Sunday, January 26, 2014

Ho Chi Minh City 1

day one:190114


Alhamdulillah...
selepas kami tamat bersidang sebagai JMK KHAR 12/13 a.k.a JMK bongsu (kerana sudah tiada lagi istilah JMK buat masa akan datang di kolej kediaman UPSI.. yang ada adalah Majlis Mahasiswa Kolej)....akhirnya kami berpeluang untuk mencipta kenangan terakhir bersama dalam program rasmi iaitu Jelajah Inspirasi Ho Chi Minh City...

Sememangnya, jelajah ini aku tidak mahu seperti sebelumnya...
aku ingin pulang dengan sesuatu yang berharga...
yang boleh ku kongsi bersama... di teratak ini...

melihat budaya..
memahami cerita mereka...

sampai di Sai Gon City, kami singgah di masjid Jamiul Muslimin...
berada di tepi jalan... dekat lot kedai...
(dan pengamatanku, masjid mereka sememangnya di dalam lot-lot kedai...)
berhampiran juga dengan traffic light...
masuk masjid tu, perlu melalui lorong yang agak sempit...

lepas tu... kami mengunjungi adalah Old post office saigon 1881...
mula2, kami turun dari bas.. kami melangkah laju ke kawasan yang sangat cantik... ada bunga.. kami bergambar disitu... berlatar belakangkan sebuah bangunan yang kami anggap adalah Old Post Office...
usai bergambar disitu... baru perasan... it was a church.. not old post office..huhu... church lama... besar jugak... rupanya old post office di hadapan lagi.... ^____^


nak katanya...
church mereka lebih besar dari masjid sebab islam just minority here...
tapi hakikatnya, bukan besar atau kecil saiz masjid yang menjadi ukuran...
but then, besar atau kecil saiz makmum yang berjemaah disitu :)


dan hari pertama ini...
teguran Allah menyusuk hati!

to be continue....

first day place:
Old post office saigon 1881 : masih beroperasi dan dikunjungi ramai pelancong
The Community City Hall : orang yg jadi tugu tu xberkahwin
Saigon Notre-Dame Cathedral Basilica : church terbesar (majoriti beragama buddha doktrin komunis)


nur insan
hoang hai long 2
190114 (11.55pm)