Friday, November 1, 2013

PRACTICAL DIARY 5: TEATER





hari ni pementasan teater cahaya 2…
pertandingan sempena bulan bahasa…
mula2 dulu, aku target nak menang…
tapi bila mula melatih mereka, aku ubah niat…

sejenak hari pertama kami berlatih, aku tak harap untuk menang...
tapi aku harap mereka belajar from zero to hero….
mereka bukanlah  dalam kalangan yang expert bab2 berlakon…
malah ada yang tak boleh bercakap dengan lancar dan ada yang berdarah gemuruh…
aku tak kisah… semua boleh dilatih…. dan ini mungkin langkah pertama mereka…

hari ni….
ternyata mereka kalah…
mereka kalah dalam pertandingan, tapi mereka menang dalam kebaikan….
aku bangga dengan mereka, kerana mereka punya ‘attitude’….
cikgu bangga saat kamu menepati masa dihari kejadian…
 cikgu bangga saat kamu ada ketika mengemas dewan….
walau kita dapat no.2, tapi cikgu sangat gembira ketika bersama kamu semua…dan cikgu harap kamu pun rasa macam tu..

terima kasih semua… sebab banyak ajar cikgu… walau mungkin kamu tak perasan…
 terima kasih…. sebab kalian sangat bermakna…

“you may be out of my sight, but never out of my mind…
In the  end, it’s not the years in your life that count. 
It’ s the life in your years”

terasa terlalu singkat sebuah pertemuan, tapi…
bukan panjang atau pendek yang menentukan nilainya sebuah pertemuan, tapi bermakna atau tidak yang menjadikan pertemuan itu sangat bernilai…
moga pertemuan kita adalah pertemuan yang bernilai…
belajarlah dari pentas lakonan… kita hanya hamba… bukan sesiapa di hadapan pencipta… dan berubah menjadi lebih baik itu hak kita!.. jangan takut untuk berubah menjadi lebih baik….
 buat yang terbaik dalam hidup….!

kini, aku hanya tinggal lagi seminggu… masa yang berbaki… ‘bertugas bukan mengikut tag nama’… aku masih berpegang pada itu… demi pelajar… andai diberi peluang untuk memilih antara berjaya dan bernilai… aku akan memilih menjadi orang yang bernilai....  bernilai buat diri dan orang lain…
dan mengajar pelajar erti nilai berbanding kejayaan...
sesuatu yang bernilai.... biasanya buat kita bahagia dan tersenyum...
tapi sebuah kejayaan... kadangkala tak mengundang bahagia dan senyuman...
saranghae…. lillah… my dear student…

Allahu rabbi….
sedihnya sebuah perpisahan!
senior sensei…. moga kalian menjadi senior itu!
walau siapa pun kita…
pelakon teater atau sekadar pelukis jalanan…
hakikatnya kita hamba…
buat apa yang Allah suruh…. dan tinggalkan larangan-Nya…
kita… neraka sudah pasti, syurga belum tentu…



nur insan
rumah batman
01 november 2013 (6.30 pm)
-dalam hujan-

2 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Tahniah Cikgu Emy :)
Seronok Ina baca kisah ni...begitulah sebaik-baiknya.

Kita nak manusiakan insan kan?

***Doakan Ina pula. Sedang memohon sekolah juga untuk tahun depan.

...Nur Insan..... said...

insya'Allah..
moga tabah dalam membentuk manusia menjadi manusia ^___^