Menoktahkan sebuah perjalanan yang dipilih!π
----------------------------------------------------------------
Harini, semua ‘dendam’ pada diri sendiri dah terlerai.
Setelah 5 tahun 4 bulan dan 9 Hari.
Semua dah dilepaskan dan aku pasti, aku akan rindu perjalanan ini!
Dibawah ini hanya cebisan kisah dari kisah-kisah yang panjang untuk diingati dan dikenang di status fb.
(tolong jangan baca!)
17 Feb 2015 (UPSI)
Dewan besar jadi saksi kaki melangkah untuk mendaftar untuk kembali ke pangkuan ‘ibu kandung suluh budiman’. Masa ni berharap untuk GOT (grade on time). Masa ni juga kurang lebih, sebulan sebelum aku menikah. Sepanjang sem satu, pergi kelas naik motor. Balik kelas kadang jam11.30 malam dari Proton City ke Ulu Bernam. Ni memang pengalaman yang paling tak akan dilupakan.
.
.
29 Julai 2015 (Pitas , Sabah)
Cuti semester. Aku ke Sabah, sempatlah jadi surirumah sepenuh masa sebulan. Tiba-tiba dapat result posting. Masa ni, hancur hati! Mohon untuk ke Sabah. Tapi Allah tetapkan, Pahang (paling tepat, daerah kelahiran suami) juga yang menjadi pilihan
terbaik
. Ya, penuh hikmah walaupun setelah itu pahit untuk ditelan! .
.
September 2015 (Pahang)
Semester 2 bermula. Masa ni lesen kereta tak ada lagi, kereta pun tak tahu bawa. Sadisnya! Setiap hari Jumaat lepas balik sekolah, ayah dan ibu (in law) kena hantar aku naik bas. Paling lewat pun boleh ambil bas jam2 petang. Pahang – Pekeliling – Pudu Sentral – Tanjung malim – Kampus Baru. Sampai tanjung malim solat magrib dekat rumah zati (thanks wan nor! ) sekali pakej tumpang ke kampus baru. Kelas jam8 malam sampai 11.00 malam. Kadang lajak 11.30 malam. Huhuhuhu… Esok pagi kelas lagi sampai petang. Hahaha. Heaven betul!
.
.
Disember 2015 (Pahang)
Harini, aku ada final exam di UPSI. Suami dah bercuti sekolah hujung tahun. Pagi tu, sebelum ke UPSI aku terpaksa uruskan program LADAP sekolah. Masa ni kereta tak ada. Jam9 pagi lebih, aku bertolak ke UPSI naik motor dengan hujan lebat. Sedih betul. Tapi sampai dekat bentong, singgah rumah aki pinjam kereta aki. Sadis betul!
Sebenarnya bila ada suami, selalu je ulang alik tanjung malim naik motor. Motor SYM. Ringan dan terhuyung hayang dekat highway. Paling sadis minyak motor habis tengah highway! HAHAHA. Adeh. Tapi Alhamdulillah, miraclenya masa tu sebab Allah makbulkan doa aku. Hantarkan seorang perempuan untuk tolong kitaorang. Walaupun pada fikiran aku, mustahilnya ada seorang perempuan bawa motor tengah highway ni. Tapi tak mustahil pun pada Allah! Baiknya dia. Baiknya Allah sebab tolong kitaorang.
.
.
Hujung disember 2015 dan Awal 2016
Yeah! Aku dah ada lesen. Disebabkan terdesak aku jadi cepat belajar. Nak tak nak kena belajar and yeah cepat dapat lesen. Tak payah dah nak ulang alik naik bas. Dan aku memang berani je nak bawa kereta ke mana2. Ibarat baru dapat kaki untuk berjalan. Nak drive sorang pergi KLIA pun tak jadi masalah even kali pertama. Semua berpunca sebab ‘terdesak!’.
‘TERDESAK!’ memang banyak ubah kehidupan aku.
Big why yang berpunca dari desakan.
.
.
September 2016 (Semester 4)
Aku mula hilang arah dan fokus. Sebenarnya start dari semester 2 masa aku baru posting lagi aku dah hilang semua azam. Satu ayat keramat yang paling menusuk jiwa raga aku ‘awak kena ingat, awak sambung belajar tanpa kebenaran JPN!’. Kata-kata keramat yang menyakitkan. Walapun tak pernah sekali aku jadikan alasan 'belajar,' untuk elak buat kerja hakiki dan aku tetap utamakan kerja hakiki sebelum 'belajar'.
Aku lost! Lost sebab terlalu banyak benda yang nak dicapai dalam satu masa. Aku mati akal. Tapi setiap kali ke UPSI hujung minggu, aku dapat semangat baru dari ‘D’ classmate and ‘journey mate’: Dila. (Thanks D! nak nangis rasa.. sobs sobs s.. hang banyak tolong aku ).
Sem ni langsung aku tak buat apa. Yang aku fikir, aku nak berhenti!
Penghunjung semester, Dr. B tanya khabar.
Aku tiba2 macam sedar dari mimpi!
.
.
.
Februari 2017 (Semester 5)
Atas nasihat seorang lecture, aku ambil subjek Praktikum walaupun aku tak wajib ambil. Aku ambil juga sebab aku nak belajar buat sesi dengan baik. Aku kembali pada matlamat kenapa aku nak jadi Kaunselor. Dalam kelas ni, aku dapat semangat baru untuk teruskan apa yang aku dah mula. Terima kasih Dr. Nani!
.
.
September 2017 (Semester 6)
Aku batalkan hasrat untuk buat internship masa bulan September ni. Sebabnya aku kalut dengan kerja. Aku lost sekali lagi. Tapi Dr.B selalu tanya khabar dan minta aku untuk teruskan proposal. Bayangkan, semester 6 baru terkial-kial proposal nak oiiii!
.
.
.
Feb 2018 (Semester 7)
Aku internship. Sadisnya internship ni sebab rasa macam ‘anak tiri’ sebab aku belajar tanpa kebenaran kan. Huhuhu… Biarlah apa yang dilalui sepanjang internship ni jadi kenangan pahit untuk disimpan sendiri! Yang penting, I did it! Thanks k.fizah sebab jadi kaunselor pembimbing yang sangat baik hati!
.
.
.
19 September hingga penghujung Oktober 2018 (Semester 8)
Tarikh 19 September 2018 (Rabu), aku hadiri mesyuarat pembentangan proposal. Selepas 2 tahun lebih buat proposal. HAHAHA! Alhamdulillah proposal dah diterima selepas dibentang dan dibaiki. Makanya, aku perlu proceed untuk collect data sebelum sekolah bercuti hujung tahun.
Masa ni, ujian datang lagi. Minggu nak collect data, minggu tu juga aku kena masuk wad. Lost sekejap. Tak tahu mana nak fokus. Tesis ke diri sendiri. Allah uji kandungan luar rahim dan aku lost dia yang dinanti. Tapi Allah bantu juga dengan hadirnya kaunselor2
hebat
yang bantu aku collect data student (maaf tambahkan kerja kalian yang sememangnya dah banyak kerja! ) dan terima kasih juga buat suami sebab tolong jadi runner hantar semua soal selidik ke sekolah-sekolah terpilih. Terima kasih juga pada diri sebab kuat! .
.
04 November 2019
Hari yang dinanti, iaitu VIVA. hahahaha.. sebelum nak sampai ke hari VIVA ni, berulang kali jumpa Dr.B. Kalau boleh rasa nak jumpa sebulan atleast nak jumpa sekali atau dua kali. Sebab risau memikirkan viva. Dr. B memang banyak sangat bantu. Especially nak analisis data. Overall memang Dr.B banyak sangat bantu! Aku sangat beruntung sebab duduk bawah Dr.B.. Alhamdulillah berjaya VIVA dengan pembetulan 3 bulan dan hanya perlu semakan penyelia utama sahaja iaitu Dr.B.
.
.
.
10 Januari 2020
“Hello.. emy, eh.. awak kat mana tu?”
Aku yang masa tu baru nak ke kelas relief dengan bahagianya jawab.
“Saya kat sekolah lah Dr. Kenapa Dr?”
Soal aku tanpa rasa bersalah.
“Eh.. awak tahu tak awak kena datang UPSI harini?” Dr.B tanya.
Aku dah cuak. Kenapa pula aku kena datang UPSI.
“Pukul 10 ni ada meting semakan abstrak. Awak tak baca email ke?.”
Aku tengok jam. 9.30 PAGI!
“Serious ke Dr?! Saya tak baca. Macam mana ni?”
Soal aku. Cuak! Sambil fikir macam mana nak terbang pergi UPSI sekarang juga!
“Haa.. tak apalah.. saya masuk. Saya ganti awak.” Kata Dr.B
I was like.
Boleh ke?! dan aku tak tahu pula lepas hantar pembetulan VIVA ada pula meting pembentangan abstrak!
Jam11.30 pagi Dr.B call sekali lagi.
“Nasib awak tak datang. Kalau awak datang, memang masak lah awak. Dia tanya banyak benda tadi. Tapi saya yang jawab. Student lain pandang tak puas hati sebab lec yang tolong jawab. Untung lah awak.”
Aku tak tahu nak gelak ke… nak nangis ke…
.
.
27 Feb 2020
Aku dapat email, minta untuk baiki lagi abstrak. Kalau ikutkan kisah pembetulan tesis ni, selama berapa tahun ni… entah berapa puluh kali aku betulkan macam-macam. Dengan Dr.B sahaja dah berpuluh kali aku ulang alik baiki sebelum bentang proposal. Dah bentang proposal kena baiki lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Masuk VIVA baiki lagi dan lagi dan lagi. Dah hantar abstrak, ada lagi baiki dan baiki dan baiki. Arghhh… ini lah proses yang ibaratnya macam walau kau dah ubah banyak benda still tak perfect dan kau kena terima setiap teguran untuk menjadi sempurna!
.
.
26 Jun 2020
Akhirnya setelah langkah yang aku mulakan5 tahun 4 bulan dan 9 hari yang lalu aku temui noktah hari ini. Tesis telah dihantar dengan jayanya dan mendapat surat tamat pengajian adalah ‘dendam’ yang terindah pada diri sendiri..
Banyak sangat ‘duri’ dan parut luka dari awal perjalanan, sampai menunggu hari tesis siap dijilid. Entah berapa kali aku jahit satu per satu semangat yang koyak supaya perjalanan tetap diteruskan. Jilidnya tesis ni umpama jilidnya kisah 5 tahun 4 bulan dan 9 hari yang aku lalui.
kalau sahaja dahulu aku pilih untuk berhenti, hari ni mungkin takkan ada untuk aku.
Terima kasih wahai diri. Terima kasih juga untuk semua yang membantu.
Orang selalu tanya, ‘bila nak habis belajar?’ tapi jarang orang nak tahu betapa susahnya untuk menoktahkan setelah memilih untuk belajar.
Aku tahu aku akan rindu untuk belajar lagi.
Ini hanya sekadar cebisan kisah untuk aku ingati lagi dan lagi.
Sarjana tidak ada apa ertinya jika hanya sebuah perjalanan biasa menuntut ilmu, tapi sangat bererti bila terlalu banyak yang dikorbankan dan dilalui dan aku pasti, semua orang melalui pahitnya itu.
Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”
_Imam Syafie
Ini hanya kisah biasa-biasa dari orang biasa.
Selepas tamat belajar di ‘Ibu Kandung Suluh Budiman’
adakah status ‘anak kandung suluh budiman’ akan bertukar menjadi ‘anak tiri?’
Jom cari kerja!
Jom lari pergi Queensland.
(dalam angan. Kah!)
.
.
.
01 November 2021
Pergi UPSI ambil jubah konvo! Alhamdulillah finally dapat juga sarung jubah walaupun dah lebih setahun sebab pandemik covid. Masa ambil ni, sedih tak tahu nak kata. Sebab sahabat yang sama2 memulakan langkah ni tak hadir sekali T.T nangis tiba2 lepas keluar dewan.
.
.
.
25 November 2021
Tarikh konvokesyen!
Terima kasih semua yang ada sepanjang perjalanan ni. Terima kasih mak dan en.heaven sebab temankan. Jumpa semula opie dan shirley! tqsm semua. Alhamdulillah terima kasih Allah :)
Catatan nur insan.
Teratak kasih A&E,
28/11/2021
with love :>
jom sambung kerja sekolah.
====================================================
~Sahabat takkan Pergi~
Sahabat, coba kita arungi
Lautan luas kita seb'rangi
Gunung yang tinggi 'kan kita daki
Tak merasa letih
1 comment:
Tahniah Nur...
Post a Comment