Wednesday, April 23, 2014

deviant [18]

[pic credit to: fatimah zafira ]


Kisah Tengku Udani Aliyah
a.k.a 
Dani

Tahun 2003



Dani duduk berteleku ditepi katilnya.
Hari ini, sudah hari ketiga dia mengurung dan mengasingkan diri.
Sungguh,
tamparan yang hebat buat dirinya setelah apa yang telah berlaku.

Ketukan pintu yang entah kali ke berapa tidak dihiraukan.
Dani langsung tidak mahu keluar makan.

Tengku Udani Ariyani, adik Tengku Udani Aliyah yang mesra dengan panggilan Yani atau angah sudah tidak tahu lagi mahu berbuat apa.
Sudah pelbagai cara telah lakukan untuk masuk ke bilik kak long nya itu.
Namun semuanya hampa.

Dua hari yang lalu, ibunya menelefon pihak Darul Ulum dan meminta Ustaz Ibrahim membenarkan dirinya 'bercuti' selama dua minggu atas urusan keluarga. Pada mulanya Ustaz Ibrahim tidak membenarkan kerana Yani dan semua pelajar tingkatan dua yang lain bakal menghadapi peperiksaan pada awal bulan berikutnya. Namun selepas didesak Tengku Faridah akhirnya Ustaz Ibrahim mengalah.

Sebaik sahaja Yani sampai di bas stand dan dijemput ibunya, Tengku Faridah terus menangis teresak-esak. Pertama kali Yani melihat ibunya dalam keadaan begitu. Bila mereka sampai dirumah, barulah ibunya menceritakan apa yang terjadi. Itupun, Yani tidak tahu sama ada ingin mempercayainya ataupun tidak.

Kerana itu, pelbagai cara telah dilakukan Yani untuk berjumpa dan meminta penjelasan dari Kakaknya. Namun semuanya tidak berjaya. Pintu bilik air yang menghubungkan bilik Dani dengan biliknya juga sentiasa terkunci. Sesekali Yani akan terdengar bunyi bilik air digunakan oleh Dani. Namun, sebaik sahaja digunakan pasti pintu akan terkunci kemas.

Petang itu, akhirnya Yani berpakat dengan Tengku Faridah membuka pintu bilik Dani dengan menggunakan kunci pendua.

Sebelum kunci dimasukkan ke dalam tombol, Yani meminta kepastian Tengku Faridah, ibunya itu menyakinkan bahawa ini untuk kebaikan kakak sulungnya itu.
Yani pula menyedari kemungkinan Kak Long nya akan marah itu tinggi.
Sebelum ini, pernah sekali Yani cuba menceroboh bilik Kak Longnya itu. Berniat untuk bergurau. Namun ternyata, salah waktu menyebabkan dirinya dimarahi teruk.

Serik selepas itu untuk menceroboh lagi!

Namun kali ini, terpaksa!
Demi kak long yang disayangi.

Pintu bilik terkuak.
Dani masih berteleku.
Langsung tidak memandang ke arah Yani ataupun ibunya.

Tengku Faridah melutut dihadapan anak sulungnya itu.
Naluri seorang ibu kuat menyatakan bahawa anaknya tidak bersalah.
Namun apakan daya, semuanya telah berlaku.
Tidak mungkin untuk berpatah balik.

Tengku Faridah mengangkat muka Dani agar memandang ke arahnya.
Mata Dani sembab.
Muka Dani pucat.
Airmata Tengku Faridah berguguran juga akhirnya.

"Along... sampai bila along nak macam ni?."
Tengku Faridah memeluk Dani erat.
Tidak sanggup melihat anaknya menderita begitu.

Dani menangis lagi.
Entah untuk kali yang ke berapa.
Yani yang berada di belakang mereka turut mengalirkan airmata.

'Along... please... ceritalah pada angah... angah tahu along tak salah... please.. jangan buat ibu dan angah macam ni....'

Yani merintih didalam hati.
Dani pula semakin teresak-esak.

Tengku Faridah yang memeluk anaknya tiba-tiba merasakan ada kelainan pada rentak nafas anaknya.
Dani tercungap-cungap.
Bagai orang asma.

Tengku Faridah kaget.
Yani bingkas bangun dan memeluk kakaknya.
"Along!!!"



to be cont.
[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]




_maaf terperap lama episod ini_

nur insan
presint 5
22 april 2014 (06.55 pm)



No comments: