Monday, July 21, 2014

first class. ?

apa makna jalan, jika tidak pada pemberian?.

Semua benda nak sedap. Nak 5 star. Nak first class. 
Kenapa?. sebab itu adalah terbaik.
dan didoakan dihadapan Allah pun kita nak jadi hamba yang first class.

secara rasminya aku dah tamat pengajian dan bakal bergraduasi pada september ini. 
Ijazah Sarjana Muda.
besar maknanya bila tamat pengajian peringkat ni.
untuk mak dan arwah ayah terutamanya. 

bila flash back balik cerita sem satu sampai sekarang. 
urm... banyak yang dah dilalui...
4 tahun. agak lama. 
apa yang aku dah buat eh?.
-_-''

rindu nak sambung study lagi.
apa2 pun. benarlah kata senior. 
first class memang bukan segalanya, tapi dengan first class + aktif = value added.

"cuba dik bayangkan, kalau adik hanya fikir buku dan exam. nanti dah abeh study adik hanya akan ingat buku dan exam je yang ada di universiti. sedangkan terlalu banyak benda yang boleh diteroka terutama potensi diri!." 
-quote motivasi yang bermakna.

tq senior sensei!. 
tq everyone!.

urm... maka siapa2 yang berminat untuk menjemput untuk bagi talk motivasi atau apa2 offer job termasuk event manager insyaAllah boleh PM. 
eh???...  
0_o

semalam ada dengar ikim masa otw nak melawat akif.
ada 4 zikir dan doa yang kita jangan tinggalkan sepanjang ramadan dan perbanyakkan:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Istighfar
3. Memohon syurga
4. Memohon keberkatan
selamat beramal untuk ramadan yang masih berbaki.
toward first class of ramadan student.
dan mohon kirimkan doa buat:

mohammad akif ehsanuddin.
my son (only 7 month).
anak kak ngah n abang ngah.
sekarang masih berada dihospital dan dalam keadaan stabil selepas pengsan akibat ada pendarahan dalam otak. alhamdulillah dr. kata xperlu dibedah. 
akif masuk ospital ari khamis (17jul/ 20ramadhan).
mohon doakan akif sembuh macam biasa. 
xsanggup tengok akif dengan wayar2 bagai.
aku sendiri menangis bila tangan kena cucuk, inikan pula dia. Akif pula jenis yang menangis xjerit kuat2... slow je... sampai bila dengar dia nanges memang boleh mengundang tangisan aku jugak!.
err. xsanggup. 
akif anak hebat!
ibu sayang akif!
rindu nak  panggil akif  'adik gebu' walau ibu xtau akif suka ke x dengan panggilan tu.
maafkan ibu juga sebab makan biskut akif.
akif kena sihat macam biasa supaya kita boleh makan sama2 lagi.
T_Y.
rindu akif!. esok insyaAllah kita jumpa lagi.
Allah sembuhkanlah akif macam biasa.
moga akif jadi anak dan hamba-Nya yang first class.

“Katakanlah, ‘Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.” 
(at-Taubah: 51)


_bina impian sendiri. 
sebelum orang lain membayar dirimu 
untuk mencapai impiannya.


nur insan
TB
21 julai 2014 (12.48am)

No comments: