagai jururawat dihospital berkenaan.

Apabila sampai dirumah, Yani tidak terus berehat. Sebaliknya terpaksa pula melihat keadaan ibunya yang demam panas. Alhamdulillah ibunya masih mampu mengurus diri. Walaupun begitu, Yani melarang keras ibunya memandu sekalipun ingin melihat Dani di hospital. Tengku Faridah pula setiap hari pasti akan bertanya mengenai perkembangan Dani.

Sungguh, seorang ibu itu pasti akan lebih terluka andai anaknya dilukai atau terluka.
Ibu,  terlalu besar jasanya!.

Yani akui terkadang dirinya penat.
Namun, Yani tidak pernah merungut.
Susah itu tarbiyah!
dan kesusahan yang membuatkan dirinya kadangkala lebih matang dari rakan-rakannya yang lain.

Ketika berada dihospital, sering kali Yani ingin berbual dengan Dani. Namun, tiada respon yang diberikan.
Dani tidak lagi seceria dahulu.
Sungguh!

'Angah sangat merindui along yang dulu!'

Walaupun Yani akui bahawa kakaknya seorang yang garang, namun kakaknya juga seorang yang mesra. Banyak perkara yang dikongsi bersama kerana jarak umur mereka yang hanya beberapa bulan dan berbeza tahun, menyebabkan mereka sering dikatakan sebagai kembar.

Dan hakikat, mereka hanya berdua. Hingga menyebabkan Yani banyak bergantung pada kakaknya. Semasa Tengku Faridah mengandungkan anak ketiga iaitu adik kepada Tengku Udani Ariyani, Tengku Faridah mengalami keguguran akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan itu bukan sahaja menyebabkan Tengku Faridah keguguran, malah ia turut mengorbankan nyawa suaminya.  Tengku Fauzan. Sejak itu, Tengku Faridah yang mengambil alih segala tugas sebagai ibu dan juga bapa.

Memang diakui bahawa Tengku Faridah seorang wanita yang tabah.
Hidupnya berubah 360 darjah.
Ketika itu, pada Tengku Faridah hanya Tengku Udani Aliyah dan Tengku Udani Ariyani yang menguatkan dirinya. Jika tidak, tidak tahu bagaimana....


Dani mengerling jam didinding wad.
5.15pm.
Yani disebelah kerusinya sedang membaca sesuatu.
Sebuah buku kecil.
Dihadapannya tertulis al-mathurat.

Dani diam.
Cuba menghayati bacaan Yani.
Hari ini sudah dua kali Yani membaca buku tersebut.
Dani hanya memerhati.
Sebentar tadi mereka telah solat asar bersama.

Ya.
Selepas 3 hari didalam wad berkenaan, setiap waktu solat Yani akan mengajak mereka solat bersama.
Dani hanya mengikut dibelakang.
Dan setiap kali itu Dani akan mengingati Dee dan juga seorang lagi sahabat baik mereka.
Jai.

Airmata Dani tidak semena-mena akan berguguran.
Mengingati blok D asrama sekolah yang telah ditinggalkan.
Dan mengingati semua yang telah terjadi.

Petang itu, Dani menangis lagi.

Selesai Yani membaca almathurat, Dani menyeka airmatanya.
Raut Yani ditenung dalam.
Yani hanya tersenyum.
Timbul rasa cemburu dihatinya dengan apa yang Yani miliki.





to be cont.
[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]




nur insan
bitarasiswa
22 april 2014 (06.55 pm)




No comments: