Saturday, July 31, 2010

PENULISAN:SETITIK DAKWAT, SEJUTA RASA, BERFIKIR TENTANGNYA



Dari mana datangnya ilmu jika tidak dari membaca... Dari mana datangnya bacaan jika tidak dari tulisan...



Erm.. bila dikaji semula ayat diatas rasanya agak kurang tepat frasa tersebut. Sebenarnya ilmu itu bukanlah sekadar dari membaca, tapi banyak cabangnya dalam menuntut ilmu, cuma mungkin kebarangkalian yang sangat tinggi adalah melalui pembacaan. Bahan bacaan pula terhasil melalui penulisan, betul atau salah???... hah, jawab jangan tak jawab!.




Pelbagai bentuk penulisan yang ada hari ini baik novel, cerpen, majalah, surat khabar, puisi dan seangkatan dengannya. Namun sememangnya penulisan kreatif menjadi kegemaran kebanyakan remaja dan boleh dikatakan termasuk diriku. Novel ni sebenarnya bagi diriku sama seperti bahan2 bacaan seangkatan dengannya seperti cerpen dan puisi, iaitu hanya imaginasi seorang penulis dalam membayangkan watak atau perwatakan serta plot penceritaan itu sendiri. Namun tidak boleh juga dinafikan adakalanya imaginasi itu terhasil melalui pemerhatian sekeliling atau mungkin pengelaman penulis itu sendiri.


Disebabkan wujudnya imaginasi penulis yang sangat tinggi maka tidak hairanlah andai tulisan tersebut mampu meninggalkan pelbagai rasa dan impak terhadap si pembaca. Sebagai contoh suka aku mengambil novel karya En.Azizi Abdullah salah seorang novelis yang sangat tersohor. Karyanya Memoir Seorang Guru (MSG) misalnya, sangat meyentuh perasaan. Novel tersebut merupakan novel yang terlalu sarat dengan emosi hingga tidak ada satu plot pun yang tidak beremosi. Penulis novel ini bagi diriku sangat berjaya dalam menonjolkan perasaan yang sarat dengan penyesalan, marah, benci, sedih dan pelbagai lagi rasa hingga mampu membuatkan pembaca turut merasakan setiap perasaan yang wujud dalam diri watak utama novel tersebut iaitu seorang ustaz yang mengajar disekolah rendah. Membaca MSG juga mencelikkan akalku bahawa tugas dan tanggungjawab seorang guru merangkap murabbi sangat besar dan berat serta sangat mulia. MSG ini juga membuatkan aku berfikir bertapa besarnya pengaruh seorang guru lebih2 lagi seorang guru sekolah rendah dalam mendidik jiwa2 pelajarnya. Sememangnya harus aku akui walau berulang kali membaca novel ini, namun perasaan bosan tidak wujud malah setiap kali itu juga air mata ibarat terlalu murah dalam menghayati jiwa watak utama yang penuh dengan penyesalan!.

Novel lain yang mungkin mampu memberikan impak terhadap emosi pembacanya ialah Anugerah Pertama karya Ramlee Awang Murshid iaitu penulis thriller nombor satu Malaysia. Apa yang menarik tentang Anugerah Pertama ialah novel ini mampu membuatkan pembaca merasakan seolah2 'pembunuh' dalam novel tersebut berada disekitar anda. Memang hebat karya ini. Hinggakan sampai ke satu plot dimana pembaca memang benar2 'takut' untuk meneruskan pembacaan jika berada berseorangan. Bayangkan betapa besar impak hasil penulisan novel Anugerah Pertama ini. Penuh suspen dan sangat mendebarkan pembaca. Walau bagaimanapun tidak harus dinafikan mungkin tidak semua yang merasakan debaran tersebut, namun segelintir yang merasainya sudah mampu membuktikan bahawa melalui pembacaan emosi atau 'rasa' turut sama 'terbawa-bawa'.

Beralih pula kepada bahan bacaan lain selain novel seperti Riwayat Bidadari Syurga karya Saudara Munif Ahmad, seolah2 berjaya meniup semangat ke dalam jiwaku untuk berjuang dan sentiasa kental juga sentiasa 'menjaga' cinta untuk Allah swt seperti mana Zinnirah serta Rabiyatul Adawiyah juga bidadari2 lain yang digambarkan dalam buku RBS ini. Sememangnya tidak dapat aku nafikan apabila kaki ini semakin lemah untuk melangkah RBS merupakan salah satu penyuntik semangatku untuk bangkit kembali.



Bagaimana pula dengan penulisan blog???... Erm... mungkinkah ada yang membacanya dengan 'rasa'???... Misalnya bagi entry di seteguh hati sendiri dengan tajuk 'buat hawa: harga sekuntum cinta'. Adakah wujud 'aura' dalam entry tersebut???... Hakikatnya sememangnya menulis blog bagiku bukanlah untuk melihat sejauh mana entry yang diterbitkan mampu menarik minat ataupun berlumba ranking ataupun seramai mana follower yang sudi mem-follow-kan diri, ianya lebih dari itu!...

4 comments:

zulkbo said...

salam ukhti..
tahniah..teruskan
dengan tulisan anda
yang berilmu ini..
moga Allah selalu
merahmati anda

...Nur Insan..... said...

salam kembali...
masih bnyk perkra yg perlu ana bljr.. mdh2an Allah merahmati kita semua(",)v

abdul muiz said...

aslkum...
saya tertarik dengan tulisan di atas yang sangat jujur dan bersahaja ... teruskanlah.. karena saya akan setia menunggu tulisan terbaru dari anda..

jajakalloh.

...Nur Insan..... said...

salam beemountain...
syukran jazilan ats sokongan... msih byk yg perlu ana pelajari.. insya'Allah, ilmu yg sdkit dri Allah ini akn ana kongsi slgi t'mampu...