Thursday, February 6, 2014

Ho Chi Minh City IV

210114

210114

Hari ni seperti semalam kami berkumpul jam 8.00 pagi di lobi hotel. Dan setiap pagi aku akan online di lobi untuk berhubung dengan keluarga 244... ^_________^

sebaik sahaja bas kami sampai, kami telah menaikinya dan perjalanan hari ini agak jauh. Kami menuju ke Sg. Mekong. Sg. Mekong merupakan sungai yang membelah 4 negara iaitu hulunya dari dataran China, Myanmar, Laos dan bermuara di Vietnam. Panjangnya lebih mencapai 3800 km, dan mengambil masa berhari-hari untuk menyelusurinya dari hulu ke hilir (menurut pemandu pelancong, 2014 :) ...

Ketika sampai disini, kami telah dibawa menaiki bot kayu dan menikmati keindahan Sg. Mekong dan dapat melihat rumah2 penduduk sekitar. Sebenarnya air sungai mekong ini merupakan air yang turut digunakan untuk kegunaan domestik penduduk setempat. Makanya, kita akan melihat panorama botol air terapung diatas air sungai tersebut... hahaha ^______^  *sila jaga kebersihan sg. anda*.

Sebaik sampai di Sg. Mekong, tempat pertama yang akan kita jejaki adalah Coconut Candy Workshop. Di sini dapat melihat bagaimana proses membuat coconut candy atau gula2 daripada kelapa dihasilkan. Ada pelbagai 'topping' pada coconut candy ni... iaitu kacang, chocolate dan ada juga durian. Kami diberi peluang untuk merasa coconut candy tersebut yang masih 'hot'.. sangat sedap! rugi xcuba banyak2..hehe.. sebab rasa yang dibeli bungkus dan bawa balik xsesedap rasa yang fresh disana. Harga coconut candy tu xterdapat dalam memori ingatkanku... huhu.. cuma kalau beli 5 percuma 1 ^_____^...

Seterusnya kami berjalan di kawasan yang macam pasar minggu. Disitu terdapat pelbagai souvenir, beg dan pakaian tradisional masyarakat vietnam. Ada juga souvenir 'ular' berendam dalam botol kaca...huhu... nasib baik tak pecah botol tu bila aku 'agak' terkejut dengan keberadaan 'ular' tersebut.. ngeee...

Seterusnya, kami singgah di 'R&R' yang menawarkan Giao Minh Honeybee Farm (kedai madu asli a.k.a restoran madu). Satu meja akan ditempatkan seramai 5 orang. Di atas meja terdapat cawan kecil, madu, biji polland dan air teh (rasanyalah).. kemudian akan hadir seorang wanita disetiap meja membantu kami membancuh air tersebut dengan diisi biji polland. Sedap ^____^. Kemudian wanita tersebut meminta kami menghulurkan tangan, dia menyapu 'krim' yang diperbuat daripada madu untuk kecantikan. Semua produk yang kami cuba hanyalah testimoni. Kalau nak, mereka menjualnya dengan harga yang murah (pun tak ingat berapa..ngeee).. tapi aku tak beli pun ^_________^.

Jalan lagi menyelusuri pasar tersebut, akhirnya kami tiba di sebuah lagi 'restoran' ala2 tengah2 hutan. Kedai ni kedai kayu. Agak besar. Kami telah singgah dan dihidangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan. Macam buah-buahan Malaysia, ada betik, jambu, buah naga... macam-macam lah... penat nak makan =.=''... Sambil menikmati hidangan, tiiba2 datang sekumpulan 'kumpulan' orkestra..hehehehe... mereka menyanyi lagu 'rasa sayang' dalam bahasa melayu dan seolah2 penghibur jalanan gitu.. siap ada  alat muzik. Sambil mereka menyanyi dan kami makan, mereka tiba2 menghampiri setiap meja dan menghulurkan bekas. Bertujuan mendapatkan kutipan dana.....

Selepas itu, akhirnya kami ingin menuju ke sebuah tempat dimana ia adalah destinasi kami yang terakhir di Sg.Mekong iaitu jeti kecil untuk menaiki sampan. Sebelum sampai ke jeti kayu yang kecil itu, kami melalui kawasan kubur. Aku sempat tanya pada pemandu pelancong kami Kristin betul ke tu kubur. Kristin membenarkan. Katanya mereka tidak mempunyai tanah rezab kubur khas. Jadi mana-mana pun boleh...

Then masa sampai ke jeti kayu yang kecil itu, setiap satu sampan hanya boleh memuatkan 4 orang penumpang dan 2 orang pendayung. Kami juga perlu sediakan RM1 setiap orang untuk diberikan kepada pendayung. Bermakna harga satu sampan hanya RM4.

Sampan yang aku naiki didayung oleh seorang wanita dan seorang lelaki. Aku syak mereka suami isteri kerana ketika melalui Sg. Mekong itu, mereka menunjuk ke arah rumah tersebut dan seolah2 menyatakan itu adalah rumah mereka. Mereka berdua hanya mampu berbahasa vietnam. Jadi aku harus faham menggunakan hati.eh =D ...

Sebenarnya Sg.Mekong ini juga merupakan tempat kelahiran Kristin. Semalam Kristin sempat berkongsi kesusahan hidup yang dialaminya sewaktu kecil dahulu. Kata Kristin, mereka sehari hanya makan 2 kali. Itupun seekor ikan yang kecil, perlu dibajetkan untuk dua kali makan. Dan Kristin sempat membandingkan bagaimana cara kita Malaysian yang tak sudah2 dengan makan =.=''... Malah taraf pendidikan juga rendah. Malah seawal usia 16 sudah ramai yang berkahwin.. majoriti

Dalam menyelusuri sg.mekong itu, terlalu banyak sampan yang ulang-alik. Aku perhatikan ada juga wanita tua yang mendayung sampan. Bayangkan, agaknya macam mana kalau penumpang adalah lelaki yang berbadan berganda2 dari 'makcik' tersebut.. Larat ke dia?? =.=''.. bayaran pulak RM4 sahaja... urm..

Akhirnya sampailah kami di Bot kayu yang tadinya bertanggungjawab membawa kami ke Kg. Sg. Mekong. Sekrang otw nak balik, tapi kami singgah makan di restoran halal sg.mekong... makanan kat sini sedap ^_______^ view pun chanteq...


Ok... lepas tu, kami pun kembali ke jeti besar dan diberi masa 30 minit untuk membeli apa2 yang rasa nak beli. Macam biasalah barangnya hampir sama dengan pasar malam depan hotel. Cuma harga lebih murah. Dan aku dapat beli keychain dengan harga RM5 satu papan (ada 10.. maknanya 1 keychain RM0.50)... then kami naik bas untuk kembali ke bandar saigon.

Kami sampai agak lewat petang. Jam 5.30 petang, kami ke Water Puppet Show. Mula-mula aku ingatkan water puppet show tu kita tengok persembahan dekat area sungai. Tapi aku pelik kenapa macam tak jer.. rupa2nya kami masuk macam 'panggung' wayang. Tapi pentas dia air dan terdapat 6 orang suara latar. 3 di kiri dan 3 orang lagi dikanan. Mereka membuat persembahan dengan menceritakan bagaimana kehidupan masyarakat Vietnam. Agak menarik dengan bunyi2 mulut yang dihasilkan. Menurut pamplet yang diberikan kepada setiap pengunjung, jika tidak melihat persembahan water puppet, bermaksud kita belum lagi melawat Vietnam... ^________^.. persembahan lebih kurang 45 minit. Uniknya, orangnya yang membuat puppet tu bergerak dengan sangat pantas dalam air.. urm... macam mana dia bernafas dan gerak laju ea??? .. ngeee..

Dan selepas itu, kami makan malam di restoran Banana Leaf... dan berjumpa dengan tukang masak Malaysia yang berasal dari Selangor...huhu... tahniah orang selangor.. eh.. encik yang saya lupa namanya itu telah berhijrah 5 tahun di sini... Sambil makan, kedengaran suara Najwa Latiff berkumandang dengan lagunya Ku Ada Mu ^_______^ bagai di Malaysia.

Malam tu... sebahagian dari kami menyertai Jelajah Sg.Saigan (Water Cruise)... tapi sebahagiannya tidak menyertai... dan aku termasuk dalam kalangan tidak..huhu... kata mereka, masa dalam feri tu ada pertunjukkan yang 'tak perlu ditonton'... makanya mereka melepak di tepi2 cruise dan hanya menikmati keindahannya... ouh ya.. bayaran untuk menaiki cruise adalah 30 USD ^_______^... kata Kristin, pelajar Malaysia kaya2... sebab dulu pernah dia bawa rombongan yang semuanya tak mahu menaiki cruise kerana bayaran mahal...huhu...

Dan malam tu...
aku menikmati kopi dengan tenang sambil melihat memerhatikan orang...
^_________^


to be cont...

nur insan
presint 9
06 feb 2014 (11.10 pm)

1 comment:

Norazila Azmi said...

Baru balik vietnam minggu lepas. Terkenang-kenang vietnam bila baca entry ni..tapi tak sempat tengok water puppet.huhuhu