Friday, August 15, 2014

end of the story here....




dulu,
masa susah payah belajar dekat sekolah.
cikgu selalu cakap,
xpe... nanti masuk u mudah je...

bila masuk u,
first semester kelas memang jarak2... xpadat macam sekolah..
tapi aku stay dekat kampus dari jam 7pg sampai 7malam..
sebab tak nak berebut bas dan bersesak2 banyak kali turun naik bas.
dan bukan aku sorang je... sekali dengan hajar. #haha.
masa tu kami housemate.

ingat lagi first day masa kak tini (rumet) aku 'mengadu' sal hajar.
kak tini kata, dia masuk bilik hajar nak bertegur sapa. tiba2 hajar tanya dia 'ada kereta x???.'

kak tini mengadu dekat aku,
'kenapa baru je kita nak kenal2 dengan housemate, tiba2 housemate kita sorang tu boleh tanya kita ada kereta ke x?.'

aku pun xcakap apa waktu tu. aku syak maybe hajar mamai kot sebab dia tengah tidur masa tu.
then malam tu, sepatutnya kitorang pergi SITC jam7 malam... tapi kitaorang lewat 2 jam... hahaha... ni satu lagi kes... masa tu akak2 RSK pandang xpuas hati sebab kami je yang lambat 2 jam...

#junior dah buat hal.

 sebenarnya kitorang xupdate info masa tu...mula2 memang kata jam9pm.. tapi kena turun jam7.. kami turun lepas isya'.

lepas tu barulah get to know each other dalam rumah tu dengan lebih baik. then timbullah story tentang kereta tu semula...

rupanya, hajar tanya kak tini ada kettle ke x???
yang kak tini dengar ada kereta ke x??...
#hahaha.
serius lawak!.

kak tini ingat hajar sombong nak kawan dengan orang ada kereta je..
hajar pulak ingat kak tini kedekut sebab xnak bagi pinjam sedangkan hajar nampak kak tini ada kettle.
#hahaha...
lawakkan!.

then beberapa bulan lepas tu... ramadhan is coming... and rupanya minggu first ramadhan that year, adalah ramadhan terakhir kami sekeluarga dengan ayah... terasa sem satu tu susah sangat... maka bertapalah aku di kolej k.eizan (KAB) sehingga tamat paper exam sem tu... dan aku mula sedar, xmudah sebenarnya belajar dekat u...

tapi sekarang, alhamdulillah.
semuanya 4 tahun dah selesai.
tesis.. eh.. nak jugak sebut tentang tesis.. #haha.
assignment paling susah tu berjaya juga disiapkan...

4 tahun dah berlalu.
dah pun aku harungi semua cerita yang tertulis.
and now kena pandang depan.
cipta masa depan yang lebih baik dan perlu pandai ambil peluang!.
>.<

maybe entry ni penutup kepada kisah aku sepanjang belajar diperingkat degree... maybe dah xde dah tagging 'presint' sebagai tempat aku menulis entry... huhu...
lepas ni... xtahu lah apa akan jadi.. dan sedar xsedar.. betullah, melalui penulisan blog kita boleh nilai dan lihat perkembangan diri kita sendiri.


untuk tatapan diri sendiri.


sebenarnya malas nak pi konvo ni... boleh?.
-_-''


p/s: alfatihah buat ayah... yang banyak berkorban...
doakan kesihatan yang baik buat emak dan akif...
love my family sooooo much!.
and this coming september... present utk bufday mak, zudin and aku sekali.
so, konvo ni nak xnak kena pi lah kan?.
>.<






maybe lagu dibawah ni boleh suntik sedikit semangat dan inspirasi.
ahaks!



nur insan
TB
15 ogos 2014 (9.15pm)




No comments: