Wednesday, March 3, 2010

Rahsia Hidup...


Pengetahuan kita tentang baik atau buruknya apa yang kita cita-citakan itu lebih rendah daripada pengetahuan Allah kerana Dia Maha Mengetahui. Kita tidak boleh melihat masa depan tetapi Allah boleh. Allah akan memilih dan menetapkan HANYA YANG TERBAIK untuk kita walaupun pada zahirnya ia mungkin berlawanan dengan kemahuan kita.

Adakalanya hajat kita lambat dikabulkan kerana mengikut pengetahuan-Nya kita belum betul2 bersedia untuk menyambut kurniaan atau rahmat-Nya. Adakalanya juga kita tidak memperolehi apa yang kita hajati tetapi digantikan Allah dengan sesuatu yang lain yang lebih baik dan sesuai untuk kita mengikut pengetahuan-Nya.

Begitulah maksud dan perancangan Allah dalam setiap ketetapan dan takdir-Nya. Dengan pemahaman ini kita tidak perlu lagi berasa kecewa atau berduka cita dengan apa jua yang Allah tentukan dalam usaha kita membina hidupa yang BERJAYA, BAHAGIA DAN BERMAKNA... insya-ALLAH...http://www.emocutez.com... akhir kata, hidup ini penuh rahsia... sentiasalah bersedia untuk menghadapi 'rahsia2' terutamanya rahsia hidup yang paling BESAR iaitu kematian...




"BILA ALLAH CEPAT MEMAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA MENYAYANGI MU...
BILA DIA
LAMBAT MEMAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA INGIN MENGUJI MU... BILA DIA TIDAK MEMAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK MU...
OLEH ITU
SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAAN-NYA..."

2 comments:

Ina NaiLofar said...

:: Muhasabah yang baik, sahabatku! :) ::

Yas Sara said...

Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit, tertawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan, tetapi Allah menjanjikan kekuatan untuk hari itu, kebahagian untuk airmata, dan terang dalam perjalanan.. Mudahan kita d'beri kekuatan utk terus melangkah dalam hidup ini.. InsyaAllah, amin..