Thursday, April 17, 2014

deviant [14]

[pic credit to: fatimah zafira ]



Ana merenung kajian yang sedang dilakukannya.
Sebelum bergerak esok ke USIM, dia perlu menyiapkan Bab 1 dan 2 kajiannya.
Yeah.
Agak lambat.
But its ok.

Ana mencari-cari fakta ilmiah yang boleh diambil untuk merujuk kepada 'deviant'.
Kajian yang sedang dilakukannya kini.
As a final year and last semester student, thesis ni memang agak burden.
Ya, kajian yang dilakukan adalah thesis untuk melengkapkan pengajiannya.
ok?.

fuh!

'Pengaruh Tingkah laku Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja.'

Deviant.

Abdullah Sani (2006) menyatakan bahawa mengikut ahli-ahli psikologi sosial umumnya mengkategorikan tingkah laku manusia terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif (prososial) dan tingkah laku negatif (antisosial). 
Salah laku pelajar adalah termasuk kategori antisosial iaitu seseorang yang mempunyai potensi untuk melakukan jenayah. 
Morris Haimowits dalam artikelnya menyatakan, “Jenayah adalah dicipta, bukan dilahirkan.” 
Salah laku pelajar merujuk kepada tingkah laku yang menyimpang atau deviant behaviour daripada norma-norma yang dipercayai dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dengan bentuk perlakuan yang bertentangan dengan peraturan undang-undang jenayah yang dilakukan oleh individu yang belum mencapai umur dewasa (Dewan Masyarakat, Jun 2000).

Di dalam kajian ini, tingkah laku devian dinyatakan sebagai tingkah laku yang dianggap berlawanan dengan norma-norma dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima yang dilakukan oleh pelajar-pelajar remaja.



Menurut kefahamannya, deviant itu sendiri adalah tingkahlaku yang melanggar norma dari kebiasaannya. Kalau dari aspek kajian yang dilakukan, ianya merujuk kepada tingkahlaku seperti ponteng kelas, merokok, buli dan untuk deviant yang bersifat delinkuensi pula adalah sampai ke tahap membunuh seperti kes yang pernah berlaku kepada pelajar MTD sekitar tahun 2010.

Apa beza deviant dan delinkuensi?
Semua delinkuensi adalah deviant.
Tapi tak semua deviant adalah delinkuensi.
Namun keduanya berkait rapat.
Deviant = luar dari kebiasaan
Delinkuensi = luar dari kebiasaan hingga menyebabkan disabitkan dengan undang-undang juvana.

Deviant.
Tiba-tiba Ana merenung kembali.
'Why I choose this topics?.
do I miss them'

Ana.
Wake up!

Ana menggeleng-geleng kepala.
Pening pulak kepala aku!
=.=''

Tiba-tiba lagu tema frozen 'Let It Go' macam berlagu-lagu ditelinganya.
dan part paling best bila

'cold never bothered me anywhere'
ahaks.
^_______*



to be cont.



[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan.]




nur insan
presint 5
17 april 2014 (08.38am)



2 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sgt tggi bahasa nih. baca sambil telan2 air liur. ha3.. hadoi!

...Nur Insan..... said...

huhu...
tq atas teguran.
insyaAllah akan diperbaiki spya lbih mudah difahami dimasa akan dtg :)