Dian melangkah laju menuju ke pintu masuk dewan kelas. Jeritan Ayu yang
memanggil namanya sengaja tidak diendahkan. Rasakan!.
Hatinya berbisik geram.
Ingin menjauhkan diri dari Ayu dan semua yang berkaitan dengan Ayu. Ayu yang
memandang dari jauh mula berasa hampa. Kesal dengan apa yang berlaku.
Akhirnya Dian masuk ke
dewan kuliah dan memilih tempat duduknya seperti biasa. Barisan hadapan dan di
tengah-tengah. Buku nota diletakkan di atas meja. Hampir ke semua pelajar telah
memenuhi ruang dewan kelas.
Di pintu masuk Dian
nampak Ayu mula melangkah perlahan. Namun Dian sengaja tidak mahu memandang
wajah Ayu dan sibuk memerhatikan telefon bimbitnya. Ayu yang menyedari situasi
itu, akhirnya bertindak memilih untuk duduk di belakang Dian yang kebetulan
masih kosong.
“Dian, Ayu mana?.” Gina
yang baru sahaja mengambil tempat di sebelah Dian bertanya laju. Kebiasaannya
Dian dan Ayu akan duduk sebelah menyebelah. Namun hari ini Ayu tidak kelihatan.
Buta ke apa Gina yang
tak nampak Ayu di belakang Dian.
“Entah.” Dian menjawab
ringkas. Apa kau ingat aku ni bodyguard dia yang 24 jam asyik dengan dia je?.”
Tolonglah
jangan sebut lagi nama tu depan aku. Please!. Gerutu hati Dian.
Ayu di belakang hanya
tersenyum pahit mendengar jawapan Dian yang seakan menganggap dirinya tidak
wujud. Namun segala-galanya telah berlaku. Ingin di undur. Masakan mampu?.
Gina memandang hairan. Tangan
Gina lincah mengeluarkan lecture note dan juga sebatang pen merah dan
diletakkan di atas meja miliknya. “Aish!. Takkan bergaduh kot?. Korangkan bff.”
Gina tersenyum. Membayangkan seandainya dia juga mempunyai seorang sahabat yang
boleh dianggap bff. Best friend forever.
Tolong jangan sebut
lagi ‘bff’ ya. Geli!. Sekali lagi hati Dian marah berapi. Namun jeritan
hatinya tidak didengari sesiapa.
“Kau ni kan Gina,
kenapa mesti nak duduk sebelah aku?.” Dian bertanya sambil matanya memandang
lecture note di atas mejanya.
“Mana ada aku ‘mesti’
nak duduk sebelah kau. Tapi memang tempat ni strategik.” Gina membela diri.
Dirinya kelihatan serba tak kena tiba-tiba. Membetulkan duduknya dan membetulkan
baju kurung hijau lembut dan cermin mata besar oldskol miliknya. Pelik, memang
tengok sahaja budak ni tak ada perkataan lain yang sesuai selain ‘pelik’.
Dian senyum nipis. Macam
aku tak tahu yang kau selalu je nak duduk dekat dengan aku. Dian sebenarnya
tak kisah pun, mungkin dengan macam tu Dian boleh mendekati Gina dan bantu Gina
berubah. Dian dulu pun macam Gina. Dian dapat merasakan yang Gina sebenarnya
ingin berkawan dengannya sejak dahulu lagi.
Tapi entah, bila melihat
Gina macam tak confident dengan diri sendiri dari dulu sampailah ke hari ini ditambah
pula dengan extra value ‘kepelikan’ mungkin itu menjadi sebab Dian rasa ‘tak
suka’ bila melihat Gina. Entah, apa salah dia pada aku?. Soalan Dian
untuk dirinya sendiri.
Mungkinkah kerana
cermin mata besar oldskol tu buat Gina nampak macam ‘pelik’ atau mata di
sebalik cermin mata itu yang menceritakan peribadi Gina yang ‘pelik’. Dian
masih lagi menganalisis.
Namun Dian akhirnya akui,
disebabkan sikap Gina yang kadangkala gelabah dan ‘pelik’ itulah Dian merasakan
tidak mampu untuk berkawan baik dengan Gina. Malah kadang-kadang rasa ‘tak
suka’. Pelik sungguh!. Ada ke orang yang dilahirkan untuk dibenci?.
Entah kenapa tiba-tiba Dian
teringat dirinya yang dahulu yang berbeza dengan dirinya sekarang. Takdir buat
dia berubah kerana sebuah pertemuan. Pertemuan dengan seseorang yang pernah
dianggap sahabat. Tapi sekarang?. Layakkah hubungan itu digelar hubungan
persahabatan?.
Fikiran Dian masih lagi
melayang jauh. Mengingati peristiwa malam dia perlu mendengar pengakuan cinta
dan perlu pula rasa sakit hati dan kecewa. Malam itu ternyata titik mula rasa
dikhianati. Gila!. Apabila menyedari bahawa Ayu berada di belakangnya, Dian
mula rasa tidak selesa. Lantaklah malas dah nak fikir pasal kau.
Kenyataan dan takdir
Tuhan. Kadangkala sukar untuk memahami makna sesuatu takdir. Benarlah setiap
yang berlaku ada hikmah. Namun untuk situasi yang dihadapinya kini, tidak tahu
bagaimana untuk melihat mananya hikmah.
Kelas hari itu berlangsung
seperti biasa. Subjek Puan Rohayu. Get focus!.
***************
to be cont.
:)
'NOKTAHKAN. SUPAYA KAU TAK SAKIT!.'
_hasil tulisan yang telah lama diperam.
nur insan.
burn town.
08jun2015 (11.36am)
No comments:
Post a Comment