Tuesday, May 12, 2015

JIWA.

Image result for danbo writer

Erm...
assignment banyak.
tapi...
macam tangan ni gatal nak tulis cerpen/novel bersiri...
=.=''

sekeh kang!
so, sebagai mengubat kerinduan 'nak mengarut' dengan tulis cerpen/novel bersiri...
maka ter-share karya zaman purba dulu...
it should be anonimus...
:p

“Hai, I’m June.” June menghulurkan tangan. Hana yang ketika itu sedang baru sahaja duduk di atas katilnya menyambut salam June.
            “I’m Hana.” Hana senyum. Ber-you dan ber- I uols.
            Cantik. Cute dengan sedikit jerawat yang nampak mematangkan usianya. Jerawat lambang kematangankan?. June berkata dalam hati. 
 June kembali duduk di katilnya. Memandangkan June memang sampai dahulu sebelum Hana, maka wajarlah semua barang-barang dia sudah siap dikemas. Cadar pun dah cantik terletak di atas katil. Warna pink lagi tu. Boleh tahan feminin.           
Hana sempat menjeling ke arah June. Wajah June putih bersih. Rambut June. Wow!. Brown Hair. Ala-ala watak Sam dalam Totally Spies. Siri anime terbitan Marathon dari Perancis. Mungkin June peminat fanatic dan juga hipster Totally Spies.
Ini juga bermakna ada kemungkinan roommatenya ini suka menyiasat. Atau mungkin juga sebenarnya dia penyiasat yang menyamar sebagai pelajar baru.            
“Eh… you dah makan ke?. You dengar tak?. Hello.” June sudah menghampiri Hana dan tangannya bermain-main atas bawah di hadapan Hana. 
Hana tersentak. Adoi!. Memang imaginasi kasta Brahmin betullah.         
 “Apa dia. Awak nak apa?.” Hana tersedar. Rupanya dari tadi dia asyik memegang cadar katil ditangan. Ingatkan nak mengemas. Berangan pula.            
“You berangan apa ha?.” June ketawa. Hana hanya tersengih.           
  “Mehlah. Biar I tolong. Tapi dengan syarat lepas ni you kena tolong I.” June kenyit mata. Tangannya sudah pun mengambil cadar hijau dari tangan Hana. Aiks… aku tak suruh pun dia tolong aku. Habislah, jangan dia minta tolong bukan-bukan sudah.
            Hana turut sama membantu June memasang cadar tersebut. Sebenarnya bukan Hana yang bantu, Juna yang membantu. Tapi nampak macam dah terbalik pula. Layan jelah. Bagus juga ada orang nak bantukan?. 
            Selepas siap semua barang dimasukkan ke dalam almari dan semua dah kemas. June duduk di katilnya. Banyak juga barang-barang Hana. Hana juga sudah duduk kepenatan.            
“Eh… lupa nak tanya, you sem berapa ya?.” June bertanya. Ketika itu June sudah membuka botol airnya untuk meneguk air. Dahaga kot. Dahlah panas petang tu.            “I sem dua. You sem satu ke?. Tak pernah nampak pun.” Hana bertanya. 
  “Haha… I thought you yang sem satu sebab banyak sangat barang sampai senget bahu I ni tolong kemas. I pun samalah sem dua.” June ketawa. Sebenarnya nak tersembur dah air yang diteguk tadi. Tapi cover. Nanti roommate yang baru nak kenal-kenal ni ingat dia apa pula. Pandangan manusia for the first impression. Penting kot!.          
   “Ouh… haha… you kos apa?.” 
            “I kosmetik. Eh… tak adalah. Gurau. I kos bahasa. You?.” June sempat bergurau sambil membetulkan ikatan rambutnya. Rimas pula.          
  “I kosmo. Haha…” Hana ketawa senang hati. 
June memandang tanpa perasaan. Selepas Hana berhenti ketawanya yang dua harakat tu, tiba-tiba June ketawa pula. Punchline tak sampai. Erm…            
“I mass com.” Hana menjawab serius.            
“Ouh. Mass com. Erm… impressive. I suka kos tu. Tapi my mom suruh ambil TESL. So, here I am. Tapi pandai juga you buat lawakkan.” June sengih. Tu sengih perli ke ikhlas dari lubuk hati.            
“Tadi you nak minta I tolongkan. Tolong apa?." 
“Ouh… actually, I lapar sangat… yang teramat sangat. Sampai rasa tahap kebulur. You teman I makan boleh?.” June buat muka simpati.            
“Kalau tahap kebulur?. I confirm you bercakap pun tak boleh. Mungkin dah ada busung pun dekat perut you.” Hana menjawab selamba. June diam seribu bahasa. Sentap ke?. Erk.  Ouh my, ni tak sampai 24 jam mereka sebilik. Harap boleh masuk.

***************
 ‪#‎ZineEnonimus‬ edisi Taasis (Pengasasan) keluaran Hud Hud Media 
full content, here Zine Enonimus
my enonimus name: serendipity ;)
motif sangatkan nak tukar nama dari nur insan kepada serendipity.
ni semua gara2 terpengaruh dengan...
ok..
tak perlu sebut pengaruh apa.
:p

antara petikan JIWA

''Cuba lihat Tentera Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan Hamas yang penuh dengan keberanian untuk berjuang. Kerana apa?, kerana mengharapkan syahid. Jiwa mereka terlalu besar!. Kerana berpegang teguh dengan al-quran dan sunah nabi s.a.w. Berbeza dengan rejim Zionis yang pengecut dan penakut!.Jauh berbeza. Lihat sahaja tokoh pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yasin. 

Nisa’ ada berkongsi tentangnya. Hana juga pernah menyebut nama itu. Syeikh Ahmad Yasin pernah dipenjara. Namun mindanya langsung tidak terpenjara dengan penjara dunia. Bebas berkicau hingga mampu menggegar dunia. 'Jauh  berbeza dengan aku.' Bisik hati June.

Hijab juga bukan sebagai lambang tertutupnya pemikiran. 
Tapi lambang luasnya pandangan. Memandang jauh betapa kita perlu berhati-hati dengan pandangan lelaki yang ternyata nafsunya satu. ''



selamat membaca.
kalau ada yang nak komen JIWA.
silakan.
with pleasure.
and sangat2 berterima kasih.
:)



'mengarut saat tengah kalut'
nur insan.
t.g.u
12 mei 2015 (02.37pm)


No comments: