Friday, February 7, 2014

sweet talk #2

bukit TS yang kembali ditawan :) #sweet memory#


Petang yang sangat indah. Puncak bukit itu kembali ditawan. Puncak bukit yang berada ditengah-tengah bandar raya itu. Pemandangannya subhanallah cantik!
Mereka tersenyum gembira. Angin petang mendamaikan jiwa. Akhirnya mereka berkongsi rasa....

yoo rin: Apa yang awak suka?
en-suh: urm.. menulis ^_______^
yoo rin: menulis?
en-suh: yup. menulis... bila saya memilih untuk menulis, bermakna saya memilih untuk berkongsi...
berkongsi rasa.. tapi bukan bermakna sy nak bermegah kata..
yoo rin: tapi hari tu awak tak suka bila hee-jin 'kongsi' tulisan awak.

en-suh ketawa....
kembali mengingati peristiwa itu...
ya, dia menegur hee-jin yang copy full writing-nya...
dan diakhir tulisan itu, hee-jin menulis 'sincerely: hee-jin'...

en-suh: saya suka berkongsi.. andai semua isi alam ingin menyalin semula writing saya... pastinya saya dengan rendah hati sangat menyukainya... kerana ia memberitahu saya bahawa saya 'berkongsi' rasa dengan orang orang lain.... bermakna, bukan hanya saya yang merasai apa yang saya kongsi... orang lain turut merasainya... lagipun, bukankah ilham menulis itu dari tuhan...

dan penulisan adalah hati saya...
saya boleh 'berkongsi' hati...
tapi saya akan 'sakit' andai terpisah dengan 'hati' saya...

en-suh tersenyum....
dan yoo rin menyimpan rahsia sebenar mengapa en-suh sangat menyukai 'penulisan'.
petang itu.
sungguh mendamaikan.
^_____^


*****************************

nur insan
presint 9
07 feb 2014 (07.27am)

No comments: