Sunday, April 20, 2014

deviant [15]

[pic credit to: fatimah zafira ]


Hari itu mereka bergerak ke USIM jam 8.00 pagi.
Mereka akan ke USIM selama 2 hari iaitu sepanjang pertandingan berlangsung.
Dr.Muzaffar seawalnya telah menghubungi mereka dan berpesan macam-macam agar tidak tertinggal dan persiapan rapi disediakan.

Semasa dalam perjalanan menaiki kenderaan universiti.
Ana, Achik dan Lisa masih berbincang mengenai hasil yang akan dibawa.
Akhirnya, sekali lagi mereka mengingatkan antara satu sama lain mengenai niat.
Ya, mereka memang akan menghadiri pertandingan.
Namun bukan kalah atau menang yang penting.
Yang penting manfaat yang bakal diperolehi.

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. 


Akhirnya, entah jam berapa. 
Ana terlelap jua.

'Ana... bangun...'
Achik mengejut.
Ana tersedar.
'Pergh! rasa macam lamanya aku tidur'
*monolog dalaman*

USIM here we come!


Mereka melangkah masuk ke DKP 3. Tempat yang berlangsungnya Seminar Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Prevent).  Seminar dua hari ini turut dihadiri oleh wakil dari Universiti Malaysia Sabah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Terengganu, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Persatuan Pengasih; Persatuan Kaunselor Malaysia (Perkama), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).

Mereka bertiga agak teruja.
Senyuman tidak lekang.

Harus diakui, mereka tidak kisah sama ada menang atau kalah apa yang penting penambahbaikan yang boleh dilakukan selepas ini hasil kritikan juri dan pengalaman.

Selepas mendaftar, mereka mencari kerusi kosong.
Kesejukan dewan tersebut semakin terasa.
Mencucuk-cucuk ke tulang.

Akhirnya mereka duduk di salah satu baris kerusi yang ada.
Hari ini, jadual mereka hanya mendengar pembentangan seminar.
Manakala esok barulah pertandingan akan bermula.
Ruang dewan telah dipenuhi dengan peserta yang hadir.
Sedang Ana mencari keselesaan ditempat duduknya itu,
satu message masuk.
getaran samsung champ itu membuatkan ianya terjatuh ke lantai yang ber-carpet merah.

'Allahu akhbar!'.

pergh!
kalau tak mahu tercabut lagi dan mungkin ada bahagian yang 'injured' akibat retak menanti belah.
Dah lah cover dia memang dah retak.
Handset... handset..

Ana cuba mengambil handset yang jatuh.
Wanita disebelahnya turut sama menunduk dan ingin membantu.
Wanita itu lalu menghulurkan handset comel tersebut.

"Terima ka..."

bagai tersangkut.
terlekat.
tidak boleh dihabiskan kata-kata itu.
kaget.

Wanita itu pula diam.
terkesima.
sesak!
pecah!

'What?!'
kata-kata itu bergema dalam ruang monolognya.
Ana.
Kau mimpi apa pulak kali ni???

Ana memandang pintu yang berada di sisi kanannya.
'I have to go now!.'

Ana terus bangun dari duduknya.
Pantas.
Bagai dikejar sesuatu.

Akhirnya Ana berhenti disatu sudut.
Jauh dari kumpulan manusia lain.
Jauh dari sesiapa.
Nak menangis ke aku?

Ana buntu.
Tidak tahu.
Apa sebenarnya?.
Why???.

Hanya soalan kenapa sahaja yang ada.
Namun kenapa itu tidak punya jawapan.
Lebih menyesakkan.

"Nurul Diyana Mohd. Mokhtar."
Ana tersentak.
Dirinya yang tadinya tidak keruan kini bagaikan patung.

Suara itu.
Suara itu.
Ya Allah.

Aku rindu!.


to be cont.


[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]




nur insan
presint 5
06 april 2014 (08.45pm)



No comments: