Thursday, May 1, 2014

deviant [23]

[pic credit to: fatimah zafira]


"Ana, Achik dan Lisa... Tahniah, pihak universiti bangga dengan pencapaian kamu."
Dr. Farah, pensyarah mereka mengucapkan tahniah.

Alhamdulillah, mereka bertiga membawa pulang Gold Medal dari USIM untuk pertandingan tempoh hari.
Tidak putus-putus ucapan tahniah diterima dari rakan sekelas dan pensyarah.

"Jom petang ni kita makan nasi ayam nak tak? kita raikan kejayaan kita kali ni."
Lisa mengajak Ana dan Achik.

"Maaf... petang ni nak melawat adik usrah, accident baru ni. Patah kaki. Apa kata kita pergi masa makan malam"
Ana memberi cadangan.

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Yaker... Urm.. takpelah law camtu, malam pun ok. on je. Mana-mana pun."
Achik dan Lisa bersetuju.

Petang itu, Ana ke rumah Qanita.
Accident rupanya.
Ana mendapat berita tersebut dari Fitriah yang merupakan housemate Qanita.

Sebaik sahaja tiba dirumah Qanita, Ana memberikan salam.
Salam disambut oleh Fitriah.
Mereka bersalaman dan Fitriah menjemput Ana untuk masuk.

"Wow... macam ramai je tetamu."
Ana tersenyum melihat rakan-rakan sekelas Qanita.
Mereka turut bersalaman.

"Eh.. kak Ana."
Humairah menyapa.

"Amboi... budak kecik ni pun ada sini."
Ana sengaja mengusik Humairah.

"Mestilah.. classmate sakitkan.. dapat pahala kalau kita datang ziarah.. takkan kak Ana nak kumpul pahala sorang2 je..."

"Urm... biasalah tu budak kecik... sepatah kita cakap, 24 patah dia jawab."

Mereka akhirnya ketawa.

Ana melihat keadaan kaki Qanita.
'Syafakillah ya Ukhti...'

Ketika Ana sudah ingin pulang ke rumah dan bersalaman dengan Humairah,
"Kak... insyaAllah minggu depan sepupu Humairah nak nikah, jom ikut Humairah pergi rumah dia nak?"
Soal Humairah.

"Berapa hari bulan ya?"
" 03 Mei. Hari Sabtu."
"Urm... 01 Mei kawan akak nak datang sini. InsyaAllah boleh, tapi dengan syarat akak nak bawa kawan akak sekali. Boleh?."

"Boleh..."
Humairah tersenyum senang.
Fitriah dan Qanita hanya memandang mereka berdua.

Qanita dapat merasakan bahawa hubungan Humairah dan Kak Ana terlalu akrab.
Kadangkala Qanita sendiri berasa pelik, bagaimana Humairah dan Kak Ana boleh bertemu dan seakrab itu.
Walau bagaimanapun, tidak sedikitpun rasa cemburu dihati Qanita.
Cuma seringkali Qanita berdoa, agar dirinya dipilih Allah untuk berada didalam gerabak seperti mereka.
Kerana hati Qanita kuat berbisik, bahawa hubungan antara Humairah dan Kak Ana akrab kerana mereka bagai dalam satu gerabak yang sama.

Ukhwah atas dasar kerana Allah.
Melakukan gerak kerja demi menegakkan kalimah Allah.
Ternyata melahirkan hubungan yang sangat osem!
hingga tempiasnya boleh dirasakan oleh mereka yang berada disekeliling mereka.

Qanita masih ingat antara perkara yang pernah dikongsikan oleh Kak Ana, berkaitan dakwah.
Terdapat 3 peringkat dakwah iaitu, Takrif, Takwin dan Tanfiz.

Peringkat Takrif  merupakan peringkat permulaan. Pada peringkat ini banyak ilmu-ilmu pengetahuan tentang islam disebarkan kepada masyarakat. Di peringkat ini, mereka yang menerima atau mad'u adalah dalam kalangan masyarakat yang umum. Pelbagai peringkat masyarakat akan datang untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman tentang agama Islam. Matlamat peringkat ini ialah mengubah keadaan masyarakat daripada kejahilan kepada pengetahuan.

Peringkat Takwin pula bermaksud, pembentukan. Pada peringkat ini golongan-golongan yang melepasi peringkat pertama akan dikumpulkan lalu mereka ini diikat dengan ikatan ukhuwah dan perjuangan. Matlamat di peringkat yang kedua ini ialah mengubah keadaan individu atau kumpulan daripada pengetahuan kepada fikrah. Selain itu, matlamat lain yang diletakkan di peringkat ini ialah mengubah minda dan fikrah individu tersebut kepada harakah atau pergerakan. Maka di tahap inilah mad'u yang dibentuk tadi akan bersemangat untuk melaksanakan dakwah kepada masyarakat di sekeliling.

Peringkat ketiga dan terakhir ini pula iaitu Tanfiz bermaksud individu atau kumpulan yang telah melalui tahapan dakwah akan memiliki peribadi yang bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja Islam. Mereka ini bersedia menerima arahan dan melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh pimpinan. Selain itu, peribadi di peringkat ini selalu melaksanakan amal saleh dan beribadah kepada Allah. Mereka melaksanakannya dengan penuh istiqamah. Al-quran menjadi panduan hidup dan sentiasa mengulanginya. Solat tahajjud tidak ditinggalkan kerana ia merupakan sumber kekuatan kepada perjuangan Islam.

Namun pada peringkat tanfiz ini, individu atau kumpulan tidak hanya beramal soleh semata-mata. Tetapi mereka akan bersama-sama melaksanakan kerja-kerja islam di dalam jemaah dan inilah yang disebut sebagai amal jamaie. Matlamat atau tujuan perlaksanaan peringkat ini ialah mencapai redha Allah SWT. Di peringkat inilah akan terlaksana kandungan al-quran di dalam masyarakat sekeliling.

'Bersabarlah wahai hati... insyaAllah moga Allah redha jalan yang ku pilih ini.'
Bisik hati Qanita.

Ana sempat meninggalkan sekotak ferrero rocher di atas meja Qanita dengan kad tertulis,
'Moga Allah beri kesembuhan dan kekuatan.'




to be cont.
[disclaimer:  kisah ini hanya rekaan fantasi nur insan. Sila baca tanpa me-relatekan watak dengan sesiapa agar anda tidak tertipu dengan realiti. Tapi kalau rasa nak kena tipu. Silakan]





nur insan
presint 5
01 mei 2014 (08.00pm)

No comments: