Wednesday, April 16, 2014

deviant [11]

[ pic credit to: fatimah zafira ]



Cuti midsem telah sampai ke penghujungnya.
Namun hakikatnya Ana merasakan bahawa tiada cuti sem baginya.
Hari ini kelas bermula seperti biasa.

'Alamak.
Malam ni aku ada usrah.
Boleh aku lupa.'

Ana menggaru kepala yang tidak gatal.
Langkahnya semakin laju menghampiri bangunan FSKIK.
Petang itu dia dan ahli kumpulannya dipanggil oleh Dr.Tan untuk berbincang mengenai pertandingan yang bakal diadakan.

'So, macam mana?.'
Dr.Tan bertanya meminta pendapat.

'Peringkat pertama, soalannya sudah dibaiki, cuma rakaman tu saya rasa kena buat semula. Sebab suara kami hari tu rasanya tak sesuai.' Lisa memberikan pendapatnya.

'Saya pun rasa macam tu, sebab dah dengar dua kali. Macam tak masuk.' Acik juga menyetujuinya.

Ana diam. Masih berfikir barangkali.

'Saya rasa pun macam. Dan rasanya bahagian reward tu belum diharmonikan lagi. Sound dia not bad dan kalau boleh ada 'blink. blink atau highlight bila cursor kena pada button yang menjadi pilihan.'

Ana akhirnya bersuara.

Sebenarnya mereka sedang berbincang mengenai projek 3F 2.0 yang bakal dibawa untuk pertandingan akan datang. Projek ini sebenarnya telah lama bermula iaitu sejak mereka berada di semester 4. Semua tu gara-gara Dr. Muzaffar meminta mereka untuk menghasilkan sebuah produk inovasi berkaitan dadah.  Ketika itu, Ana memberi idea agar kumpulan mereka mencipta sebuah produk 'ala-ala' games. Namun hakikatnya hanya menggunakan powerpoint.

Bunyinya agak 'rare'.
Tapi itulah, kelemahan jangan kita anggap satu kesilapan.
Tapi sebenarnya kelemahan juga boleh jadi kelebihan.
Maka terhasillah games 3F.
Inovasi menggunakan powerpoint yang diubah menjadi bentuk games.

Tapi cerita sadis disebalik 3F, sebenarnya mereka hampir-hampir putus asa untuk hasilkan 3F. Saat itu laptop Ana dijangkiti virus. Habis semua bahan hilang. . Satu tamparan hebat buat mereka. Namun akhirnya mereka berjaya juga menyempurnakan 3F dan menang Gold Medal dan First Place Overall. Selepas itu, bermulalah perkenalan mereka dengan Dr.Tan.

Benarlah lakukan apa sahaja dengan kesungguhan.
Pada Ana sendiri, dirinya...

'Pantang berundur bila memulakan.
mungkin pernah terluka dalam larian.
namun jangan berhenti selagi belum ke garisan.
jalan ini,
ternyata masih panjang.'

Dan Ana akui, sebenarnya besar sekali harapannya agar suatu hari nanti produk ini boleh dibawa ke setiap sekolah dan dijadikan permainan seperti 'candy crush' atau mungkin 'the lost island' atau sama popularnya seperti 'pudding pop'. eh. hahaha... pun boleh.

kerana rata-rata sekarang pelajar terlalu larut dengan games yang tidak memberi sebarang maklumat.
Sekurang-kurangnya dengan adanya produk seperti ini ia boleh membantu. Namun rasanya masih banyak yang perlu dibaiki.

Ana juga seorang yang sangat menyukai inovasi. Macam-macam lagi produk-produk pendidikan yang bermain dimindanya dan semuanya berbentuk permainan. Sungguh, sangat berharap ia memberi manfaat buat generasi akan datang terutama pelajarnya kelak. Sebagai mahasiswa, ya this is the time untuk kita buat apa sahaja untuk bangunkan ummat!.

Golongan intelektual dan masih muda.
Takkan kita hanya mahu duduk dan memikirkan tentang diri sendiri sahaja.
Akal dan fikiran yang cerdas seharusnya digunakan untuk memikirkan sesuatu buat ummat.
Andai hidup hanya digunakan untuk memikirkan diri sendiri,
maka ternyata hidup itu teramatlah singkat!.

Ada orang pernah berkata,
saya tidak  tahu mahu membantu apa atau berbuat apa untuk islam.
keypoint-nya fikir dan bertindaklah.
Segala kelebihan diri gunakan sebaiknya.
Jika hanya duduk dan melihat orang lain hadir dengan pelbagai inovasi canggih,
apa beza kita dengan dia?
Dia dan kita manusia.
Bezanya kita dari aspek itu adalah dia berfikir untuk melakukan.
Sedang kita berfikir hanya untuk duduk sahaja.
Kadang-kadang inovasi tu tak perlu terlalu canggih.
Cukuplah ia bermanfaat.
Dan buatlah semampunya.
Kita boleh.
Percayalah.


“Jalan (perjuangan) ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, 
tetapi ianya dibentangkan dengan onak dan duri.
Ingatlah, kita adalah salah satu mata rantai daripada rantaian dakwah yang panjang.
Bukanlah kita yang memulakan, juga bukan kita yang menamatkan perjuangan ini. 
Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. 
Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang.“



Perbincangan petang itu berakhir jam 6.30pm.
Hari beransur gelap.
Kawasan kampus semakin sunyi.

Ana, Achik dan Lisa keluar dari fakulti berkenaan sambil masih lagi berbincang.
Mereka sebenarnya bukanlah pelajar dari FSKIK, namun FSKIK ibarat fakulti kedua mereka sejak projek ini mendapat kerjasama bersama Dr.Tan [pensyarah FSKIK].



*FSKIK = Fakulti Seni Perkomputeran dan Industri Kreatif

to be cont..



[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]
[^____^]





nur insan
presint 5
06 april 2014 (06.59pm)

No comments: