Saturday, April 26, 2014

deviant [21]

[credit pic to: fatimah zafira ]



Tengku Faridah memandang dari jauh dan berniat mendekati anak-anaknya.
Suasana mini taman yang terletak disebelah kanan rumahnya sungguh nyaman.
Dani kelihatan tekun mendengar.
Manakala Yani pula sesekali ketawa sambil bercerita.

Mereka berdua baru pulang dari jogging.
Tengku Faridah pula tidak turut serta kerana baru sahaja selesai urusan menemui pelanggannya.

Tengku Faridah mendatangi mereka.
Mereka berdua menyalami ibu yang paling mereka cintai.

"Amboi.. rancaknya bercerita... tak penat ke?"
Tengku Faridah melabuhkan duduknya di sebelah Dani.

"Takdelah ibu... jogging.. biasalah.."
Yani menjawab.

"Yani... Yani... baru je sampai rumah... petang dah keluar.. ibu risau kalau kamu penat je."
Kata Tengku Faridah yang risau akan kesihatan anaknya.
Tidak sanggup rasanya melihat anak keduanya pula jatuh sakit walaupun demam biasa. Cukuplah Dani yang baru kelihatan ingin sembuh selepas hampir 2 bulan peristiwa itu berlalu.
Malah sejak dari itu, Dani tidak lagi menjejakkan kaki ke SeDAS.
Tengku Faridah juga sudah mula mencari sekolah baru untuk anaknya itu.

"Takde lah ibu... insyaAllah... ibu, Yani dah cuti sekolah ni.. jadi jom lah kita keluar satu family...lagipun, Yani kan dapat nombor 1 lagi kali ni"
Yani merayu sambil memegang tangan ibunya.
Dani hanya tersenyum.

"Alhamdulillah... rajin anak ibu belajarkan."
Tengku Faridah tersenyum.
Jika dibandingkan keputusan Yani dan Dani.
Dani juga sering mendapat keputusan yang baik.
Cuma dari segi sikap, Dani seorang yang suka mencuba yang baru dan cabaran.
Berbeza dengan Yani yang lebih suka mengikut keadaan dan flow.

"Dani... Dani tak mahu keluar ke?."
Soal Tengku Faridah apabila dilihat Dani disebelahnya hanya mendiamkan diri.
Dani memandang ibunya.

"Mahu... Dani mahu ke Darul Ulum."

Tengku Faridah tersentak.
Yani terkejut.

"Dani nak buat apa disitu? sekarang kan cuti sekolah."
Tanya Tengku Faridah.

"Dani nak masuk Darul Ulum."
Dani menjawab ringkas.

Dani telah sebulan memikirkan Darul Ulum.
Walau dia sendiri tidak pasti sama ada dia layak atau tidak, namun Dani tekad mahu juga mendaftarkan diri di Darul Ulum.
Keputusan ini diambil selepas 2 minggu Yani menemani dirinya.

'Semalam, biarkan ia berlalu dengan masa.
Jangan dikesali.
kerana hakikatnya ia perlu dipelajari.
tiada semalam, maka tiada hari ini.
Jadi, jom mulakan sekali lagi!
Pandang depan dan betulkan perjalanan.'

Tengku Faridah diam.
 Yani tersenyum gembira.

'Urm... macam mana nak dipenuhi permintaan Dani itu?...'
Tengku Faridah berbisik sendiri.



to be cont.
[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]





nur insan
presint 5
26 april 2014 (08.56am)

1 comment:

ArELeEz said...

biar semlm jd sejarah.. sejarah yg bisa panduan mahupun pengajaran utk m'hadapi masa dpn..