Saturday, October 26, 2013

MOVE ON....

-travel-



jam menunjukkan angka 5.30 petang.
hati memberontak!
ya, aku memang begitu…
terkadang hati memberontak bila fikiran rasa dihempap!
petang itu, hati dan fikiran tak selari..
nadanya sangat berbeza…
tapi aku tahu, jika nadanya begitu…
bermakna aku perlu pergi…
pergi… mencari hati yang baru…
mencari nafas baru, yang sangat menyesakkan saat itu!

jam 6.00 aku singgah mengisi minyak…
kerana perjalanan kali ini agak jauh…
aku berkira-kira jika 60 km/j, aku mungkin akan tiba jam 7.30 malam…
mungkin…

selepas 15 minit menuju ke destinasi…
hujan turun rintik… akhirnya lebat…
aku lihat beberapa motosikal yang lain sudah berhenti berteduh…
semuanya lelaki…
aku meneruskan perjalanan… seda tak sedar… aku sendiri tak pasti berapa km/j aku memecut…
jam 6.30… aku melihat ke kiri… itu laluan ke rumah sahabatku…
aku dah  sampai rupanya…
aku pusing beberapa kali di sekitar kawasan perumahan tersebut kerana tidak dapat mengecam jalan akibat hujan… akhirnya aku tiba jua dirumahnya… 30 minit sahaja….

niatku semasa perjalanan … seperti biasa…. mencari hikmah

malam itu… lepas maghrib…
ar-rahman menjadi pilihan…. ‘ya Allah…. nikmat mana lagi yang ingin aku dustakan?’
aku duduk berteleku…. mencari hikmah…
seketika kemudian, sahabatku dan teman serumahnya keluar membeli barang rumah.
aku duduk sendiri di ruang tamu…
‘isnin dan rabu bersama bro sham’….
buku siri travelog budak mentah… aku buka buku tersebut… baru beli minggu lepas… tapi tak sempat nak baca…

“When you think world will end….remember that when caterpillar think world is end, it become butterfly…”

aku tersentak… aku selak halaman lain….

“kehadirannya… mematangkan….” 

Allahu rabbi…
airmataku mengalir… entah bila aku telelap….

::perjalanan  kali ini….
membawa aku hikmah bahawa setiap apa yang dicari, pasti ada jawapannya…
dan jawapan, tak perlu dicari dalam jauhnya perjalanan….
kerana hakikatnya aku telah bawa ‘hikmah’ (buku travelog budak mentah) itu ke mana aku pergi dalam seminggu dua ni.. Cuma mahu melihat dengan pandangan hikmah, atau sebaliknya… dan aku pasti, pandangan hikmah hadir andai diletakkan akal dan iman di depan hati…. urm… sungguh! aku sukakan kembara… walaupun hanya duduk sendiri di KL sentral…. atau pudu raya… mana-mana, pasti ada sesuatu yang boleh diambil::



nur insan
rumah batman
26 oktober 2013 (2.30pm)

No comments: