Sunday, November 24, 2013

KISAH TERMINAL




Bila berjalan di terminal...
macam2 orang kita akan bertemu...
destinasi jua tak sama...
ada yang ke utara.. ada yang ke timur...

hari tu bertemu dengan dia...
seorang ibu tunggal beranak satu...
dari hospital dan ingin pulang ke rumah...
perjalanan mengambil masa yang agak lama...
namun  kerana appointment dengan dr. setiap bulan di HKL, maka dia terpaksa bersusah payah menaiki bas dari pahang....
moga makcik cepat sembuh....


hari yang sama...
bertemu pula dengan dia...
seorang gadis... yang tak sabar untuk ke kg halaman...
kerana ingin membuat persiapan perkahwinan....
barakallah ya ukhti ^_____^


dua-dua...
baru pertama kali aku bertemu mereka...
bertemu untuk ditakdirkan berpisah...
dan pertemuan yang melahirkan hikmah....
mengingatkanku bahawa kadang kala pertemuan adalah untuk mematangkan....
dan bukan tanda bahawa ia adalah destinasi...
sekadar tempat persinggahan yang bakal ditinggalkan....

hidup ni juga satu garis panjang...
yang mana titik awal dan titik hujungnya tidak akan dapat bertemu kembali...
kerana masa yang berlalu, adalah yang paling jauh dengan kita..
dan masa yang kita punyai sekarang adalah untuk dinikmati!



nur insan
khar (blmt)
24 november 2013 (09:28am)





No comments: