Saturday, November 28, 2009

HATI TIDAK CEKAL


Hati bertanya 'apa maksud ujian?'... akal menjawab 'bukankah ujian itu membuktikan sayang Allah padamu?'... hati masih meronta2. Apa mungkin ianya kecewa? kecewa kerana tidak memiliki apa yang diimpi dan diharapkan?... Hati kembali berkata 'aku hanya ingin dipermudahkan segala urusan, aku hanya ingin segalanya yang terbaik agar aku tidak lagi mengecewakan insan yang aku sayangi'...

akal menjawab 'Kau kecewa hati? kau kecewa dengan siapa? Layakkah dirimu untuk berasa kecewa setelah hanya sedikit sahaja permintaan-Mu tidak dipenuhi seperti mahumu?... sedarlah hati, Allah tidak mungkin menguji andai Dia tahu kemampuan kita tidak mencukupi. Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk kita, walaupun adakala ianya menyakitkan dan tidak seperti yang diharapkan. Namun ketahuilah wahai hati, ujian itu bukti Allah masih peduli akan dirimu. Diuji agar dirimu tidak terleka dengan nikmat. Diuji agar kau sedar akan kekurangan. Diuji agar kau insaf segala ketidaksempurnaan...Ketahuilah hati, Allah mengetahui yang terbaik buatmu. Teguhkan keyakinanmu terhadap kekuasaan-Nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.'... Hati termenung.. Cuba meletakkan iman dihadapan pemikiran... Lalu hati berdoa penuh keinsafan dan pengharapan...


"Ya Allah diri ini sering tertewas dengan dugaan dan ujian-Mu. Aku tidak gagah untuk menghadapi apa yang telah Engkau bentangkan buatku saat ini. Justeru aku mohon bantuan-Mu, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini datangnya dari-Mu, Engkau permudahkanlah ia bagiku... Aku teramat mengharapkan bantuan-Mu... kerana hanya dengan kekuasaan-Mu aku mampu mengharungimya. Aku sedih ya Allah... aku kecewa dengan diri ini... aku tidak mampu menyembunyikan air mataku sendiri... aku hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan-Mu... maafkan dan ampunkanlah diri ini ya Allah, kerana aku hanya hamba-Mu yang lemah..."


...sesungguhnya kasih sayang Allah sering mendahului kemurkaan-Nya...


p/s:moga ada sinar dihadapan buat hati yang rapuh...................

4 comments:

eizan said...

Kau seorang muslimah yang tabah,jadikan dirimu kuat dalam bermujahadah.yakinlah sekejap jea semua ini akn berlalu...jgn menangis dan truskan perjuangan. serikandi islam harus kuat untuk melangkah dengan gagah....

Duan said...

laa tahzan...

Allah bersama hamba-hamba-Nya yang bertaqwa...

Anonymous said...

yakinlah kemampuan drimu sahabt!!!
kjyaan menntimu=)..

...Nur iNsAn... said...

terima kasih sis n teman2...
smga Allah merahmati kalian..