Wednesday, January 29, 2014

Ho Chi Minh City II

sekitar the community city hall


Entry kali ni juz nak kongsi tentang membeli dan membelah poket sendiri di Vietnam. eh.. ngeee


Sepanjang di Ho Chi Mint, kami telah menginap di hotel Hoang Hai Long 2…
 Hotel ini bertaraf 3 bintang… service dia nice ^___^….

Hotel ni juga sebenarnya tengah-tengah bandar. Berdekatan dengan hotel ini terdapatnya pasar malam yang boleh mendapatkan pelbagai barang souvenir, beg hiking (RM 28 untuk 45 litter), telekong, kain pasang Vietnam dan banyak lagi dengan harga yang murah. Berjalan depan sikit lagi akan terjumpa pula Ben Thanh iaitu sebuah market ala-ala jalan TAR yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang waktu Vietnam. Di Ben Thanh ni juga boleh dapatkan barangan yang sama seperti di pasar malam namun harganya boleh murah lagi. (Vietnam lambat sejam dari Malaysia. Kalau Malaysia jam 8 pagi, maknanya 7 pagi waktu Vietnam).
Masa kami berjalan di pasar malam, kena pandai tawar menawar dan kalau boleh jalan beramai-ramai. Pengalaman di Guangzhou memang banyak mengajar aku untuk lebih pandai membeli di Vietnam dan berhati-hati…huhu…

Tapi peniaga Vietnam agak ‘kasar’ dan ‘memaksa’. Antara pengalaman paling lawak bila membeli dipasar malam ialah ketika Wahyu (one of my friend) nak beli souvenir. Dia tak pandai sangat nego dengan peniaga. Kami pulak ‘masuk campur’ tolong dapatkan harga murah. Then, akhirnya Wahyu kena marah dengan peniaga sebab tak nak beli. hahaha… dah siapa suruh peniaga tu tak nak bagi harga murah kan…. Sedangkan dekat kedai lain boleh… hehehe.. dan statements Wahyu masa tu “Eeee… kenapa peniaga kat sini semua garang-garang. Cheq nak balik Malaysia. Nak balik Malaysia…hahaha” Keluaq loghat kedah dia.  Our first day out to Pasar malam… huhu… tapi ramai je peniaga yang baik-baik.


Bila sebut soal membeli, maka soal duit pun perlu dititik beratkan. Kadang-kadang aku pening juga dengan peniaga kat sini. Tak tahu mana satu duit yang boleh menguntungkan pembeli. Kadang-kadang kedai ni, guna duit RM lagi untung. Tapi bila pergi kedai tu, duit dollar lebih menguntungkan pembeli. Aku pergi Vietnam langsung tak tukar duit Dong (mata wang Vietnam). Aku bawak cash RM dan Dollar jer. Sebab dekat sini, diorang terima wang RM. Aku guna Dollar bila nak beli secara borong dan RM bila nak beli barang kecil-kecil je termasuk cup of coffee dari francais warna oren yang jual kopi di hadapan hotel kami. urm.. nice  hehehe…


Bila keluar dari hotel, berjalan sebelah kanan ada sebuah lorong kecil. Bila masuk di lorong kecil tu, ada sebuah tangga untuk naik ke atas. Di bahagian atas terdapat sebuah kedai yang menjual baju sulam, telekong, kain pasang eng. cotton dan sbgnya dengan harga yang sangat murah. Kebanyakan warga Malaysia memborong di kedai tersebut.  Cotton English dia hanya RM23, baju kurung sulam manik ready made RM40 sepasang. Then baju cotton English ready made RM26 sahaja. So, bijaklah berbelanja. huhu… dan aku sempat juga beli jubah lelaki di kedai seberang jalan dari kedai lorong kecil ni dengan harga RM50 lepas nego 15 minit dengan tokey kedai…hehe… tapi rasanya RM45 pun sebenarnya boleh dapat dari harga asal RM55... ngeeee

Apa pun, nasihat aku kalau nak pergi tempat orang rajin-rajin lah cari info tentang tempat tu…
have a nice and safe journey ^___^

to be continue

*tempat menarik yang sempat aku singgah di HCM second day*
moga ada manfaat :)

nur insan
teratak bonda
29 januari 2014 (06:23 pm)



2 comments:

Unknown said...

seronok3..murah2 sbnarnye kat sane ye. keep posting :)

...Nur Insan..... said...

memang murah...
dan seronok p sna ^__^